Ikuti kisah terperinci hasil tinjauan kru Penyingkap Fakta di pelbagai lokasi menggerunkan masyarakat. ... lokasi didakwa berlaku pelbagai kejadian aneh atau penampakan entiti paranormal. Kami melangkah bersama, mengharung onak, duri dan sembilu , mendokumentasikan kenangan pahit manis namun disatukan oleh minat sama. Terima kasih kerana sudi singgah di sini.

BANGLO LAGENDA DI SEKSYEN 2 SHAH ALAM INGIN DIJUAL?

Pembaca blog ini mengirimkan link berhubung rumah ingin dijual di Seksyen 2, Shah Alam, Selangor.


Iklan terbabit disiarkan di Mudah.my, klik di sini.

Benar, berdasarkan permintaan ramai, kru 666 pernah menjalankan tinjauan dari luar banglo sama sekaligus merakamkan dakwaan beberapa responden kami temui di laluan awam berhampiran premis 2 tingkat itu.


Untuk membaca entri berhubung tinjauan terbabit, klik di sini.

Andai entri itu diteliti dengan kejujuran, 666 TIDAK pernah mendakwa atau mengesahkan rumah terbabit berhantu. 

Pada 15 September lalu, setelah dihubungi lelaki mendakwa 'pemegang amanah' rumah terbabit, saya meminta dia membaca terlebih dahulu kandungan sebenar entri memaparkan hasil tinjauan kru 666 dan bukan hanya mendengar kenyataan orang lain.

Penjelasan berhubung tindakan itu, saya catatkan di entri ini.

Setelah lebih 3 bulan berlalu, kru 666 masih tidak dihubungi oleh lelaki terbabit.

Apa pun samada bersetuju membenarkan kru Penyingkap Fakta menjalankan tinjauan di dalam banglo itu atau sebaliknya adalah HAK dia. Kami hanya sekadar memohon dan cuba untuk memulihkan imej banglo 'lagenda' itu dengan menampilkan fakta.

Sebagai pihak tidak berkepentingan, kami menerima keputusan pemegang amanah itu dengan hati terbuka.


Agak pelik, pengiklan dilihat masih menggunakan gambar lama banglo terbabit sedangkan gambar rumah lebih kemas dan sesuai untuk diiklan telah kami rakamkan, biar pun pada waktu malam.

Justeru, terfikir, adakah iklan itu asli?

Beberapa kenalan berminat untuk membeli telah menghubungi nama dan nombor telefon mudah alih disertakan di iklan sama tetapi tiada jawaban.

Hemat saya, harga RM66,000 ditawarkan bukan persoalan, barangkali pemilik rumah bermurah hati menawarkan harga serendah itu kepada pembeli.

Sesungguhnya, niat manusia tidak dapat dilihat di dahi, usah kita bersangka buruk.

Tawaran kami untuk melakukan tinjauan dilengkapi kamera Sony night vision PLUS, kamera pengesan pergerakan infrared, perakam audio Sony (parabola) dan infrared thermometer masih terbuka.

Terserah.


14 Komen :

A.Fathi berkata...

saya mcm minat nak beli. murah betul.

zuar berkata...

masih menunggu pemegang amanah tu bg krew 666 buat tinjauan dalam rumah tu. Selagi diorang tak bagi siasat untuk singkapkan fakta sebenar selagi tu la ramai yg anggap cerita tu betul.Tu tak dapat dinafikan lagi. Tapi pasal iklan tu rasanya memang tipu ada budak nak main2 je tu

Izzy Naluri berkata...

apa cerita kisah rumah ni? bagi la link...

Tanpa Nama berkata...

Mcm x logik harga tu. Klu ada hantu pn aku sanggup bli lg.

I called. No answer. I've sent message no reply. If this is true, I would really like to buy untuk dekatkan my parents with me here. If this is false, I'll be really disappointed.

Tanpa Nama berkata...

rumah ni tak berhantu lah.

Tanpa Nama berkata...

Perghhh, gila murah.sapa taknak banglo 66K jew..!!

kalau betul pun ada hantu, inyaallah kita boleh usahakan untuk halau dengan ayat-ayat al-quran..

skaletone berkata...

ni la rumah yang dikatekan berhantu dan mengorbankan 2 sahabat budak UITM Shah alam...ader misteri yang sangat terkenal..

Tanpa Nama berkata...

sebelum ni i silent reader kat sini..tp bla baca entri ni,tergerak hati nk comment..actually kawan saya berminat dengan rumah tu,n then dia call number fon yang tertera di iklan mudah tu..sorang perempuan angkat,dia ckp ramai yang call dia pasal rumah tu.actually dia x berniat pun nak jual,tu semua scam je..Wallahualam

Tanpa Nama berkata...

hantu kak limah balik rumah

Deq Amoy berkata...

bestnya lahai klau dpt beli sbb giler pnya murah sbb flat pun dh 80k...

Deq Amoy berkata...

bestnya lahai dpt beli rumh besau camni....

Unknown berkata...

Bro.. Dol, ingat tak masa kita belajar kat K** Dulu, ada sorang lecturer Mat Salleh mati dalam rumah kat sec 2? Siap dah sampai berulat lagi..... Cuba la. .. Kat rumah tu, rasanya salah satu rumah yang menghadap ke tasik tu kot.....

Tanpa Nama berkata...

rumah ni memang betul ade kes kematian berlaku pun... x cye try google...masih ada lg citenye tu...good luck..