Ikuti kisah terperinci hasil tinjauan kru Penyingkap Fakta di pelbagai lokasi menggerunkan masyarakat. ... lokasi didakwa berlaku pelbagai kejadian aneh atau penampakan entiti paranormal. Kami melangkah bersama, mengharung onak, duri dan sembilu , mendokumentasikan kenangan pahit manis namun disatukan oleh minat sama. Terima kasih kerana sudi singgah di sini.

BILIK MANDI JENAZAH

Jam 11.02 malam doa dibacakan oleh ustaz Zaharuddin Zainal, semoga tinjauan berjalan dengan selamat. 


Untuk rekod, lulusan Universiti Al-Azhar, Zaharuddin mula bersama kru 666 sejak tinjauan di Hutan Lipur Ulu Bendul, Kuala Pilah, Negeri Sembilan, baca di sini.

Kami amat berbesar hati apabila al-hafiz itu memahami konsep hobi kru 666, bukan memburu atau mencari hantu.

Kru 666 berfungsi sebagai kumpulan peninjau ke lokasi dikatakan 'keras' berikutan dakwaan orang ramai mengenai kehadiran atau gangguan entiti paranormal. Berbekalkan peralatan elektronik dan akal, kru 666 merakamkan audio video di sekitar lokasi tinjauan.

Jika bahan dirakam meragukan, keaslian imej akan dirujuk kepada pakar dalam bidang audio dan video.

Seperti dinyatakan di tampalan awal blog ini, kru kami tidak berminat menciptakan hantu (secara istilah) untuk dipaparkan di sini. Ringkasnya, kru 666 hanya berkongsi informasi berbentuk fakta disingkap di setiap lokasi sasaran. 

Justeru itu, jika sebilangan pembaca berkeinginan melihat hantu, sila menonton drama atau wayang genre seram di pawagam. Takut, menjerit dan kemudian barangkali berpuas hati dengan pengalaman ditempuh di layar putih.

Jam 11 malam, kru 666 melangkah masuk ke lokasi. Sebilangan bangunan tinggal di kawasan sama dilaporkan dibina pada era pemerintahan kerajaan British.

"Dahulu semasa hospital ini masih beroperasi, pernah pekerja mendakwa terlihat beberapa orang sedang mengusung keranda di laluan ini. Setelah bahagian operasi dihubungi, tiada pula kes kematian dilaporkan pada waktu itu," ujar sumber, Jamaludin Sahib.


Jamaludin, 44 tahun, anak kelahiran Langkap, Teluk Intan, Perak dan beliau pesara kerajaan.

Tanpa berlengah, Zaharuddin pantas merakamkan gambar di kawasan terbabit manakala Boy menggunakan perakam audio parabola. Pada masa sama, Jamaludin melihat secara teliti Razali menyukat suhu kawasan sekitar berbekalkan infrared thermometer.


Tepat jam 11.07 malam, Razali memasang perakam pergerakan infrared di lorong gelap itu.


Kamera itu kemudian ditinggalkan dalam tempoh sejam dan kami meneruskan tinjauan ke bangunan berhampiran. Ketika itu kru 666 lain, Azree, Alfee, Asyraf, Atoi dan Jet berada di lokasi berbeza di kawasan sama.


"Saya sendiri pernah mendengar macam bunyi stretcher ditolak di sini tetapi tidak kelihatan sebarang pergerakan," dakwa Jamaluddin.

Konsep 666, mudah.

Dakwaan tanpa bukti audio atau video dianggap pengalaman peribadi. 


Berikutan hujan renyai, beberapa gambar dirakamkan 'terganggu' dengan titisan air kelihatan seperti orbs.


Dalam situasi tertentu, imej putih berbentuk bulat seringkali disalah tanggap sebagai orbs sedangkan imej itu terbentuk akibat habuk atau wap air atau titisan hujan.


Didapati majoriti bahagian dalam bangunan ditinjau telah dijarah barangkali oleh penagih dadah dan pencuri barangan lusuh. Di satu daripada bilik, banyak jarum dan bahan buangan hospital ditemui.


Jam 11.45 malam, kami kembali bersatu bersama kru 666 lain.


"Sebelum ini, kami tangkap lelaki berusia 58 tahun, positif HIV dan dia datang mencuri kabel tembaga pada jam 3 pagi," lapor sumber bersama kami.

Lihat lubang digali.


"Uis! Tengok ustaz Din, bersungguh-sungguh dia malam ini mengambil gambar," bisik Atoi.

Ketika itu semua kru berehat buat seketika setelah hampir sejam berdiri dan berjalan tanpa henti tetapi tidak Zaharuddin. Beliau meluru keluar bangunan dan terus merakamkan gambar menggunakan kamera Nikon D90 miliknya.


"Mencipta kejayaan itu tidak sesukar berbanding mengekalkannya," gurau Zaharuddin.

Saya bersetuju, barangkali Zaharuddin menyedari peluang merakamkan imej seperti di Hutan Lipur Ulu Bendul tempoh hari jarang berlaku.


Zaharuddin, iman Masjid Sungai Besi, penceramah, guru dan perawat di Kasturi Syifa'. Justeru tidak hairan jika beliau dijadikan sumber rujukan oleh kru 666. Pelbagai soalan berhubung soal agama dan sosial dilontarkan mereka dan dijawab oleh pendidik itu.

"Dahulu iman duduk di dalam masjid dan jemaah datang bersalaman dengan beliau. Apa salahnya kini, imam berdiri di pintu utama masjid dan mengalu-alukan ketibaan jemaah," ujar beliau.

Barangkali beliau bercakap melalui pengalamannya dan kami anggap perlaksanaan tindakan itu amat bernas. Tidak terjejas martabat orang berilmu jika bijak membawa diri dan berlaku fleksibel dalam menyebarkan syiar Islam.

Itu rumusan digarap.

Dari aspek akademik, lihat sahaja kru tetap terbaru 666, Jet. Biarpun bakal memperolehi doktor falsafah dari Universiti Malaya, dia bijak menyesuaikan diri dengan kru lain. Tanpa jemu, Jet menyertai kami sebelum ini biarpun ketika itu berstatus sebagai kru Penyingkap Fakta.


Sikap merendah diri dan pandai bergaul membuatkan kru lain berasa amat selesa dengan kehadirannya di lokasi tinjauan.

666 tidak berhasrat untuk mengambil kru tetap secara semberono. Hanya mereka terbukti berdedikasi dan menghormati kebolehan individu lain diterima sebagai kru tetap. Bagaimanapun pemilik baju Penyingkap Fakta berminat menyertai tinjauan bersama kami dibolehkan dengan syarat ditetapkan.

Untuk bersama kami, pakaian harus bersesuaian agar kami tidak dilihat sebagai kru menyokong pendedahan aurat individu bergelar wanita. Kru Penyingkap Fakta juga tidak diwajibkan memiliki semangat Hang Tuah, cukup jika hadir berbekalkan kejujuran, minat dan disiplin.

"Amboi! Selesanya dia ..."

Barangkali itu bisikan hati Atoi memerhatikan Razali kepenatan.


"Uh! Esok hendak kerja lagi ..."


Azree, kakitangan kerajaan, hadir malam tadi dengan kerelaan cuma permintaannya, tinjauan terbabit dilakukan lebih awal berbanding waktu biasa sebelum ini.

Semua kru memberikan kerjasama dan menunaikan permintaan anak kedua daripada tiga beradik itu.


Sementara 2 kamera litar tertutup tanpa wayar, meter EMF dan kamera pengesan pergerakan infrared diletakkan di bekas bilik memandikan jenazah, Alfee sempat memejamkan mata buat seketika. Kami percaya, semangat kekitaan, komitmen tinggi dan minat sentiasa membara di jiwa jurukamera 666 itu.

"Dengar kata sudah berpunya," ujar saya.

"Mana ada bang," spontan Jet menjawab.


"Nanti tolong tanyakan kepada ustaz Aznil, doa mempercepatkan jodoh," saran Razali sambil bergurau.

Apapun, jodoh pertemuan di tangan Allah, cuma waktu berbeza.

Saya difahamkan, sebilangan pelajar ijazah di Universiti Teknologi Mara Shah Alam dan pensyarah seangkatan Jet, pembaca blog ini.

"Lain kali, bila sesuai Jet ajak sekali kawan untuk turut serta dalam tinjauan. Tidak kenal maka tidak cinta," bisik saya kepada pensyarah dilaporkan garang itu.

Mungkin jika bertugas di hospital, Jet dianggap pekerja lain sebagai ...


Namun spontan saya terfikir, selama ini, tidak pernah pula Atoi dimarahi oleh Jet. Malah mereka sering bergurau sekaligus memeriahkan suasana pertemuan.


Tinjauan diteruskan sehingga jam 2 pagi. Ribuan gambar pegun direkod oleh saya, Boy, Zahruddin dan berjam video dirakamkan dalam tempoh tiga setengah jam itu.


"Berapa rating harus kita berikan untuk lokasi ini?," soalan saya kemukakan kepada Azree sebelum kami beredar.

"Sebab tidak ada gambar pegun, video atau audio entiti dirakamkan, kita berikan rating dua sahaja," ujar Azree.

Semua bersetuju termasuk sumber membawa kami ke lokasi itu.


666 bukan sekadar melaksanakan minat kami dalam dunia paranormal tetapi secara berterusan berhasrat untuk terbabit dalam aktiviti kebajikan membabitkan manusia.

Untuk rekod, Projek Bantal secara berterusan mendapat sokongan pembaca, klik di sini.

16 Komen :

gadisBunga berkata...

SMTI.

kagum betul dengan usaha dan ketelusan MAS dan kru 666 dalam melaporkan hasil aktiviti.

Musafir Bumi berkata...

JazakaALLAH pd semua yg terlibat...

-fizA- berkata...

SMTI

AzReE & MyRa berkata...

terbaik dari 666!!

hasil yang ada.. Maklumat dikongsikan bersama walaupun ada setiap kajian tidak membuahkan hasil yang terbaik!! kru 666 bersatu memberi maklumat lebih cukup daripada baik!!

TIDAK SEMESTINYA SETIAP KAJIAN ADA HASILNYA! DARIPADA MENGABURI MATA ORANG DENGAN HASIL YANG MENIPU.

SMTI

smti

Terima kasih kerana sudi membaca.

Tampalan ini terhasil dari tinjauan selama lebih 3 jam, kepenatan, kesatuan dan semangat.

lynnepu3gp berkata...

SMTI... :)

abg mazidul..ape ye SMTI? hehhe

iNtaN berkata...

mummy..SAYA MEMBACA TAMPALAN INI..~!

navygold berkata...

SMTI :)))

*gambar yang ke 29 tu sape yg dok mengintai tu?hehe..

nadie berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
PutraCrewz berkata...

SMTI

saipul berkata...

seram...haha

blind7 berkata...

SALAM BRO... INI HOSPITAL OR KLINIK KAT AREA MANA?

Izzy Naluri berkata...

Salam,

Sekadar cadangan. Tentang nak ambil gambar pengun guna camera.

Untuk detec chaya yg tak berapa terang, camera mesti dalam setting yg paling sensitive.

Oleh itu, saya cadangkan, jgn guna flash. Ambil gambar guna tripod dan open shutter untuk beberapa sgt mahupon minit. baru la cahaya yg tak sampak dek mata boleh kita nampak guna camera. Kalau guna flash kat kawasan gelap, mmg nam-ak benda yg didepan sahaja dan gambar latar belakang punya detail langsung tak nampak. Sekali gus, kalau tak guna flash, benda yg kononnya orbs tu mungkin betul2 orbs sebab tak guna flash iaitu sumber cahaya.

sekadar idea.. untuk masa depan.