Ikuti kisah terperinci hasil tinjauan kru Penyingkap Fakta di pelbagai lokasi menggerunkan masyarakat. ... lokasi didakwa berlaku pelbagai kejadian aneh atau penampakan entiti paranormal. Kami melangkah bersama, mengharung onak, duri dan sembilu , mendokumentasikan kenangan pahit manis namun disatukan oleh minat sama. Terima kasih kerana sudi singgah di sini.

PARANORMAL TOUR 2015 (KELLIE'S CASTLE)



Alhamdulillah, Paranormal Tour Istana Kellie atau Kellie’s Castle 2015 berjalan seperti yang dijadualkan.

0 Komen :

CAHAYA MISTERI DI LADANG KELAPA SAWIT

Jam 11 malam, 17 Januari 2015; Suhaimi, Zul, Atoi, Aza, Jet dan dua orang followers PF, Aliff dan Ija berkumpul di sebuah restoran di pinggir kampung berkenaan.

Suhaimi sempat berbual dengan orang kampung untuk mengetahui dengan lebih lanjut cerita di lokasi berkenaan.

“Memang tempat itu menakutkan. Pagi ke, petang ke… memang takut. Ada yang tersampuk walaupun di siang hari.” Dakwaan penduduk kampung mengenai lokasi tinjauan kami baru-baru ini.

Sebelum itu, jam 9.45 pagi pada hari yang sama, Suhaimi telah melakukan tinjauan awal di lokasi.. Beliau ditemani Aliff dan seorang rakan beliau. Tinjauan awal adalah penting sebelum penyiasatan paranormal bagi tujuan keselamatan kru PF.

Antara yang perlu diteliti semasa tinjauan awal adalah laluan/perjalanan ke lokasi (sama ada berkenderaan atau berjalan kaki), persekitaran lokasi dan ancaman haiwan berbahaya, Daripada tinjauan awal, Suhaimi memaklumkan kepada kru yang lain bahawa antara risiko yang perlu ditempuhi adalah bersemuka dengan babi hutan yang banyak berkeliaran di kawasan berkenaan.


 Laluan yang perlu ditempuhi ke lokasi kajian

‘Pintu masuk’ ke kawasan banglo berkenaan


  
Tangga menuju ke rumah banglo berkenaan



Tepat jam 11.30 malam, PF telah menuju ke lokasi berkenaan. Keadaan jalan yang tidak rata dan agak berbahaya perlu dilalui dengan sabar oleh kru. Tiba di lokasi, kru PF dikehendaki untuk berjalan kaki selama hampir 25 minit dengan trek laluan yang agak mencabar; naik turun bukit.

“Licin disebabkan hujan petang tadi…” Jet melangkah dengan penuh berhati-hati sambil diikuti oleh Zul.

“Inilah trek paling mencabar sepanjang saya dengan PF. Fuh!” Kata Zul sambil menyeka peluh didahi.



 Gambar sebenar laluan ke lokasi



Tiba di lokasi, kru segera memeriksa kawasan sekitar banglo berkenaan. Keadaan di situ amat gelap dan sunyi. Sesekali kedengaran bunyi pepohon pokok berdesir akibat daripada pergerakan monyet di kawasan sekitar. Terkadang, kami terpaku seketika untuk mendengar pelbagai melodi indah di kawasan banglo berkenaan. Setelah memeriksa kawasan sekitar, kami segera membuka beg peralatan kami sambil berbincang.


Tiba-tiba, Jet mengarahkan semua kru supaya diam seketika apabila mendengar bunyi pelik di kawasan berkenaan. Kru akur dan turut bersama menganalisa bunyi berkenaan. Bunyi seperti air hujan turun mencurah bumi tetapi hanya disebelah kiri banglo berkenaan dan kemudian bergerak ke sebelah depan bangunan berkenaan.
Lantas Suhaimi memecahkan kesunyian dengan berkata,

“Angin yang menyebabkan air hujan tu jatuh ke tanah”.

Mungkin niat beliau hanya untuk menyenangkan hati kru PF lain sedangkan beliau mengetahui bahawa tidak ada sebarang angin kuat yang bertiup di lokasi. Dan kejadian itu berulangkali berlaku sehinggalah kami mengemas barang untuk keluar dari lokasi.



Seperti biasa, Atoi, Zul, Aza dan Aliff telah bertugas untuk memasang kamera video dan motion sensor camera di lokasi yang strategik.

Tinjauan kali ini turut disertai oleh Ija, 28 tahun, berasal dari Petaling Jaya, Selangor. Beliau berkesempatan untuk menggunakan parabolic recorder dengan sedikit maklumat daripada Atoi. PF amat berterima kasih kepada Ija kerana sudi dan berani untuk mengikuti tinjauan bersama PF. Beliau juga adalah seorang yang peramah dan rajin bertanya untk mendapatkan pelbagai penjelasan.


Mungkin rezeki Ija pada malam itu; beliau berpeluang mendengar bunyi yang aneh ketika menggunakan alat berkenaan. PF cuba hendak mendengar dan mengenalpasti bunyi berkenaan selepas dimaklumkan oleh beliau; tetapi gagal untuk mengesan dan merakam bunyi berkenaan.

Di lokasi berkenaan, selain daripada imej orbs yang biasa diperolehi; terdapat juga dua imej ganjil yang telah berjaya dirakam.
  

Cahaya yang dirakamkan dari pokok kelapa sawit.
  


Jam 2.40 pagi, kami berkemas untuk keluar dari lokasi. Pengalaman naik turun bukit dan menyusuri jalan yang tidak rata semasa ‘jungle tracking’ kaki amatlah memenatkan; tetapi amat mengujakan. Terima kasih banglo sepi!



Kami, kru Penyingkap Fakta memberikan ‘3 stars‘ kepada lokasi berkenaan. Masih mempunyai unsur yang menyeramkan :P

Penulis : Jet


0 Komen :