Ikuti kisah terperinci hasil tinjauan kru Penyingkap Fakta di pelbagai lokasi menggerunkan masyarakat. ... lokasi didakwa berlaku pelbagai kejadian aneh atau penampakan entiti paranormal. Kami melangkah bersama, mengharung onak, duri dan sembilu , mendokumentasikan kenangan pahit manis namun disatukan oleh minat sama. Terima kasih kerana sudi singgah di sini.

NYANYIAN DI BANGLO BUKIT DARAH PADA JAM 3 PAGI

Hampir jam 11.30 malam 14 April lalu, saya, Razali, Adam, Jet, Farid, Suhaimi dan Azayusrin tiba di kawasan berhampiran banglo tinggal di Bukit Darah, Sungai Buloh, Selangor.



"Perempuan itu membawa payung, berbaju kebaya. Bila ditanya oleh pengawal keselamatan, hendak ke mana? Dia menjawab, tunggu bas. Masalahnya, pada ketika itu jam 2 pagi dan dia berdiri jauh dari jalan utama. Lebih menarik, dia bergerak lalu melanggar pagar di tepi kanan jalan, menembusi pagar sebelum menghilangkan diri. Pengawal keselamatan takut, panik sebelum menceritakan kejadian kepada rakan setugas lain," ujar bekas pengawal keselamatan pernah bertugas di situ.


Kejadian terbabit dilaporkan berlaku kira-kira 3 minggu lalu, kurang 100 meter dari lokasi banglo Bukit Darah masih teguh berdiri.


"Adam, Azayusrin, Farid dan Razali, tolong lakukan tinjauan awal. Bawa EMF Meter dan Perakam Audio Parabola (EVP)," pinta saya.

Mereka kemudian berlegar-legar di kawasan luar banglo.


Jet ditugaskan mencatat perincian data di lokasi.


Untuk rekod, pada Jun 2011, saya, Razali dan beberapa rakan lain pernah melakukan tinjauan ringkas di banglo terbabit tetapi tanpa peralatan lengkap. 

Ketika itu kami hanya mempunyai beberapa kamera dan 2 unit Infrared Thermometer. 

Kisah tinjauan itu saya nukilkan di sini.

Kali ini berbeza, 666 memiliki semua keperluan asas untuk menjalankan tinjauan berhubung kes paranormal. Terbaru, EMF Meter dibeli dengan bantuan kenalan Jet di Amerika Syarikat.


"Tidak ada petunjuk menarik. Suhu normal, tiada bunyi ganjil dirakamkan," lapor Adam.

Hampir jam 1 pagi, kami kemudian bergerak ke arah kolam mandi di belakang banglo sama.

"Beberapa kali, kelihatan entiti menyerupai wanita sedang mandi didakwa muncul di kawasan ini," ujar kenalan bersama kami. 


Sedang kru lain memasang peralatan, kamera digital, Infrared Motion Sensor Camera dan meletakkan alat perakam audio di kawasan berhampiran kolam. 

Tiba-tiba ...

"Ada bunyi benda berlari?," soal saya.

Adam dan Aza pantas meluru ke arah struktur seperti pondok berhampiran pagar banglo dan melakukan pemeriksaan.


"Tidak nampak apa bang," balas Adam.

Cuma kelihatan jelas, anak ular sedang berenang di permukaan kolam renang berair hijau. Barangkali reptilia itu terjatuh sewaktu menyusur tepian kolam.


Semua peralatan perakam audio video dipasang sempurna.


Kami kemudian dihulurkan krim penghalau nyamuk. 


Perhatikan gelagat kru 666, sewaktu menunggu hasil peralatan rakaman selama kira-kira 1 jam. 


Kami kemudian meletakkan semua peralatan di halaman banglo dianggarkan berusia ratusan tahun itu.


"Kru semua standby!," tiba-tiba Razali bersuara.

Saya hanya mendiamkan diri sambil merenung tepat ke arah tingkap di tingkat dua banglo tersergam di dalam suasan gelap.

Sekali imbas, sebelum Razali berteriak, saya terlihat kawasan berhampiran tingkap, di bahagian dalam bilik bak diterangi objek bercahaya di dalam gelap, glow in the dark

Pantas saya merakamkan gambar berikut.


Malangnya cahaya terbabit tidak kelihatan di dalam gambar.

Razali memaklumakan saya, dia juga melihat kejadian sama justeru memberikan amaran kepada semua kru agar berjaga-jaga.

Beberapa saksi sebelum ini mendakwa menyaksikan kejadian amat ganjil. Banglo didakwa kelihatan bercahaya biarpun ternyata tidak mempunyai bekalan elektrik sejak sekian lama.

Lihat gambar saya rakamkan di dalam rumah terbabit.


Di tingkat bawah, kami menemui kesan darah.


Namun setelah pemeriksaan rapi dilakukan, tiada pula bangkai haiwan ditemui.

Sewaktu berada di dalam banglo, Adam kelihatan sibuk menaip di telefon bimbit Blackberry miliknya.

"Saya tengah update semua pengikut Twitter 666," ujarnya.


Terima kasih di atas usaha itu, membenarkan maklumat berhubung kegiatan kru 666 di lokasi dibaca oleh ribuan masyarakat berminat dengan kajian entiti paranormal.


Berikut gambar dirakamkan di bilik didakwa wanita Inggeris membunuh diri suatu ketika dahulu.


"Jet dan Azayusrin nanti duduk di lorong berhampiran bilik manakala Adam dan Farid akan duduk di tangga. Kami semua akan menunggu di bawah," kata saya.

Tanpa bantahan Jet dan Azayusrin mengambil tempat seperti diminta dan dibekalkan Perakam Audio Parabola. 

Ketika itu jam tangan saya menunjukkan hampir pukul 2.30 pagi.


Sebelum itu bilik berhampiran mereka dilengkapkan dengan Infrared Motion Sensor Camera, alat perakam audio dan Meter EMF.


Sejam kemudian, saya mengajukan soalan kepada Jet.

"Takut?" 

"Tidak langsung sebab kami tahu Adam dan Farid berada di tangga. Selepas itu kami tengok pelbagai jenis cahaya macam dipancarkan oleh lampu suluh dan flash kamera menerangi dinding dan ruang di dalam  banglo ini. Dengar pula bunyi macam orang berjalan di halaman di bawah rumah, kami tahu abang mengambil gambar di bawah jadi kami bertenang," balasnya.

"Betul?," soal saya untuk kepastian.

"Betul bang. Kami siap dengar bunyi orang menyanyi lagi 60 an. Abang menyanyi ke tadi?," soal Jet kembali. 

Saya dan kru lain hanya mampu tersenyum sahaja sebaik mendengar kenyataan Jet. 

Sebenarnya selepas Jet dan Azayusrin mengambil tempat di lorong berhampiran bilik, saya mengarahkan semua kru lain untuk keluar dari kawasan banglo terbabit.

Lihat gambar saya rakamkan pada jam 2.50 pagi.


Barangkali Suhaimi dibuai oleh mimpi indah, Farid dan Razali juga terlena. Hanya saya dan Adam sahaja bersengkang mata pada waktu itu.

Lebih menarik, perhatikan 3 gambar berbeza di bawah, saya rakamkan dalam jam dan minit sama. 


Untuk rekod, pada saat itu tiada kru menghisap rokok kerana tertidur akibat kepenatan.


Kira-kira seminit kemudian Adam bersuara ...

"Abang Razali! Saya ternampak kelibat macam orang di bahagian kanan banglo itu," katanya.

Razali bingkas bangun dan memerhatikan sudut kanan, dipercayai kandang kurungan anjing suatu ketika banglo masih berpenghuni. 

"Saya pun nampak," celah Razali.

Pantas saya bangun sekaligus menyuluh ke arah lokasi dimaksudkan oleh Adam dan Razali namun tidak pula kelihatan kelibat manusia. 

Sejak dari awal kami dimaklumkan oleh pengawal keselamatan bertugas, tiada orang lain berada di sekitar banglo terbabit selain daripada kru kami. 


Kami terangkan kepada Jet fakta sebenar.

"Ya Allah! Betul ke? Habis itu, suara siapa kami dengar menyanyi? Jelas sangat suara itu bang. Cahaya kami nampak, datang dari sebelah depan, cahaya apa? Masa duduk di lorong itu, kami terfikir, buat apa pula abang Mazidul menyuluh sampai begitu sekali? Siapa pula berjalan di halaman rumah?," tanya pensyarah kanan Universiti Teknologi Mara terbabit.

Malangnya, sehingga kini kami tidak mempunyai jawaban kepada soalan itu. 

Seperti biasa, sebelum pulang ke rumah, kami menyapukan minyak Kasturi Syifa' ke tubuh sebagai pelindung diri.


Kepada pembaca berminat untuk mengetahui kegiatan kru 666, sila like page Penyingkap Fakta. Jika berhajat menyertai tinjauan kami di masa akan datang, sila dapatkan baju 666.

Hubungi Razali di talian 016 231 5812.

HEBAHKAN

18 Komen :

anyss berkata...

Assalamualaikum,
saya siap baca entri ni pada jam 3 pagi...alahai!

pinkytigress berkata...

errrr......meremang jap...

wow....

jet demam tak harini??

norhidana berkata...

setelah lama menunggu akhirnya ada cerita baru... puas hati baca walaupun hati berdebar2....

Sis Lin berkata...

Memang berdarah bango darah ini...
Lagu 60an yg dinyanyikan kemungkinan (...) itu seorg 'org lama'..jarang anak muda nak nyanyi lagu lama kan...uuuuuuuui meremang sayaa...huhuhu

MAYONAISE berkata...

saya suka! keep on writing!! nak tau kisah rumah berhantu yg lain pulak

faizal nayan berkata...

Tidak puas rasanya baca cerita kali ini. 666 kena datang lagi ke sini. Banyak rahsia yang perlu disingkap. Siapa yang nyanyi lagu 60an tu? Perempuan mat saleh tu ke? Kalau ada video @ audio nyanyian tu, lagi best! Syabas 666!

Adam Vai berkata...

SMTI

Tanpa Nama berkata...

SMTI

Chubby Tini berkata...

Assalammualaikum dari org Singapore.

Sebenarnya saya mengikuti perkembangan kru 666 ni dari permulaan tahun 2012. Saya stumble upon this webpage apa bila membaca blog Mr Mazidul Akmal mengenai "cerita hantu". Byk perkara unique dan fakta menarik yang ada di dalam blog ini. Syabas buat Kru 666. Keep up the good work! Kalau blh buat lah liputan di Negara jiran Singapura. Di sini juga ada byk tempat2 menarik yg blh di singkap fakta nya kerana byk tempat sejarah dan mcm2 lagi tempat yg agak keras juga... Looking forward to view new updates on this blog page...

Selamat berjuang menyingkap fakta!!!

dayang Citra berkata...

meremang bulu roma...seramnya..tak bagitau ke takde org yang ambik gambar dan menyanyi?eeeeee.....

Tanpa Nama berkata...

saya memang pengikut setia 666, baru2 ni, saya dpt tau ada satu banglo ni di UM (rumah bekas ex-vice cancelor) mmg sgt2 keras...lebih je pkl 12 mlm..xbleh stay kat situ...mgkn kru 666 bleh tgkkan..skrg ni tgh renovate..pekerja dia pun xbleh stay lbh dr pkl 12 mlm..

IeysHa berkata...

Assalamualaikum.. Mintak pendapat:

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=10151030062229572&set=a.393577579571.209827.331481044571&type=1&theater

Tanpa Nama berkata...

ermmm~~~~

smti

Tanpa Nama berkata...

maaflah kalau lari tajuk sikit. tapi macamana EVP(Electronic Voice Phenomenon) boleh diterjemahkan kepada Perakam Audio Parabola.
macam jauh je maksudnya tu.

Nadie az berkata...

smti....

Unknown berkata...

Hmm..td tgk dvd pastu sidai baju,mata xngantuk lg. Mcm ada bnyi shut..ingt laki aku apa lg on lampu terus seram2