Ikuti kisah terperinci hasil tinjauan kru Penyingkap Fakta di pelbagai lokasi menggerunkan masyarakat. ... lokasi didakwa berlaku pelbagai kejadian aneh atau penampakan entiti paranormal. Kami melangkah bersama, mengharung onak, duri dan sembilu , mendokumentasikan kenangan pahit manis namun disatukan oleh minat sama. Terima kasih kerana sudi singgah di sini.

TANGISAN DI KUBURAN KETIKA BULAN MENGAMBANG PENUH

7 Januari, 2011, ketika bulan mengambang penuh ...


"Dengar?," soal beberapa penduduk kampung menyertai tinjauan kami.

"Sejak tadi lagi saya dengar," celah kru Penyingkap Fakta, Shaiful.

Suara bak bunyi anak kecil menangis mendayu-dayu jelas kedengaran dari arah tepi tanah perkuburan itu pada jam hampir 4.15 pagi.

2 penduduk kampung menyertai kami, Ahmad Shukri Mohd Fadzel dan Fadlullah Baharuddin meluru ke hadapan sambil memegang erat Electronic Voice Phenomenon. Saya mengekori mereka sambil merakamkan gambar pegun.


Jika pokok bunga Tanjung tumbuh di tanah kubur mampu berkata-kata pasti kami mampu menyingkap fakta berhubung bunyi ganjil didengari oleh semua

"Mungkin bunyi unggas bangun di awal pagi," kata saya.

Sebaik tiba di pinggir ladang kelapa sawit semua berhenti melangkah, bunyi tangisan terbabit berhenti. 

"Jalan di sebelah kubur ini memang sunyi, jarang penduduk lalu. Sebelum ini memang ada kejadian, pengguna jalanraya terlihat kelibat berwarna putih melintas," ujar Arman Shah Harun.

Sewaktu tiba di tanah perkuburan gelap itu, gambar berikut saya rakamkan bersama Atoi.


Perhatikan urutan gambar di bawah, dirakamkan pada minit sama.


Saya, Jet, Atoi, Shaiful bersama 4 penduduk kampung menuju ke wakaf di tanah perkuburan sama.

"Kita sedekahkah Al-Fatihah kepada semua ahli kubur," kata saya.

Jet memberikan salam.


"Ini meja transit, sebelum jenazah dikebumikan, lazimnya diletakkan di sini dahulu," maklumat dikongsikan oleh Shaiful.

Kami 'meminjam' seketika meja itu untuk meletakkan perkakasan dibawa biar pun sedikit berhabuk.


"Orang kata macam-macam kalau ke kubur pada waktu malam walhal tidak menakutkan pun," ujar Jet.

Kami berada di lokasi itu untuk menyingkap fakta berhubung dakwaan desas-desus kehadiran entiti paranormal.


Lihat keadaan di wakaf sama jika gambar dirakam tanpa flash.


Jam 3.30 pagi, Atoi menyandarkan kamera pengesan pergerakan di pokok di tengah tanah perkuburan sunyi itu. Kami percaya kamera juga mampu merakamkan visual sekiranya kelibat berwarna putih muncul seperti didakwa mampu dilihat dek mata kasar.


Namun, hasilnya menghampakan manakala rakaman visual menggunakan kamera night vision masih belum dikongsikan oleh Jet.

Sebelum ke lokasi terbabit, kami ke tanah perkuburan pertama, terletak di kampung bersebelahan.

"Jalan di sebelah kubur ini jarang orang lalu. Kalau pekerja kilang balik sebelum tengah malam, lazimnya mereka akan tidur di kilang dahulu. Selepas subuh baru mereka balik," ujar Arman.

Hari sebelumnya, saya dan Shaiful bertemu penduduk kampung, Shaibani Buang, di perkuburan itu.


"November lalu, anak saudara saya balik ke rumah pada jam 10 lebih, mengikut jalan sama, dia mendakwa terlihat kelibat lintasan putih, panik dan terjatuh. Dia patah tangan, mujur ada kawan mengikut dari belakang dan terjumpa dia," jelasnya.


Kami melakukan tinjauan awal.


Melalui tarikh tercatat di batu nesan, kami percaya tanah perkuburan itu berusia lebih 66 tahun.


Anak saya, Muhammad Afif Faiq. 13 tahun, turut berada di lokasi dan merakamkan gambar pegun.


Saya ingin dia tahu, setiap manusia pastikan akan mati dan akan disemadikan.


Kira-kira jam 12 malam, kru 666 tiba di lokasi sama.


Bulan mengambang penuh di angkasa.


Kamera pengesan pergerakan infrared dan night vision kemudian diletakkan di lokasi dipilih dan kami menunggu hampir sejam.

Setelah diperiksa, tiada gambar dan visual entiti paranormal dirakamkan.


"Ada kilang, hampir setiap pagi, pengawal keselamatan bertugas terpaksa mengutip rambut panjang. Dipercayai pos pengawal itu menjadi lokasi entiti berhias," kata Idris Hashim, 36 tahun.

Semua kru bergerak ke lokasi dimaksudkan.


Saya sempat bertemu seorang daripada pengawal keselamatan sedang bertugas pada jam 1.30 pagi.

"Rambut dikutip itu warna apa?," soal saya.

"Samada hitam atau putih. Saya sudah bekerja di sini kira-kira 11 tahun, 2 tahun saya mengutip rambut," ujar lelaki berasal dari Perak itu.

Bagaimana pun tiada sampel disimpan ketika kunjungan kami.

"Ada pengawal keselamatan perempuan bekerja sekali ke?," tanya saya.

"Tidak ada," balasnya.

"Isteri dia marah sebab setiap pagi asyik membawa balik rambut perempuan sahaja," gurau Idris.

Tambah ayah kepada 2 anak berusia 36 tahun itu, beberapa pekerja kilang warga tempatan dan asing mendakwa pernah terlihat lelaki berjubah hijau melintas kawasan berhampiran kilang sama.


"Lelaki berjubah hijau itu dikatakan selalu bersembahyang subuh di surau kilang manakala objek macam kepala terbang, entiti seperti rupa jururawat British tetapi separuh badan, mendukung bayi juga pernah dilihat di kawasan ini," kata Idris lagi.


Seperti biasa, kami kemudian melakukan tinjauan dan meninggalkan alat perakam gambar di kawasan dimaksudkan.


Lokasi kamera diletakkan, berhampiran kawasan paya bakau. 


"Kalau pengawal keselamatan terjumpa lagi rambut di tempat mereka bekerja, saya akan hubungi abang," kata Idris sebelum kami beredar.


10 Komen :

smti

Adam Vai berkata...

Tak sabar nak balik Malaysia dan turut serta bersama semua kru melakukan tinjauan.

macam mana nak join kru ni?

gadisBunga berkata...

smti.

keadaan di kawasan kubur pertama lebih menakutkan~

lynnepu3gp berkata...

smti..

Farinar berkata...

smti.. Nice.

seremmmmmmmmm

Saya berminat utk sertai kru penyingkap fakta ke lokasi utk merasa sendiri pengalaman, mcm mne ea nk join??

Cik Tie@Akak berkata...

frust...x dapat tengok rambut

Tanpa Nama berkata...

smti