Ikuti kisah terperinci hasil tinjauan kru Penyingkap Fakta di pelbagai lokasi menggerunkan masyarakat. ... lokasi didakwa berlaku pelbagai kejadian aneh atau penampakan entiti paranormal. Kami melangkah bersama, mengharung onak, duri dan sembilu , mendokumentasikan kenangan pahit manis namun disatukan oleh minat sama. Terima kasih kerana sudi singgah di sini.

GANGGUAN JIN DAN KAEDAH RAWATAN ISLAM


Penasihat kru Penyingkap Fakta, Ustaz Zaharuddin Zainal, Pensyarah Kanan UiTM Puncak Perdana, Ezza (Jet da Brutal) dan Shahrul Ashraf Salehuddin
(Shah Clunk) dibariskan sebagai ahli panel Forum  Parnormal 2.0 anjuran pelajar Fakulti Pengurusan Maklumat UiTM.


Sila klik di sini  dan like untuk melihat banyak gambar dirakamkan di sepanjang majlis terbabit.

Tajuk dibincangkan, 'Jin, Gangguan dan Kaedah Rawatan Islam'.

Tatkala Penyingkap Fakta ditubuhkan, semua kru memberikan fokus merakamkan audio dan visual di lokasi didakwa berpuaka. Tujuan tetap sama, mendedahkan fakta sekaligus mengelakkan masyarakat hidup dihantui tanggapan menakutkan mereka.

Kini Penyingkap Fakta melangkah setapak lagi ke hadapan apabila menawarkan perkongsian ilmu berhubung paranormal dan kaedah rawatan Islam. Kami ingin membantu masyarakat berhadapan dengan kes gangguan jin dengan bantuan perawat berpengalaman lebih 18 tahun, Ustaz Zaharuddin. Melalui pengalaman merawat pesakit sebelum ini, Alhamdulillah, kaedah rawatan dilaksanakan oleh beliau, berkesan dengan izin Allah.

Justeru itu, kami membuka peluang kepada orang ramai atau syarikat korporat untuk mengundang kru Penyingkap Fakta agar kami berpeluang berkongsi pengalaman ditempuh sebelum ini dalam alam paranormal. Pada masa sama, Ustaz Zaharuddin akan memberikan penerangan berhubung gangguan jin dan turut sama menawarkan rawatan bersesuaian kepada pesakit dengan kerjasama kru kami.

Jika berminat, sila hubungi En. Shahrul di talian 019 270 9061.


0 Komen :