Ikuti kisah terperinci hasil tinjauan kru Penyingkap Fakta di pelbagai lokasi menggerunkan masyarakat. ... lokasi didakwa berlaku pelbagai kejadian aneh atau penampakan entiti paranormal. Kami melangkah bersama, mengharung onak, duri dan sembilu , mendokumentasikan kenangan pahit manis namun disatukan oleh minat sama. Terima kasih kerana sudi singgah di sini.

ENTITI PARANORMAL MENYERUPAI GADIS MAMPU TERBANG

1 Jun lalu, sekitar jam 6.30 petang, kru Penyingkap Fakta, PF, menjalankan tinjauan awal di dua lokasi didakwa 'keras' di Kampung Tanjung Rengas, Kampar, Perak bersama beberapa penduduk kampung.

Kru PF, ditunjukkan lokasi gadis berbaju putih dan berambut panjang, didakwa terbang ke pohon ara berhampiran sungai pada waktu tengah malam.


"Saya datang ke sini untuk melihat orang dari daerah luar memancing ikan selepas jam 12 malam. Menurut mereka, ikan bertambah banyak jika entiti paranormal menyerupai gadis itu mandi di tengah sungai, berhampiran tiang jambatan paling hujung. Malam itu, pemancing menyuluh lampu ke arah entiti itu. Tercegat ketakutan, saya dapat melihat dengan jelas, susuk tubuh entiti berambut panjang, menutupi wajah itu mandi sebelum dia terbang dan hinggap di dahan pokok di seberang sungai," dakwa penduduk kampung berusia 21 tahun.

Enam kru PF, Mazidul, Jet, Suhaimi, Zul, Boy dan Atoi kemudian meneruskan perjalanan kira-kira 300 meter dari jambatan terbabit sebelum ditunjukkan bangsal usang tinggalan pekerja binaan Indonesia.


"Kira-kira lima tahun lalu, pekerja pendatang tanpa izin tinggal di sini sering diganggu. Pada waktu malam, tatkala tidur, mereka dipindahkan ke lokasi berbeza di dalam bangsal. Penghunii wanita kerasukan. Selepas tempat ini tidak lagi berpenghuni, saya juga pernah terserempak orang tua, layak digelar nenek dan berpeluang bekomunikasi bersama dia pada waktu malam. Dia datang dari belukar berhampiran sebelum masuk ke bangsal ini. Dia bukan manusia. Bangsal ini dahulu sering dijadikan tempat oleh sebilangan kaki ekor melakukan pemujaan untuk mendapat nombor," kata seorang penduduk lain.


Kru PF kembali semula ke 2 lokasi terbabit selepas jam 12.30 malam, berbekalkan pelbagai peralatan elektronik dan juga kamera video. Suasan di sekitar pada waktu malam kelihatan lebih menyeramkan.

Hasil rakaman sedang disunting oleh Boy dan bakal dipaparkan di sini untuk tontonan semua peminat kisah dunia paranormal. 



Ya, memang berlaku kejadian ganjil dirakamkan, tidak mampu dijelaskan dek akal.

Untuk mengenali kru kami, klik di sini.

2 Komen :

sw33tdarling berkata...

Perghhh suspen. Tak sabar nak baca atau lihat video penyingkap fakta

Unknown berkata...

SMTI..tak sabar nak tunggu sambungan