Ikuti kisah terperinci hasil tinjauan kru Penyingkap Fakta di pelbagai lokasi menggerunkan masyarakat. ... lokasi didakwa berlaku pelbagai kejadian aneh atau penampakan entiti paranormal. Kami melangkah bersama, mengharung onak, duri dan sembilu , mendokumentasikan kenangan pahit manis namun disatukan oleh minat sama. Terima kasih kerana sudi singgah di sini.

DARAH PEKAT MENGALIR

"Umur saya sekarang 29 tahun. Untuk pengetahuan, saya mula terlihat banglo ini ditinggalkan kosong sejak sekolah rendah lagi.


Maksudnya lebih 20 tahun. Kalau ditengok dari luar, memang amat menyeramkan. Sebelum ini, sewaktu kecil, saya dan beberapa kawan pernah masuk tetapi tidak sampai ke banglo itu, hanya separuh jalan, kami berpatah balik. Itu pada waktu siang, kalau malam, sekejap lagi kita tengok, banglo itu nampak sangat menakutkan.  Tambahan pula pelbagai cerita tersebar, sebilangan mendakwa ada kes orang  membunuh diri di dalam banglo sama," ujar T. Aru Kumar.


Tinjauan kru 666 di Klang, Selangor bermula pada jam 1 pagi tadi disertai Adam, Razali, Shaiful, Suhaimi, Atoi dan Boy serta Arun dan adiknya Viso.

Banglo dua tingkat terletak berhampiran jalan utama itu kelihatan gelap diselubungi pokok tumbuh rendang di sekeliling.


"Arun memang takut untuk masuk," ujar Eksekutif Pemasaran syarikat kawalan keselamatan itu.

"Arun, kru 666 berfungsi sebagai kumpulan penyingkap fakta, mendedahkan maklumat sebenar berhubung dakwaan orang ramai. Kami ke lokasi terpilih dan menjalankan penyelidikan, berbekalkan peralatan elektronik kami miliki. Jadi sekejap lagi, bersama kita akan meninjau keadaan di dalam banglo itu. Kami akan menjaga Arun, tidak perlu takut," jelas saya kepada Arun.

Berikut antara beberapa gambar pegun awal saya rekodkan sebaik tiba di sekitar banglo terbabit.


Tanpa berlengah kru 666 terus memasuki banglo itu sambil saya merakamkan lebih banyak gambar sebelum Adam bersuara.

"Tempat Mat Pet (penagih dadah)!," ujar Adam sambil memerhatikan peralatan menghisap dadah di atas lantai bersama Atoi.


Lazimnya begitu, rumah ditinggalkan seringkali dijadikan sarang penagih dadah melepaskan gian, banglo ini tidak terkecuali.

"Rasanya, banglo ini juga dijadikan tempat pemujaan untuk mendapatkan nombor ekor," celah Razali perlahan.

"Tulisan Jawi di dinding," sampuk Boy.


Razali dibantu oleh Suhaimi dan Boy kemudian memasang Kamera Pengesan Pergerakan Infrared, dihalakan ke arah ruang berlatar belakangkan pokok besar di luar banglo.


"Bagaimana boleh jadi begini?," soal Razali sewaktu memerhatikan pokok besar di hujung banglo.


Biarpun gambar orbs dirakamkan di kawasan itu, malangnya tiada imej direkodkan oleh Kamera Pengesan Pergerakan Infrared setelah lebih 1 jam di tinggalkan statik di kawasan sama.

Hemat saya, gambar dilakarkan di dinding banglo berhubung rapat dengan kegiatan kumpulan tertentu cuba melakukan pemujaan untuk mendapatkan nombor ekor.


"Ini kelihatan seperti siri nombor di antara 1 dan 6 tetapi bukan nombor biasa seperti kita gunakan. Di bawah nombor itu ditulis dalam Jawi 'Tolong bagi nombor'," celah Shaiful.

Kami semua bersetuju dengan kenyataan itu.


"Gambar satu lagi ini apa pula maksudnya? Dilarang berbogel di sini?," usik saya.


Kru 666 berada di sekitar tertawa.

Saya rakamkan juga lakaran gambar naga di dinding banglo terbabit.


Kru 666 juga mengambil kesempatan meninjau ke ruang atas banglo terbabit, naik menggunakan tangga di tengah struktur tanpa penghuni itu.


Lantai banglo dipenuhi kaca dan tanpa disedari satu daripada ribuan serpihan kaca terbabit menusuk kasut tebal saya pakai. 

Darah merah pekat membasahi bahagian dalam kasut dan ibu jari saya berasa kebas dan basah.

Selepas selesai tinjauan, saya dikejarkan ke Tropicana Medical Center di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.


Terima kasih kepada doktor dan kakitangan hospital melakukan rawatan.

8 jahitan di ibu jari kaki kiri.

Di banglo sama, Boy dan Adam meletakkan Kamera Video Infrared di atas tangga untuk merakamkan visual entiti paranormal, jika ada.


Manakala Razali dan Shaiful duduk berhampiran pohon buluh sambil cuba merakamkan audio di sekitar.

"Cepat benar mata Shaiful, dia ternampak musang di pohon buluh di hadapan kami. Musang itu berdiri di dahan buluh sambil memerhatikan kami berdua. Lazimnya musang akan melarikan diri sebaik terlihat kelibat manusia," kata Razali.


Sebelum itu gambar entiti kelihatan seperti orbs direkodkan di lokasi sama.


Kami amati secara lebih teliti, satu daripada pintu utama di dalam banglo itu 'dihias' menggunakan daun kelapa. 

Mengapa?

Barangkali sebilangan pembaca blog ini mampu berkongsi pengetahuan dan pengalaman bersama kami.


Melalui pengalaman, kumpulan mengangkung nombor ekor selalunya hanya melakukan kegiatan mereka di lokasi dikatakan pernah berlaku kejadian ganjil. Saya percaya mereka menghabiskan banyak masa untuk melakarkan gambar dan menulis pelbagai grafiti di dinding.

Kesimpulan kami, banglo terbabit memang kelihatan menyeramkan tetapi tiada gambar entiti paranormal  dirakamkan dalam tinjauan lebih 3 jam itu.

"Kalau saya tidak masuk ke banglo itu tadi, sampai bila pun saya akan berasa takut. Bila sudah masuk, tidak ada apa pun," ujar Arun.

Kru 666 berharap, pihak polis akan terus melakukan pemeriksaan berlaka di banglo itu bagi memastikan premis terbabit tidak terus dijadikan sarang penagih dadah sekaligus menggugat keselamatan penghuni banglo bersebelahan.


Klik di sini untuk mengetahui perkembangan kegiatan hobi kami dan jika berminat mengikuti tinjauan di masa akan datang dan membeli baju 666, sila berhubung terus dengan Razali di talian 016 231 5812.

14 Komen :

smti

gadisBunga berkata...

smti.

mai ai takutnya.... harap2 bro mazidul tak terkena apa2 infection lepas pijak kaca tu... sampai 8 jahitan kena...

http://buasirotak.blogspot.com/

Dino Conoco berkata...

SMTI
BEST!!

CIK TOM berkata...

smti

Tanpa Nama berkata...

well done

dayang Citra berkata...

suspen je tajuk..hehe

Adam Vai berkata...

Satu tinjauan yang menarik!

Salam, saya noticed tempat yang dikatakan berhantu kebanyakkan nya dijadikan tempat pemujaan dan sarang penagih dadah. This is also membantu our police somehow.

Hopefully, abg. Mazidul recover soon.

smti!!
gua x ngeri tgok kwsn banglo tu,tp kaca yg kene kat kaki bro tu...cm kebas tetiba plak kaki gua..anyway,harap2 kaki bro xder apa2 ...

Tanpa Nama berkata...

pegi ramai2, memang susah nak jumpa..

cuba pergi 2-3 orang je..kemdian berpecah...tak lama jumpa la tu..ada berani??

mr.F berkata...

smti

Tanpa Nama berkata...

saya nak bagi cadangan untuk Encik Mazidul..apa kata cuba menyingkap fakta tentang rumah mona fandey di kampung peruas, ulu dong, raub..dengar cerita dari orang kampung terdapat lampu dan bunyi di rumah tersebut...tak tahu sama ada sesuatu entiti atau manusia yang memuja tempat pembunuhan Dato' Mazlan yang dikerat 18 bahagian satu masa dahulu...

Abg Mazidul.. For this expedition tak ada video ke? Btw salute you guys..