Ikuti kisah terperinci hasil tinjauan kru Penyingkap Fakta di pelbagai lokasi menggerunkan masyarakat. ... lokasi didakwa berlaku pelbagai kejadian aneh atau penampakan entiti paranormal. Kami melangkah bersama, mengharung onak, duri dan sembilu , mendokumentasikan kenangan pahit manis namun disatukan oleh minat sama. Terima kasih kerana sudi singgah di sini.

TINJAUAN KE JALAN KARAK LAMA

'Karak' begitu sinonim dengan kisah seram.

Sebilangan pengguna Lebuh Raya Karak mendakwa terserempak dan terlihat pelbagai jenis entiti tidak dikenal pasti.

"Abang saya balik malam dari Kuantan, Pahang bersama kakak ipar Tiba-tiba kakak saya ternampak kelibat seperti perempuan berdiri di tengah jalan dan sebaik dia menjeling abang, terdengar bunyi seperti kereta terlanggar sesuatu. Abang terus memandu dan ketika kakak menoleh ke belakang, dia terlihat sepasang mata berwarna merah," ujar rakan.

Barangkali berikutan pelbagai kisah menakutkan didakwa berlaku di lebuh raya, filem 'Karak' diterbitkan. Saya yakin penerbit filem itu telah membuat homework sebelum berkongsi hasilnya bersama penonton di pawagam seluruh negara.

Lihat sahaja pelbagai gambar terpapar di skrin komputer sebaik kita menaip perkataan 'Karak' di Google.


Hemat saya, imej di atas antara rakaman paling popular dipaparkan di YouTube. Adakah keaslian video itu telah disahkan oleh pakar untuk memastikan keaslian gambar? Atau mungkinkah visual itu sebahagian daripada hasil rakaman dalam pembikinan filem?

Barangkali sebilangan pembaca entri ini mempunyai jawaban tepat untuk dikongsikan bersama kami dan pembaca lain.


Jalan Karak lama antara lokasi dikata lebih menyeramkan di kalangan pengguna jalanraya. Saya dimaklumkan kini tiada kenderaan menggunakan laluan itu sebaik malam melabuhkan  tirainya. 

Malam esok, kru 666 InsyaAllah akan ke lokasi sama sekaligus melakukan tinjauan di antara jam 11 malam dan 4 pagi.

Orang ramai berminat untuk menyertai kami, sila hubungi Razali Harun di talian 016 231 5812. Syarat kami mudah, setiap kru Penyingkap Fakta harus memiliki baju kemeja-T 666 agar semua kelihatan seragam di lokasi tinjauan.

Objektif kami, menyingkap fakta di sebalik misteri dilaporkan menyelubungi kawasan terbabit. Jangka suhu infrared, perakam parabola, kamera video infrared dan kamera digital antara peralatan asas kami gunakan.

Sebarang imej atau klip video menarik, bakal kami kongsikan bersama pembaca di sini. Andai pembaca mempunyai maklumat berhubung lokasi kemunculan entiti paranormal, sila catatkan di ruang komen entri ini.

Kami ingin berada di situ.

11 Komen :

eXception berkata...

Salam, video di atas merupakan salah satu scene filem Momok Jangan Panggil Aku...

oni.asyraf berkata...

imej perempuan tu cam tipu je, sal hantu tiada bayang2, ...

zuar berkata...

saya sllu lalu karak ni nak g kemaman.setiap bln ada sekali pegi. tapi nsb baik siang hari.huhu

seumur hayat saya setakat ini...
belum pernah terjumpa apa-apa sepanjang menggunakan jalan karak ni...jalan lama,jalan baru,siang,malam sama saje...xde yang mencurigakan...tu yang pelik..
Dengar dari orang luar macam-macam cerita ada...tapi saya sendiri tak pernah terjumpa apa-apa..
bagus juga kalau Bro buat kajian ni...nak jugak tau fakta sebenar...
kalau balik ke jengka @ pekan saya lebih suka waktu malam @ awal pagi...sejuk...hhehehe

gadisBunga berkata...

smti.

saya mahu tahu tentang apa yg ada di karak.

salam penyingkapfakta666,kami dari kumpulan "the origin" shah alam/kl,ingin berkongsi pengalaman kami dengan "dark journey" kitorg dengan anda,kami baru menyedari akan kewujudan blog ini,dengan ini kami ingin mengatakan bahawa kami cukup teruja akan "aktiviti" yg anda lakukan,kini kami mula menjadikan blog anda n aktiviti anda sebagai "guideline" kami,mmg kami respect cara n ayat2 yg digunakan oleh anda sepanjang "aktiviti" dijalankan,

dengan itu,harap pihak anda dapat meneruskan "aktiviti malam" ini sampai bila2,kami sungguh berbangga kerana dpt jmpa "kumpulan" lain yg buat blog mcm kami...

harap maaf,blog kami dah lame xupdate,sibuk study,tp lokasi paling baru kitorg ialah kat taman tenaga puchong sabtu lepas(anda telah pergi kesana)...

ni link blog kami www.fatalframe09.blogspot.com

kami masih "mentah" lagi dengan "aktiviti" ini,harap dapat tunjuk ajar n nasihat dari pihak anda...

kak tie berkata...

mmg menakutkan...hubby saya pernah sekali terserempakn ngan benda alah ni..si'dia'duduk bertenggek atas kereta yang dah lama rosak danditinggalkan ditepi jalan yang sunyi sepi..tapi dia tak kacau orang..cuma merenung je..hubby saya buat dhek je la..bukan setakat hubby je yang jumpe,ramai..terutama askar2/komamdo yang bekerja sblh malam di Kem Komando Gerak Khas di Mersing...banyak citer2 seram disitu..

Tanpa Nama berkata...

Salam all.. Kisah kejadian lelaki dibunuh pada awal cerita karak dikatakan berdasarkan kisah benar. Pernah baca di internet laporan polis kes itu pernah wujud dan ada dibalai polis daerah bentong kononnya telah dikelaskan sbg kes paranormal. Tak silap saya ada surat khabar pernah melaporkan kejadian tersebut.

itu just patung :p setiap kali kereta lalu sure dia bergoyang2 mcm ditiup angin + ada bayang ~

Alam Roulan berkata...

kalau langsuir tu ngarut je....saya delalu ulang alik KL - Temerloh....selalu jam 11 mlm ke atas....kadang2 naik kereta selalu dgn motor la....pernah jumpe langsuir n pocong jadian ni....pernah sekali saya lalu dia bjalan2 tepi highway, saya stop motor capai kayu tau pulak lari ada member tunggu dgn motor balik semak....pocong plak pernah sekali serempak melintas jalan...bile saya hala kereta macam nak langgar dia hilang hobi melompat.....relax je lari....selalu saya lebih suka ikut jalan lama dari gombak ke karak...then karak ke mentakab....tak pernah pulak jumpe ape2....tahun 1994 - 2001 ulang alik hari sebab kerja KL duduk Temerloh....sekarang balik tiap2 minggu je.....

Saya kerap balik dari KL ke Temerloh menggunakan jalan lama Karak nie. Waktu siang ataupun malam, senja atau tengah malam. So far Alhamdulillah, tak ada apa apa.

Musykil jugak kalau ada jalan Karak lain yang dimaksudkan. Kalau jalan dari Bentong ke KL tu memang ada jalan lama, tapi kalau Karak tu setahu saya satu jalan jer.

Inisiatif pihak saudara untuk mengkaji sendiri laluan ini amat dihargai untuk merungkai misteri ini..