Ahad, 11 September 2011

Gambar dan Visual Entiti Dirakamkan (Tinjauan Ke Penjara Pudu)


"Ada bawa minyak wangi Kasturi Syifa'?," soal saya kepada Razali.

"Ada," balasnya.

Itu antara perbualan saya dan kru 666, Razali sebelum semua kru melangkah menuju ke Penjara Pudu, Kuala Lumpur.

Kepada pengunjung belum berpeluang mengikuti tampalan awal berhubung tinjauan kru kami ke penjara terbabit, klik di sini.

Jam 3 pagi kami kembali semula ke bilik lokap pernah ditampilkan di dalam filem Mantra untuk mengambil peralatan perakam audio dan video sekaligus meninjau respon Noni.


Kru 666 kemudian meninjau kawasan sekitar tangga, lokasi Alfee dan Razali mendakwa terdengar jelas bunyi tapak kasut bak ada orang mengekori mereka.


Malangnya setelah siasatan dijalankan, tiada audio atau visual direkodkan.

Gambar berikut kemudian kami rakamkan, barangkali hanya sekadar dust orbs.


 Sewaktu mengambil kembali peralatan di tingkat satu, gelagat kru 666, Atoi saya perhatikan.


Bersungguh Razali dan Farid membantu Atoi mengukur 'ketinggiannya', 158 sentimeter. 

Biar pun rendah, semangat Atoi tinggi dan dia sentiasa kelihatan tenang sewaktu menjalankan tinjauan. Seperti semua kru lain, dedikasi dan komitmennya terhadap 666 tidak dapat dipertikaikan.

Sekali melangkah, tidak berundur.

Lokasi terakhir tinjauan awal pagi semalam, aras bawah Blok C. Saya secara rambang merakamkan banyak gambar di tempat terbabit.

Perhatikan gambar berikut dan tumpukan perhatian pada gambar ketiga, tiada sebarang imej ganjil direkodkan.


Teliti pula gambar saya rakamkan di lokasi dan pada saat sama.


Di gambar terakhir kelihatan objek bercahaya. Imej dimaksudkan kelihatan seperti lembaga hitam di belakang objek terbang berwarna kuning dan merah.

Klip video berdurasi 10 saat di bawah direkodkan kamera perakam pergerakan diletakkan di tingkat dua. Untuk rekod, kamera terbabit diaktifkan secara automatik sebaik pergerakan dikesan.


"Saya orang terakhir meninggalkan kamera dan memang tidak ada cahaya lampu dipancarkan ke ruang hadapan kamera," jelas Razali.

Perhatikan entiti bulat bergerak secara rawak dan pantas. Pada masa sama, kamera terbabit juga kelihatan seperti ditolak ke kiri skrin sebaik cahaya tidak dikenalpasti menyinari dinding penjara di sebelah kiri.

Sewaktu berehat di luar blok, kejadian ganjil didakwa berlaku.

"Saya berjalan, tiba-tiba hujung seluar saya belah kanan terasa macam kena tarik kuat, saya hampir terjatuh," kata Adam.

Beberapa kru termasuk saya kemudian memeriksa laluan Adam, tiada langsung halangan mampu mengakibatkan kaki Adam tersadung.

"Kaki awak ok memang bukan kebas?," soal saya.

"Kaki saya sihat bang, kaki orang muda berusia 24 tahun," balas Adam.

Sewaktu berada di Blok C, kami terlihat beberapa bekas bersepah di lantai.

"Rasanya ini bekas banduan kencing dan berak," kata Farid.


Saya tidak dapat mengesahkan dakwaan itu tetapi tahu terdapat tandas di kawasan berhampiran.

Bilik lokap dan kawasan sekitar berhabuk.

"Suhu paling rendah saya rakamkan 26°C, tertinggi 38°C," jelas Farid kepada kru lain.

Bayangkan bagaimana kehidupan harian banduan dikurung dalam tempoh lama di ruang sempit dan panas itu, azab dan sengasara. 

Sebaik beredar keluar dari penjara terbabit, saya meminta Alfee memprebiu visual dirakamkan di dalam bilik lokap.

Bersama kami menyaksikan rakaman.


"Sebaik kita meninggalkan bilik itu, kelihatan seperti bayang-bayang melintas di ruang lokap dan secara automatik rakaman menjadi kabur, kamera defocus biar pun sebelum itu visual nampak jelas. Hairan, sedangkan kita letak lima batang lilin untuk menerangi kawasan sekitar," jelas Alfee.

Saya harap kita semua akan berpeluang menyaksikan visual dimaksudkan di sini dalam jangka waktu terdekat.

"Lebih hairan, tripod kelihatan bergoyang dan kamera tilt ke bawah," tambah Adam.

Lihat tripod dimaksudkan, teguh.


666 berperanan menyingkap fakta di sebalik pelbagai kejadian ganjil didakwa berlaku di lokasi berbeza. Kami percaya banyak lagi kejadian ganjil masih belum didedahkan di Penjara Pudu.

"Kita semua bernasib baik kerana berpeluang melakukan tinjauan di penjara ini sebelum struktur terbabit dirobohkan," ujar saya sebelum kami bersurai.

Tiada bantahan dari semua kru.


Apa pun, saya yakin jika Noni mampu berkata-kata, pasti dia ingin berkongsi pelbagai misteri selama haiwan itu berkeliaran di blok penjara dan di kawasan sekitar.

Sewaktu bergerak ke arah kenderaan, saya terpandang Noni duduk tenang selepas perut kekenyangan.


17 ulasan:

  1. Pada awalnya Nomi kelihatan berdiri di dalam sangkar tetapi kembali tenang apabila diletakkan di dalam ruang lokap.

    Video dirakamkan belum diteliti secara terperinci setakat ini saya melaporkan berhubung reaksi Nomi.

    BalasPadam
  2. ya..mmg ada rasa takut bila tgk video. bukti entiti paranormal mmg wujud.

    BalasPadam
  3. mcmmane kamera tersebut boleh bergerak kekiri? sedangkan tiada siapa yang memegang atau berada disitu?

    BalasPadam
  4. Kartun... Nak cari hantu pergi dengan satu battalion anggota!.

    BalasPadam
  5. Mountdweller: Kami pernah pergi bertiga dan beramai kekadang dapat bukti dan kekadang tidak. Tapi pergi beramai ke penjara pudu kami dapat bukti juga.

    Kami tidak bertujuan menakutkan sesiapa, cuma mahu fakta dan bukti, dan kami dapat di pudu walaupun beramai.

    Kalau awak nak ditakutkan, pergilah seorang diri. Kami dah buat.

    BalasPadam
  6. haah Mountdweller kalau berani pergilaah buat sorgdiri..perkecilkn usaha org mmg mudah

    BalasPadam
  7. noni macam kucing saya bernama aniey..kalau nak baca tentang aniey.boleh dtg ke blog sy ye..teyhasahaje.blogspot.com

    BalasPadam
  8. Mountdweller, itu laporan kami kongsikan bersama pembaca, hasil tinjauan dilakukan.

    Rasanya lebih baik berbanding blog copy paste ...

    Ya, saya sempat menjenguk blog awak.

    BalasPadam
  9. Entah mengapa, malam ni terbaca lak pasal penjara pudu. Err... Seram...

    BalasPadam
  10. cuba ke link in tgk..untuk tinjaun yang trbaru
    http://ticmysticgroup.blogspot.com/

    BalasPadam