Ikuti kisah terperinci hasil tinjauan kru Penyingkap Fakta di pelbagai lokasi menggerunkan masyarakat. ... lokasi didakwa berlaku pelbagai kejadian aneh atau penampakan entiti paranormal. Kami melangkah bersama, mengharung onak, duri dan sembilu , mendokumentasikan kenangan pahit manis namun disatukan oleh minat sama. Terima kasih kerana sudi singgah di sini.

Bunyi Tapak Kaki Mengikut Kru 666 (Tinjauan Ke Penjara Pudu)

Ruang di hadapan Penjara Pudu, halaman tempat Noni lazim bermain.

Noni, kucing sebelum ini hidup liar dan diselamatkan. Malam tadi dengan kebenaran tuannya, kru 666 membawa Noni ke bangunan Penjara Pudu masih berdiri teguh di tengah pembangunan pesat infrastruktur ibu negara.

Kira-kira jam 1 pagi semalam, Noni dimasukkan buat sementara waktu ke dalam sangkarnya.

"Noni kucing jenis penyeyap tetapi dia memang sudah biasa dengan kawasan ini. Kucing memang mempunyai keistimewaan tersendiri. Mata dia lebih tajam pada waktu malam, jadi dia boleh nampak benda kita tidak mampu hendak lihat," ujar tuannya.


Daya penglihatan kucing pada waktu malam dikatakan 6 kali ganda lebih baik berbanding panca indera pandangan manusia.

Noni kemudian diletakkan selesa di dalam lokap pernah dihuni banduan dipenjara dibina pada tahun 1891 itu. Turut diletakkan di ruang sama, kamera video, alat pengesan medan elektromagnetik, EMF serta 2 alat pengesan pergerakan. Ruang terbabit kemudian diterangi cahaya lilin.


Sewaktu dibawa masuk ke ruang bekas tempat tinggal ratusan banduan sebelum digantung, Noni kelihatan sedikit gusar namun kembali tenang sebaik sangkarnya diletakkan di atas lantai berhampiran katil simen sejuk.

Sebelum beredar untuk melakukan tinjauan di lokasi lain di bangunan sama, kru 666 berulangkali memastikan Noni berada dalam keadaan baik.


Kami kemudian bergerak ke tingkat satu sambil dirakamkan jurukamera sukarela, Muhammad Amirul Fitri Hamizan, 20 tahun.


Sebaik mengenalpasti lokasi sesuai, kamera pengesan pergerakan Infared dipasang oleh Razali dan Farid sambil disaksikan 4 kru lain.


Untuk rekod, sebelum Penjara Pudu dihentikan operasi, 180 banduan juga penejanayah terbabit dalam pelbagai kes jenayah berat digantung di blok sama.

Menurut sejarah, tapak penjara pudu, bekas jirat Cina, justeru barangkali tidak banyak pihak berminat membangunkan kawasan itu untuk tujuan komersil atau pun penempatan.

Sedang kami melangkah, 6 kru lain melaksanakan misi tersendiri.

"Bang, naiklah. Cantik sungguh pemandangan dari atas bumbung ini, nampak seluruh Kuala Lumpur," ujar Ashraff terpesona.

Farid dan beberapa kru lain kemudian pantas memanjat tangga besi ke tingkat atas dan berikut antara gambar dirakamkan, termasuk gambar pandangan dari atas Penjara Pudu.


"Masa dalam penerbangan ke Bahrain tempoh hari, sebaik naik kapal terbang, saya terus tidur," kata Adam.

Itu pengakuan Adam, kru mengalami masalah gayat jika berada di tempat tinggi. Namun malam tadi tindakannya berbeza, barangkali dia ingin mencabar keyakinan diri.

"Bang saya rakamkan gambar Adam masa di atas bumbung, dia gayat sampai peluk Ashraff," bisik Farid nakal.

Ini buktinya.


Perhatikan aksi cemas ketika Adam menuruni satu persatu anak tangga untuk turun dari atas bumbung.


Rentetan aksi di atas mungkin dilihat hanya perlakuan biasa oleh majoriti pembaca tetapi saya menilai aksi itu dari aspek berbeza. Berkawan menuntut kita bersatu membantu samada dalam keadaan susah mahu pun senang, bukan hanya sekadar peneman di waktu gembira.

Setelah Adam dipastikan selamat, saya meminta semua kru berada di bumbung untuk turun menyambung tinjauan kami di lokasi lagenda itu.


Lihat wajah gembira Farid sejurus berjaya turun sekaligus merakamkan aksi rakan karibnya dipanggil  'Bob' (Adam) memakai baju tertera perkataan 'The Punisher'.

Ganas.

"Bang, kita tukar tape sekejap," kata Amirul.

Pantas Izzul membantu sebelum kami meneruskan tinjauan di blok bakal dirobohkan terbabit.


Hampir jam 2 pagi, kru 666 berada di blok D.

"Banyak rekod lama masih tersimpan di sini," ujar Farid.

Dokumen di bawah ini contohnya berusia kira-kira 18 tahun, klik imej untuk memperbesarkan.


Kru 666 kemudian mengambil peluang meneliti sebahagian daripaa dokumen kini dianggap rekod bersejarah itu.


Lihat antara senarai nama banduan pernah menghuni Penjara Pudu pada tahun 1996, 15 tahun lalu. Majoriti mereka berbangsa Melayu.


Kira-kira pada jam 2.15 pagi kesemua kru keluar dari bangunan untuk berehat seketika setelah meninggalkan peralatan perakam audio dan visual di tiga lokasi berbeza.


45 minit kemudian setelah menghilangkan penat dan mengeringkan keringat, kru 666 melangkah masuk semula ke dalam bangunan Penjara Pudu.

Penjara tidak dianggap bangunan bersejarah dan bakal dirobohkan.


"Bro, Alfee terdengar ...," ujar Razali.


Pantas kami bergerak mendapatkan Alfee kelihatan pucat, tangannya mengeleter biarpun wajahnya tersenyum.

"Tadi saya berjalan di belakang abang Razali. Terdengar bunyi tapak kaki mengikut saya naik tangga. Saya berhenti, tengok ke belakang, saya terdengar lagi bunyi sama, itu saya cepat naik. Abang Razali pun dengarkan?," soal Alfee.

Razali mengangguk.

"Memang saya dengar tetapi paling best bila tengok awak berpaling sekali lagi ke belakang," ujar Razali.


"Abang tengok bulu roma Alfee naik walhal badan dia berpeluh kepanasan," celah Farid.

Benar kata pelajar jurusan kejururawatan itu malah tangan Alfee tidak berhenti menggigil.

"Jom kita tengok apa sebenarnya ada di tangga," kata saya.

Pantas majoriti kru 666 bergerak menuju ke arah tangga simen di sudut tingkat satu bangunan sama untuk melakukan pemeriksaan.



Atoi terus cuba merakamak audio di sekeliling menggunakan Parabolic Voice Recorder manakala Farid menyukat suhu.


Belum pun sempat semua peralatan perakam audio dan video kami dapatkan kembali, pelbagai kejadian menarik mula berlaku.

Adam mendakwa kaki seluar kanannya ditarik menyebabkkan dia hampir terjatuh manakala Amirul dan Izzul mengadu terdengar suara ganjil berhampiran mereka ketika meninjau kawasan di hujung blok D.

Lebih menarik, entiti bergerak di ruang udara berjaya dirakamkan oleh kamera pengesan pergerakan dan imej hitam direkod bak bergerak di aras bawah blok C.

Semua itu bakal dikongsi bersama pembaca dalam jangka waktu terdekat.

16 Komen :

amingbmw berkata...

Bestlah bile baca ceta ni... Teruskan sambungannya..... Tak sabar lah nak baca dan lihat gambar tu.....

ejaescobart berkata...

smti..

saya tabik la pada semua krew 666...

pengalaman yang mendebarkan

saya berdebar-debar!

SiZ berkata...

Kucing?

Feewit Fuyoo berkata...

Apa jadi pada nomi si kuching yg di tinggalkan???....

sW33tdARLiNG berkata...

SMTI

Unknown berkata...

kesian kucing tu ditinggalkan kat situ...

Unknown berkata...

Cahaya, selama ini pun, itu lah laman permainan dia.

Pada masa sama, sebilagan kru 666 mengawasi dia dari jarak kurang 100 meter.

Adam Vai berkata...

Satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh saya dan semua krew 666.

BaNaNaS! berkata...

negara kita kekurangan tempat bersejarah..kenapa penjara pudu harus dirobohkan? keciwa betui!

smti

Nadie az berkata...

menarik dan adventure...

Unknown berkata...

pakcik saya warden kat sini dulu...dan dia aekarang pegawai di penjara penang...
saya juga ada pengalaman masa buat lawatan ke sini masa umur 21...masa tu kakak yang buat rombongan tu ada nawa anak dia yg umur 7 bulan..tapi saya tak nak masuk ke dlm tu..perasaan tak selesa mcm seram..berani kata penakutlah saya sanggup tunggu kat luar dgn few kwn2 yg tak nak masuk..dah tu kakak tu bawa anak dia masuk..nak jadikan cerita..tak jauh dari bilik gantung tak silap saya..anak dia menangis tak berhenti henti..sudah dia bawa anak dia tu keluar..suami dia bacakan few surah..sudah anak dia diam...baby tu kena sakat kut...

skaletone berkata...

mane gambar..mane gambar..huhu

Tanpa Nama berkata...

Salam bang. Apabila saya perhatikan beberapa gambar diatas yang berbintik2, ia adalah gambar makhluk2 tersebut. Saya dah banyak kali nampak gambar2 sebegini. Even mastika pun pernah mengeluarkan artikel mengenainya.