Ikuti kisah terperinci hasil tinjauan kru Penyingkap Fakta di pelbagai lokasi menggerunkan masyarakat. ... lokasi didakwa berlaku pelbagai kejadian aneh atau penampakan entiti paranormal. Kami melangkah bersama, mengharung onak, duri dan sembilu , mendokumentasikan kenangan pahit manis namun disatukan oleh minat sama. Terima kasih kerana sudi singgah di sini.

PENJELASAN AGEN PEMBERI SEWA BERHUBUNG DAKWAAN MISTERI KEJADIAN PELIK DI AMBER COURT

Malam 13 Oktober 2012, kru Penyingkap Fakta 666 bergerak ke Genting Highlands, Bentong, Pahang.

Kami kemudian singgah di Apartmen Amber Court.


"Kalau tidak salah, ada satu kumpulan datang ke sini menaiki kereta Februari lalu. Dua lelaki dan dua perempuan, seorang daripada mereka menggerbangkan rambut dan kemudian merakamkan gambar sendiri," dakwa Jenny.


Jenny, agen menyewakan lebih 50 unit apartmen diamanahkan pemilik kepada mereka berminat untuk bercuti di pusat peranginan di puncak gunung itu sejak 12 tahun lalu.

"Apartmen ini susah hendak dijaga kerana cuaca di sini lembab," jelasnya.

"Berapakah harga sewa unit sehari?," soal saya.

"Kalau bukan peak season, RM130," balasnya.

Sambil berdiri, saya melihat 2 bangunan Amber Court setiap satu setinggi 23 tingkat dengan 670 unit telah dicat semula 5 bulan lalu dan kelihatan lebih kemas berbanding gambar dipaparkan di internet.


Berikut gambar Amber Court sebelum ini, di ambil dari sumber ini


"Ini pengurusan ke empat Amber Court dikendalikan oleh Badan Pengurusan Bersama. Semua unit apartmen di sini milik peribadi individu dan disewakan. Saya bertugas bersama Jenny lebih 10 tahun," kata Yusri Bahri.


Yusri, pembantu Jenny, pada mulanya kami sangkakan ketua pengawal keselamatan.


"Di internet disebarkan dakwaan mengatakan sebuah daripada pintu bilik di sini dipalang," kata Razali.

Pantas saya mengeluarkan Galaxy Tab dari beg galas dan menunjukkan gambar pintu dan membacakan kepada mereka antara dakwaan di internet.


"Ya dan maklumat mengatakan, unit itu digunakan untuk menyimpan roh. Hanya sebab gambar pintu dipalang mencemarkan imej Amber Court. Kalau di Google, kita akan dapat membaca informasi mendakwa Amber Court, tempat menakutkan dan lokasi paling kerap orang kena kacau," sambung saya.

Klik blog ini untuk melihat pintu dimaksudkan dan pelbagai dakwaan mengerikan berhubung apartmen itu.

"Bilik itu sebenarnya dibeli oleh individu dan pemilik langsung tidak datang ke sini. Bilik itu kena pecah dan diceroboh, jadi pihak pengurusan memalang pintu untuk mengelakkan daripada terbuka, takut orang mancuri barang di dalam unit," celah Yusri Bahri.

"Pintu bilik masih dipalang sampai sekarang?," soal Razali Harun.

"Ya, sampai sekarang," balas Yusri.

"Encik Yusri, jika kami dibenarkan memasuki unit pintu dipalang itu dan kemudian melakukan kajian di lokasi, sedikit sebanyak pasti akan mampu memulihkan imej Amber Court. Saya berminat menulis berhubung fakta hasil penemuan di blog," ujar saya.


"Sebenarnya kami mampu dan boleh menyewa bilik di sini, menjalankan tinjauan seperti dilakukan oleh beberapa kumpulan lain. Namun kami mengambil pendekatan berbeza. Sebelum datang ke sini, terlebih dahulu kami menghubungi Ketua Balai Polis Genting dan memaklumkan beliau mengenai kedatangan kami. Beliau kemudian merujuk kami kepada encik Yusri. Kalau sekadar ingin merakamkam gambar di sini, tiada masalah, kami sewa bilik dan rakamkan sahaja gambar sebab kami penyewa," terang Razali.

Tujuan kami jelas.

Secara profesional kami berhajat memohon kebenaran untuk memasuki unit pintu berpalang terbabit sekaligus  membuat rakaman audio dan video menggunakan peralatan kami miliki.


"Semua unit di bawah pihak pengurusan dan saya tidak dapat membenarkan awak semua masuk," kata Jenny.

Untuk rekod, banyak blog menyenaraikan Amber Court sebagai lokasi didakwa berhantu di Malaysia, klik di sini, di sini dan di sini.

Kami difahamkan, terdapat lima pengawal keselamatan bertugas di Amber Court.

"Who is the person in charge of this area pada waktu malam?," tanya Razali.

"Security guards," respon Jenny.

Menurut Jenny, berikutan pelbagai kisah seram disebarkan, kadar bilangan unit disewakan, hanya kira-kira 10% sahaja. 

"Jika kru kami dibenarkan masuk, kami mampu membantu menyeimbangkan berita disebarkan di internet," Razali masih berusaha cuba menyakinkan Jenny dan Yusri. 

Sebelum ini di You Tube, ahli satu kumpulan paranormal mendakwa terlihat pintu di satu daripada unit apartment terbuka dengan sendiri tetapi tidak berjaya merakamkan insiden itu. Malah jika hasil rakaman mereka ditonton, tiada entiti paranormal direkodkan termasuk dakwaan mengatakan pintu peti ais di unit tingkat atas terbuka tanpa disentuh. 

Dalam video sama, ahli wanita mereka mendakwa terlihat kaki melaui celah pintu utama rumah ketika dia dan rakan lain melakukan tinjauan di dalam.

Klik di sini untuk menonton video terbabit.

Kru Penyingkap Fakta percaya, sekurang-kurangnya audio boleh dirakamkan jika benar beberapa unit apartnen itu dihuni entiti paranormal seperti didakwa.

"Angin kuat, apabila bertiup kencang dan terkena pintu, macam macam bunyi boleh kita dengar," celah Yusri.

Razali telah meninggalkan nombor telefon bimbitnya untuk dihubungi sekiranya pihak pengurusan apartmen membuat keputusan untuk menghubungi kru Penyingkap Fakta bertujuan meleraikan misteri didakwa.

MISTERI BANGLO DI CHERAS

VIDEO TINJAUAN 666 BERSAMA PENGEMBARA ALAM GHAIB DI ULU BENDUL


VIDEO DEBUT KRU PENYINGKAP FAKTA (PERCUBAAN MENGISLAMKAN JIN)

Setelah lebih setahun Kru Penyingkap Fakta melangkah bersama, kami akhirnya menerbitkan klip video pertama tinjauan

RAKAMAN ORB BERGERAK

Lazimnya Kru Penyingkap Fakta meninggalkan Kamera Pengesan Pergerakan Infrared selama kira-kira 1 jam di lokasi didakwa berlakunya kejadian aneh.

Dalam tinjauan 2 minggu lalu di Subang Jaya, Selangor, kami mengapplikasikan kaedah sama.

Baca laporan tinjauan terbabit, klik di sini.

Kamera terbabit diletakkan di dalam bilik gelap dan sebarang pergerakan dirakamkan. 

Berikut hasilnya.

Saksikan pada saat ke 2, orb, kelihatan seperti cahaya berbentuk bulat muncul di bahagian atas berhampiran siling dan bergerak ke bawah sebelum hilang.


Visual sama pernah kami rakamkan sewaktu melakukan tinjauan di Penjara Pudu, Kuala Lumpur.

Nantikan klip video terbitan PERTAMA kru kami, bakal dipaparkan di blog ini.

KISAH 'MISTERI' LADANG KELAPA

Bayangkan, KITA memiliki ladang kelapa, diusahakan secara SUKARELA oleh beberapa individu mempunyai minat sama dalam bidang pertanian.

Untuk ladang itu membuahkan hasil lumayan, pokok harus dibaja manakala semua haiwan mahupun seranggan perosak harus dihapuskan.

... samada monyet, beruk atau sekadar tupai.

Ratusan pokok kelapa di ladang KITA, tidak mampu bergerak dan melaksanakan tindakan terbabit. 

Pokok bukan manusia justeru tidak berakal dan berfikiran.

"Jom kita pergi merumput ladang kelapa KITA, kalau mempunyai waktu terluang?," pelawa seorang daripada sukarelawan, juga pemilik ladang.

"Maaf sangat, minggu ini memang  tidak boleh. Ada penting hal harus diselesaikan. Lagipun merumput itu kerja sukarela, bukan berbayar," balas rakan kongsinya.

"Tidak mengapalah, mungkin lain kali kita merumput bersama. Memandangkan bilangan kita ramai, saya akan cuba menghubungi rakan lain untuk membersihkan ladang. Bak kata bidalan Melayu, jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Andai pokok sekadar berdiri dan tidak dijaga, manakah dapat hasilnya. Ya, saya juga melakukannya secara sukarela berdasarkan semangat kesukarelawan dan kekitaan. Apalah gunanya jika MENDAKWA memiliki ladang bersama, biarpun bersaiz sekangkang kera, jika hanya menjenguk sekali sekala sahaja? ," kata sukarelawan itu lagi.

"Ya, saya amat bersetuju. Cuma kali ini saya terpaksa menguzurkan diri. Lain kali InsyaAllah kita akan bersama di ladang. Kita akan merumput bersama, membaja bersama dan melihat hasil ladang dituai bersama, pada masa akan datang. Biarpun tidak berpeluang ke ladang, setiap kali dipelawa, sudah menjadi kelaziman saya menjenguk laman Facebook ladang kita. Sebab apa? Sebab itu ladang KITA, bukan ladang orang lain. Sekurang-kurangnya, saya mengetahui perkembangan ladang dan rakan kongsi lain," balas rakannya.


"Alhamdulillah. Ingat ladang itu, ladang KITA bersama," celah rakan juga sahabatnya itu.

SAKSIKAN PENYINGKAP FAKTA DI MISTERI NUSANTARA DI SINI




MISTERI BANGUNAN PUTIH

Jumaat minggu lalu, kru Penyingkap Fakta, saya, Razali dan Jet ke Subang Jaya, Selangor  dan Kuala Lumpur.

Berikut antara gambar sewaktu tinjauan dilakukan.

666 DI MISTERI NUSANTARA MALAM INI

Saksikan Kru Penyingkap Fakta di MISTERI NUSANTARA, jam 11.30 malam ini.

Kepada semua pembaca dan penyokong kami, terima kasih.

MISTERI BANGUNAN TINGGAL

Menjelang tengah malam Jumaat lalu, Kru 666, saya, Razali, Boy, Jet, Suhaimi, Adam bersama rakan, Iznur Mohd Amzah, Mohd Azimin Abasah, Joe Lee dan beberapa penduduk kampung, bergerak menuju ke lokasi dirahsiakan.