Ikuti kisah terperinci hasil tinjauan kru Penyingkap Fakta di pelbagai lokasi menggerunkan masyarakat. ... lokasi didakwa berlaku pelbagai kejadian aneh atau penampakan entiti paranormal. Kami melangkah bersama, mengharung onak, duri dan sembilu , mendokumentasikan kenangan pahit manis namun disatukan oleh minat sama. Terima kasih kerana sudi singgah di sini.

HARUMAN SEGAR MEMBUAT KEK DAN ROTI SERINGKALI TERBAU

Kru Penyingkap Fakta terpanggil untuk menyeramkan diri setelah sekian lama berehat panjang untuk ke lokasi asrama tinggal.




Lokasi ini merupakan tinjauan kali kedua kru penyingkap fakta bagi menyingkap tabir malam di lokasi yang luas dan besar itu.

Tepat jam 1230 malam, kru PF Suhaimi, Zul, Atoi dan Jet serta seorang follower Alif tiba dilokasi tersebut.



Kami disambut dengan senyuman serta salam oleh Shaharudin Maleka (Man), 45 setelah sekian lama tidak bertemu sambil bertanya khabar.

Walaupun mengetahui lokasi tersebut amat berisiko tinggi dari segi keselamatan, itu tidak menghalang kami untuk meneruskan tinjauan dengan bertemankan dua orang tempatan yang fasih selok belok kawasan asrama tinggal tersebut. 

"Kita akan bermula dengan lokasi pertama iaitu kolam renang." jelas Suhaimi.

Tanpa melengahkan masa, kru PF bergerak dengan hanya bertemankan cahaya lampu kereta kerana sekitar kawasan asrama tersebut tidak lagi mempunyai bekalan elektrik untuk menuju ke lokasi pertama, iaitu kolam renang. 


" kawasan ini, selalu juga bunyi orang menangis, mengilai..rasanya seperti suara kanak-kanak..kadang-kadang, saya terlihat juga kelibat lembaga hitam berkeliaran dikawasan kolam ini..." jelas Edy merupakan kawan kepada Man.

Terdapat dua kolam renang yang dikhaskan untuk lelaki dan perempuan di kawasan terbabit.



Kru PF, atoi, suhaimi dan zul mengeluarkan alatan umtuk mulakan kajian sebelum mengagihkan tugas.

Suhaimi menyarankan agar Kamera Pengesan Pergerakan Infrared diletakkan dipenjuru kolam.

Atoi kemudian bergerak meletakkan kamera tersebut dipenjuru kolam dan secara cermat menghalakan lensa ke kawasan kolam perempuan yang dimaksudkan.


Kamera terbabit berupaya merekod gambar pegun dan menghasilkan rakaman video berdurasi 10 saat sebaik pegerakan dikesan di sekitar kawasan hadapan lensa.

Setelah peralatan dipasang dengan kemas dan berfungsi, kami bergerak meninggalkan lokasi dan peralatan termasuk meter EMF yang diletakkan berhampiran kolam tersebut untuk ke lokasi seterusnya.


Pergerakkan kami agak terlalu laju akibat teruja setelah sekian lama berehat dari melakukan aktiviti kajian paranormal. kali ini, baru kami mendapat rasa kembali kepuasannya apabila peluh mula membasah tubuh setiap kru PF.

Alif, 26 tahun berasal dari Petaling jaya, Selangor merupakan kali pertama bersama Kru PF melakukan kajian. Pemuda yang agak sopan dan tertib itu, mula menunjukkan minat terhadap kajian yang dilakukan PF. 

Alif sebelum ini, pernah mengikuti program Kru PF ketika memberi taklimat berkenaan peralatan yang digunakan kru PF sewaktu kajian bersama Pelajar jurusan Pengurusan Rekod dari UiTM Kampus Puncak Perdana.

" sebenarnya saya tidak berani sangat tetapi bila lihat kru PF ini seperti keluarga dan saling bantu membantu, saya macam terus berminat untuk mendalami saat-saat didalam gelap serta melakukan kajian walaupun malam ini merupakan malam pertama saya melakukan kajian bersama kru PF" jelas Alif.


Alif ditugaskan untuk menggunakan 'Parabolic Voice Recoder' dan juga 'Infrared Thermometer'.

Dalam perjalanan menuju ke lokasi kedua, Jet mula mengambil gambar mengguna Canon G12 secara rawak. 

Tatkala itu, jet merakam satu imej, yang tidak dapat dipastikan apakah sebenarnya imej yang berjaya dirakamkan oleh Jet.


Pastinya lebih menarik jika kita mula berfikir dan mengkaji bersama, apakah cahaya tersebut itu adalah serangga atau ianya.......

rujuk pada carta gambar dibawah :



Setelah berjalan mengelilingi asrama tinggal tersebut, kami berehat seketika di kawasan terbuka parkir kenderaan.

Dengan hanya bertemankan cahaya bulan, kami melepaskan lelah untuk seketika. 

Di setiap bangunan asrama tinggal itu kelihatan agak menyeramkan.


“Edy pernah tegur ‘benda’ tu. Sebenarnya, dia tak tau pun yang dia tegur ‘benda’ tu. Dia ingatkan orang. Waktu dah maghrib. Edy tegurla, “oi.. sesudahlah tu.. bebawaklah balik”. Selepas menegur ‘benda’ itu, Edy terus muntah-muntah sampai lembik badan dia”.

Dakwaan itu, membuatkan kami terasa  malam itu  seperti ada sesuatu yang sedang memerhatikan kami.

Man juga mendakwa seringkali terbau seperti orang sedang memasak kek dan membuat roti, baunya sangat sedap dan segar apatah lagi sebelum ini bangunan yang ditinggalkan adalah sebuah tempat membuat kek dan roti.

Tepat jam 1.40 malam, kami mula bergerak ke kolam renang untuk mengambil kamera dan EMF yang ditinggal pada awalnya.


Berhati-hati kru PF melangkah akibat terlalu banyak kaca dan batu yang bersepah di atas lantai.

Haruman segar kek dan roti yang didakwa oleh Man membuatkan kami ternanti-nanti.

Tetapi perkara itu sama sekali tidak terjadi.

Kami tiba di lokasi tempat membuat kek.

Atoi, suhaimi dan zul memikirkan lokasi sesuai untuk meletakkan peralatan.

Keadaan sekitar kawasan membuat roti dan kek.


Selepas meletakkan peralatan kajian kami mula bergerak untuk mencari tempat berehat.

Jet memaklumkan bahawa beliau merakamkan satu imej secara tidak sengaja ketika beliau merakamkan gambar secara rawak.


Setelah imej dibesarkan..


Jam hampir menunjukkan 3pagi. Kami sekali lagi mengorak langkah ke kawasan membuat kek dan roti untuk mengambil peralatan yang ditinggalkan.

Setelah dianalisa video dan kamera tersebut, tiada sebarang imej yang berjaya dirakam di dua lokasi yang ditinggalkan.

perhatikan gambar dibawah..apa yang anda nampak?


Sekitar jam 3.30am, kajian ditamatkan di lokasi berkenaan. Biarpun hanya sekadar bermandikan peluh tanpa mendapat hasil rakaman audio atau video, Kami agak gembira dengan kajian yang dilakukan di lokasi ini. 


Jika diberikan peluang untuk menilai lokasi, kami memilih 4 stars kepada lokasi berkenaan. Memang hebat!

*itu hanya gambar dinding bangunan tersebut walaupun sekali 
pandang ianya seperti mahkluk berambut panjang.