Ikuti kisah terperinci hasil tinjauan kru Penyingkap Fakta di pelbagai lokasi menggerunkan masyarakat. ... lokasi didakwa berlaku pelbagai kejadian aneh atau penampakan entiti paranormal. Kami melangkah bersama, mengharung onak, duri dan sembilu , mendokumentasikan kenangan pahit manis namun disatukan oleh minat sama. Terima kasih kerana sudi singgah di sini.

PENGAMBILAN BARU KRU PENYINGKAP FAKTA 666

Penyingkap Fakta 666 kini berusia kira-kira setahun 5 bulan.

Jika kanak-kanak, pastinya dia masih memerlukan perhatian ibu dan ayah untuk berdiri teguh, berjalan dan kemudian berlari. Sewaktu jatuh, dia tentunya mengalirkan airmata dan barangkali menjerit kesakitan. Namun tangisan serta kesakitan dirasai itu menjadi sebahagian daripada pengalaman bertujuan memperkasakan diri untuk mendepani cabaran lebih besar dalam hidupnya. 

Begitu juga Penyingkap Fakta.

Sebilangan ahli asal didapati tidak lagi berpeluang untuk menampilkan komitmen secara berterusan berikutan kekangan waktu. Bukan mudah mengagihkan masa untuk melaksanakan tugas rutin harian dan pada masa sama menyertai setiap tinjauan bersama kru lain sebagai hobi. 

Tambahan pula pembabitan dalam kegiatan hobi ini tidak mempunyai imbuhan.

Apapun menjelang tahun 2013, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua kru sudi bersama selama ini.

Tiada siapa mampu menyangkal, sesungguhnya tinjauan dilakukan bersama kru di pelbagai lokasi menuntut lebih daripada semangat dan keberanian. Jika ingin terus melangkah secara gah dan lebih berkredibiliti di masa akan datang, semua kru perlu mempertingkatkan usaha untuk lebih mempereratkan perhubungan melalui komunikasi berkesan.  

Tanpa komunikasi berkesan, pelbagai objektif  ingin dicapai bakal terbantut. Contohnya, pastikan diri mudah dihubungi dan jika tidak berkesempatan menjawab panggilan telefon atau pesanan ringkas, sila melaksanakan tindakan susulan untuk menghubungi kembali kru cuba menghubungi kita.

Communication is power.

Justeru usah sesekali dipandang remeh.

Selama ini kru Penyingkap Fakta bergerak secara berkumpulan justeru setiap kejayaan juga dikecapi secara bersama. Oleh itu, semua kepentingan bersifat individu harus diketepikan jika ingin melihat kumpulan ini menempa nama di persada dunia kajian kes paranormal di Malaysia.

Kami merancang menganjurkan pelbagai program membabitkan masyarakat pada tahun hadapan justeru memerlukan sokongan semua pembaca blog ini atau pengikut halaman 666, klik di sini.

Terima kasih kepada penasihat Penyingkap Fakta, Ustaz Zaharuddin Zainal kerana tidak pernah berasa jemu menyertai tinjauan sekaligus berkongsi ilmu agama bersama kami di waktu terluang. Hanya Allah mampu membalas jasa dan ilmu dikongsikan oleh beliau.  

Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua kru MASIH terus menyokong dan melangkah bersama sehingga ke saat ini. Kepada individu pernah bersama kami sebelum ini, semoga kalian berjaya dalam kerjaya masing-masing. 

Samada disedari atau tidak, semua kegiatan disempurnakan secara berkumpulan, hasil semangat kerjasama jitu, kesefahaman utuh dan komitmen tidak berbelah kru terbabit. 

Kini Penyingkap Fakta ingin membuka ruang dan peluang kepada individu berminat untuk menyertai kumpulan kami.

Berikuta antara syarat ditetapkan :

1. Tinggal di Lembah Klang.
2. Berusia lebih 25 tahun.
3. Berupaya untuk bergaul dan berkomunikasi dengan baik.
4. Bersikap hormat terhadap kru lain.
5. Mempunyai semangat kental sewaktu menjalankan kegiatan secara berkumpulan.
6. Mampu memberikan komitmen terhadap kegiatan 666 di waktu terluang.
7. Mengetepikan kepentingan peribadi dan bergerak secara berkumpulan.
8. Memahami dan melaksanakan arahan dengan bijak dan rasional.
9. Bersikap ikhlas dan tidak sesekali menyemaikan perasaan benci di kalangan kru.

Jika lelaki atau wanita memenuhi syarat di atas dan AMAT berminat untuk menjadi kru kami, sila emelkan butiran peribadi beserta gambar ke razarro7391@gmail.com.  Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Mohd Razali Harun di talian 016 231 5812.

Tempat terhad.

Menjadi kru Penyingkap Fakta bukan bertujuan untuk mencari nama. 

Bersesuaian dengan nama kumpulan, kami cuba menyingkap fakta kesahihan di sebalik pelbagai dakwaan  kisah serta kejadian aneh didakwa oleh masyarakat berhubung kes membabitkan entiti paranormal di lokasi terpilih.

2 Komen :

smti...semuga kru PF 666 terus maju dan bersemangat menjayakn setiap misi dalam menyingkapkan fakta dunia paranormal...

dayang Citra berkata...

Semoga penyingkap fakta akan terus membongkar misteri2 yang terdapat di seluruh malaysia...