Ikuti kisah terperinci hasil tinjauan kru Penyingkap Fakta di pelbagai lokasi menggerunkan masyarakat. ... lokasi didakwa berlaku pelbagai kejadian aneh atau penampakan entiti paranormal. Kami melangkah bersama, mengharung onak, duri dan sembilu , mendokumentasikan kenangan pahit manis namun disatukan oleh minat sama. Terima kasih kerana sudi singgah di sini.

DIGIGIT TOYOL

Lagu 'Segalanya Mungkin' dendangan kumpulan Headwind berkumandang di dalam kereta Jet Da Brutal.

Jet memandu.


Duduk di belakang, Mohd Suhaimi Salim, 45 tahun, pemandu trak baru bertukar stastus sebagai kru tetap 666, ditemankan oleh Razali.


Berikutan komitmen dan kerjasama ditampilkan sejak mula menyertai tinjauan bersama kru 666, ayah kepada 2 anak itu diputuskan majoriti  layak bergelar kru tetap.

Tahniah!

"Kita sudah sampai di Kuang," celah Suhaimi menggunakan walkie talkie digenggam erat.


Ketika itu jam tangan Casio saya menunjukkan hampir pukul 11 malam. Kereta di belakang kami dinaiki oleh Boy dan 3 kru Penyingkap Fakta, Mohd Azayusrin Kasri, Shaiful Talib dan kru berasal dari Kota Belud, Sabah, Omar Khan Mijan.


Turut berada di lokasi sasaran, 4 kru Penyingkap Fakta berasal dari Kuang, Selangor, Rosidi Yahya, Zahariman Abd Latip, 43 tahun, Hambali Saironi, 45 tahun dan Han.


Sewaktu taklimat ringkas tinjauan disampaikan, gerhana bulan mula kelihatan jelas.


Jam 11.15 malam, kami semua mula melangkah perlahan mendaki kawasan sedikit berbukit menuju ke rumah dua tingkat terserga di tengah dusun buah-buahan dikelilingi oleh ladang kelapa sawit.


Sebaik tiba di rumah terbabit, Jet pantas menyukat purata suhu di sekitar menggunakan Infrared Thermometer sambil saya dan Boy merakamkam gambar.


"Enam puluh, lima puluh lapan, lima puluh enam, suhu semakin menurun!," ujar Jet.

Untuk rekod, suhu disukat dalam unit Fahrenheit.


Suhu terendah direkodkan di tingkat atas rumah, 51 darjah Fahrenheit (10 darjah Celcius). Menurut teori pengkaji paranormal barat, penurunan suhu secara drastik, isyarat jelas kehadiran entiti paranormal di kawasan sekitar.

"Sekarang ini sudah normal kembali," bisik Jet kepada kami.

Setelah meninjau rumah itu beberapa minit, Razali kemudian memasang Kamera Pengesan Pergerakan Infrared di bahagian bawah rumah.


"Gambar ini saya terakam pada 8 Disember lalu," ujar Mohd Haniff Omar, 34 tahun.

"Di mana?," soal saya.

"Di sebuah tempat makan, tidak jauh dari sini," balasnya.


"Bagaimanakah gambar boleh dirakamkan?," tanya saya lagi kepada Haniff.

"Masa itu lebih kurang pukul 12.30 malam, tiba-tiba hati tergerak untuk merakamkan gambar motosikal Kris saya," jelasnya.

"Memang, motosikal selalu bertukar warna," usik Zahariman.

Mereka tertawa.

"Lepas itu baru saya ternampak lembaga berdiri di kiri gambar," kata Haniff tenang.


Gambar di atas kemudian saya perjelaskan sedikit menggunakan perisian Picasa 3.


Seorang lagi rakan Haniff, Han, 38 tahun, kemudian berkongsi kisah berikut.

"Tahun 2000, masa itu saya melepak di kebun ini dengan kawan-kawan. Jam 1 pagi, kawan balik sebab sejuk dan takut. Saya tidur di atas pangkin, pukul 3 pagi, terasa ibu jari kaki kanan saya sakit. Masa itu hanya ada lampu pelita. Bila saya membuka mata, ternampak ada budak. Saya terpikir, ada anak orang sini ke? Kawan bawa adik dia ke? Saya goyang-goyangkan kaki, dia mengikut dan terus menggigit ibu jari, saya tolak, melambung, dia tidak menangis," dakwa Han.


Dia kemudian membawa kru 666 ke lokasi kejadian, di pintu masuk ke kebun.

"Dahulu pokok durian di dusun ini baru mula belajar berbuah, pondok dan pangkin tempat saya duduk  itu di depan ini," katanya.


"Budak itu kemudian hilang?," tanya saya.

"Tidak! Dia main, berlari, memanjat dan terjun kira-kira satu jam. Mulut dia kelihatan cacat sedikit, macam sumbing. Telinga dia tajam tetapi bukan terlalu tajam dan tidak berwarna hijau seperti toyol dalam televisyen itu. Kulit dia seperti kulit kita," jelasnya.

Han mendakwa, entiti itu kemudian berjaya ditangkap oleh bomoh kampung berhampiran.

"Bomoh itu kata kalau hendak dibela, boleh tetapi syaratnya, setiap kali membeli pakaian baru, kita kena koyak dan kemudian jahit semula. Kalau tidak, dia ingat kita kaya dan boleh makan tuan," kata Han.

Semua kru mendengar ceritanya.

"Kejadian itu dianggap sebabai pengalaman peribadi sebab tiada gambar atau rakaman video untuk mengesahkan kesahihan berita," ujar saya.

Selama ini 666 tidak pernah memperkecilkan pengalaman individu mendakwa menempuh pelbagai peristiwa mengerikan di lokasi berbeza tetapi kami percaya banyak kisah seram disebarkan di kalangan masyarakat ditokok tambah.

Hampir jam 1 pagi, kad SD dari Kamera Pengesan Pergerakan Infrared dikeluarkan oleh Razali dari alat perakam itu.


Malangnya, tiada gambar berjaya dirakamkan.

"Bro, boleh tolong letakkan kamera di atas, hadapkan ke arah dalam?," pinta saya kepada Razali.

Keputusan itu dibuat secara rawak.


Jika sebarang pergerakan dikesan di ruang hadapan (di bawah), kamera secara automatik akan diaktifkan dan merakam gambar pegun dan video berdurasi 10 saat.


"Pada tahun 1996, saya ternampak kenderaan Unit Forensik polis masuk ke kawasan ini. Saya ikut dari belakang tetapi dihalang oleh polis lain. Saya tanya ada kes apa? Polis beri tahu, jumpa mayat pasangan suami isteri berbangsa India membunuh diri di rumah ini," dakwa Han.

Kisah itu barangkali diketahui ramai penduduk bermastautin di kawasan penempatan berhampiran.

Pada masa sama, semua pekerja digajikan untuk menjaga dusun di sekeliling rumah juga dilaporkan mendakwa sering diganggu dek entiti tidak dikenal pasti.

"Sekitar tahun 2004, dua pekerja Indonesia berbangsa Madura tinggal di rumah ini. Dia orang kata terdengar bunyi bising dan kemudian mendapati pinggan bersepah di dapur kelihatan tersusun. Saya masih ingat, itu hari ke lima dia orang bekerja di sini dan lari ke rumah saya awal pagi, minta bantuan saya untuk menghantar mereka ke Bangsar," tambah Han lagi.

Kamera Pengesan Pergerakan Infrared ditinggalkan di tingkat atas rumah, lokasi Jet mengesan berlaku penurunan suhu secara mendadak selama kira-kira sejam.


"Ada something hitam di tingkap sebelah kiri," celah Razali.


Kami kongsikan imej dirakamkan bersama semua pembaca.


Entiti itu didapai muncul hanya dalam tempoh 4 saat sebelum menghilang.

19 Komen :

zuar berkata...

pergh..terbaik ni.tak kan smpi sini je cite ni bro

Unknown berkata...

Kalau hendak panjang, kena tengok drama atau wayang di pawagam.

TERBAIK... 666... YOU ARE GETTING CLOSER... I THINK...

Nadie az berkata...

smti..

Adam Vai berkata...

Tahniah kepada bro Suhaimi. Nasib baik tiada sesiapa yang kena gigit ibu jari kaki.

dayang Citra berkata...

adeh,rasa tengok cerita hantu yang tak habis...

Unknown berkata...

rasa cm baca majalah mastika plok!!
TERBAIK!!

kak tie berkata...

teringat dulu masa tinggal kat Sabah(pendalaman)..heboh kisah makhlus halus hisap ibu jari..kami seluruh warga sekolah diarahkan tidur sambil pakai stoking/selimut kaki...mmg seram

lynnepu3gp berkata...

terbaik..!! :)

SMTI

terbaekkk.. tp ala.. cerita tak habis...

sam berkata...

smti............

NiJa SaFa berkata...

trbaik

Nu-are berkata...

assalamualaikum wbt abg mazidul...saya minat betul nak join crew 666 ni..masih ada kekosongan ke abg mazidul

akeuchi_aya berkata...

SMTI

agdm berkata...

can u contact me scr personal at this email ?
alamghaibdanmanusia@gmail.com
i can see all those "thing"
and ada port menarik yg nk suh abg siasat..thanks

Shah AMpang berkata...

bro..yang gambar entiti kat motorsikal tu sbnarnye fake..skang ni ada application camera utk phone android yg mampu buat effect cmtu.Nama application tu Camera360. Da byk da post2 org tgkap gmba gne apps tu konon2 trtgkap gmba kelibat.

mat skodeng berkata...

kalau tak silap saya nampak ada lembaga hitam di tingkap pada gambar bertarikh : 10/12/2011 13:01. betul x??

Shayra Yahya berkata...

Saya ada cadangan utk uncle mazidul dan kru 666. Kalau nak tangkap gambar entiti ni selalunya dalam pukul 2-3 am. 3.30 am antara waktu puncak untuk entiti keluar. Kira macam wicked time la. Lagi satu, kalau nak tempat2 yang menyeramkan bolelah pergi ulu yam, banting, dan juga asrama di kuala lumpur.