Ikuti kisah terperinci hasil tinjauan kru Penyingkap Fakta di pelbagai lokasi menggerunkan masyarakat. ... lokasi didakwa berlaku pelbagai kejadian aneh atau penampakan entiti paranormal. Kami melangkah bersama, mengharung onak, duri dan sembilu , mendokumentasikan kenangan pahit manis namun disatukan oleh minat sama. Terima kasih kerana sudi singgah di sini.

SUARA MENGEKEK PENDEK PADA JAM 3 PAGI

Kira-kira jam 1.50 pagi tadi, kru Penyingkap Fakta 666 dipandu arah ke banglo tinggal oleh pemuda secara kebetulan kami temui di gerai pinggir jalan.


"Terima kasih," ucap saya sambil mengangkat tangan.


Dia mengukirkan senyuman sambil bersedia berpisah dengan kami di persimpangan jalan menuju ke banglo agak berkedudukan terpencil. 

"Tadi dia kata, saya boleh tunjukkan abang jalan ke banglo berhampiran kubur itu tetapi takut untuk pergi sekali. Saya telah menghantar SMS kepada sumber kita di sini tetapi tidak berbalas walhal sebelum ini katanya, dia sudi menunjukkan jalan dan pergi bersama, jika kita datang. Dia mendakwa, beberapa kawannya tinggal di sekitar kawasan itu diekori oleh lembaga hitam dari banglo sehingga ke surau. Hanya dia sahaja belum mengalami kejadian aneh seperti itu," celah Razali. 

Kira-kira tiga minit kemudian, semua kru 666 tiba di lokasi bersama pengikut terbaharu, Mohd Rizal Abdul Rahim, 35 tahun, berasal dari Bangi, Selangor.


"Sebelum kita masuk, baik kita bacakan doa semoga dijauhkan daripada sebaang gangguan dan binatang berbisa," celah penasihat kru 666, Ustaz Zaharuddin Zainal sebelum membacakan doa.


Terima kasih kepada ustaz Zaharuddin, biarpun bakal bertugas mengimamkan solat subuh jemaah di Masjid Ibnu Khaldun, Sungai Besi, beliau masih sudi melapangkan waktu menjalankan tinajauan bersama kami.

Turut serta dalam tinjauan awal pagi tadi, Razali, Jet, Boy, Suhaimi dan Zul.


Keadaaan di dalam banglo dua tingkat itu berselerak dan melalui beberapa dokumen ditemui di lantai, kami percaya rumah mewah itu telah ditinggalkan sejak 11 tahun lalu.

Di ruang awal ditinjau, kami terpaksa berjalan di atas pakaian bersepah.

"Apakah sebenarnya terjadi di rumah ini? Hairan, terlalu banyak kain baju ditinggalkan begitu sahaja. Kalau dilipat, boleh dimuatkan di dalam tiga almari," kata Jet.

Sebaik melangkah ke dalam banglo gelap, tidak pula kami berasa seram. Cuma terpaksa mengatur langkah secara berhati-hati, bimbang jika terpijak paku berkarat atau serpihan cermin pecah. Semua kru 666 tahu, tiada kompromi berhubung keselamatan. Justeru kami saling ingat-memperingati di antara satu sama lain supaya tidak leka atau cuai untuk mengelakkan sebarang kecederaan. 

Bagi pembaca baru, sila klik di sini untuk mengetahui perkembangan terkini aktiviti kru 666.


Agak menghairankan beberapa peralatan besi seperti bingkai lampu masih kekal berada di tempat asal. Lazimnya banglo sepi tinggal seperti ini kerap dijarah oleh pencari besi buruk. Saya percaya, jika dibersihkan, kebanyakkan pakaian wanita bersepah di serata banglo boleh dijual untuk meraih pendapatan. 

Namun itu tidak berlaku.

"Pelik, kalau penghuni banglo ini berpindah sekalipun, mengapa pakaian dan pelbagai peralatan lain tidak dibawa bersama?," soal Jet keraguan.

"Barangkali mereka berpindah secara tergesa-gesa. Pada masa sama mungkin tidak ramai orang berani memasuki banglo ini selepas ditinggalkan," respon saya kepada pertanyaan dilontarkan oleh pensyarah kanan Universiti Teknologi Mara, Shah Alam itu.


"Ustaz pakai Galaxy Note two," celah Jet.


Begitulah kekentalan semangat ustaz Zaharuddin. Biarpun sibuk melaksanakan tugas sebagai imam dan guru, beliau enggan ketinggalan menggunakan peralatan teknologi terkini. 

Sewaktu berjalan di hadapan, saya perhatikan Rizal mencuba menggunakan alat perakam suara parabolik.  Alat terbabit memberikan dia peluang mendengar audio di sekeliling secara lebih jelas.


Sebelum turun ke tingkat bawah, Jet menghulurkan buku kecil kepada ustaz Zaharuddin.

"Apakah sebenarnya catatan itu ustaz?," soal Jet.


"Macam serapah minta nombor ekor dan banyak lagi serapah lain dicatatkan di buku ini," balas ustaz.


Kami kemudian turun menggunakan tangga dipenuhi sampah, menuju ke ruang tamu banglo itu.


Lantai ruang tamu juga dipenuhi pakaian dan bingkai gambar selain daripada sofa usang di bawah tangga.


"Bro, tengok ini, macam tulang besar," ujar Razali.

"Tulang apa?," soal saya spontan.

"Entah," balasnya.


Rizal kemudian menawarkan diri untuk duduk berseorangan di atas sofa selama kira-kira 30 minit. Pantas Razali memasang kamera perakam infrared tidak jaug daripada pekerja syarikat pembinaan itu. Meter EMF diletakkan di belebas tingkap.


Antara syarat untuk menjadi kru tetap 666, dia diwajibkan tinggal selama 3 jam berseorangan di lokasi ditetapkan secara berperingkat.

Rizal kemudian dibekalkan dengan lampu suluh dan kamera digital.

"Kalau hendak lari, saya harus menuju ke arah mana?," soalnya.

"Awak tidak perlu lari. Lebih baik berjalan secara tenang ke pintu utama. Dalam beberapa saat kru lain akan tiba di sini andai diperlukan. Kalau berlari, bahaya, bimbang awak terjatuh dan tercedara. Itu bukan objektif tinjauan 666," jelas saya.

Dia akur.


Barangkali ramai tahu, rumah atau bangunan kosong ditinggalkan tanpa penghuni dalam tempoh masa panjang, lazimnya menjadi lokasi kesukaan jin tinggal. Apatah lagi jika keadaaan di dalam struktur terbabit kotor dan berbau busuk.

Contohnya, baca di sini.

.... dan juga di sini

Tepat jam 2.30 pagi, secara tenang, kami kemudian beredar keluar dari banglo itu dan duduk beramai di luar pagar.


Setelah setengah jam berlalu, kami kemudian masuk semula ke banglo terbabit dan bertemu Rizal.


"Beberapa kali terdengar seperti bunyi ketukan dari tingkat atas dan juga bunyi seperti wanita ketawa mengekek pendek," jelas Rizal.

Namun wajahnya kelihatan tenang.


Sebelum beredar, kami sempat merakamkan gambar sebagai kenang-kenangan di bahagian hadapan banglo kini dilelong dengan harga RM800,000 itu. 

Untuk pengetahuan semua pembaca, 666 kini sudah berusia hampir 2 tahun dan dalam tempoh itu pelbagai kegiatan kami laksanakan.

Klik di sini untuk membaca informasi berhubung forum paranormal serta klik di sini untuk mengetahui maklumat berhubung paranormal tour pernah kami anjurkan.

Baca antara syarat utama untuk menyertai kru Penyingkap Fakta di sini.


Terima kasih kepada semua kru sudi melangkah bersama dan mengekalkan minat dalam bidang kajian paranormal.

Maklumat terkini, bangunan Penjara Pudu telah dirobohkan sepenuhnya.

Syukur, kami antara kumpulan pernah melakukan tinjauan 2 kali ke lokasi dikatakan berpuaka itu, klik di sini.

5 Komen :

dayang Citra berkata...

kalau saya cukuplah membaca pengalaman kru penyingkap fakta...belum cukup berani nak jadi kru..takut pengsan tinggal sorang2 nanti..huhuhu

eXception berkata...

Kek kek kek... Kek kek kek... Kek kek kek... Nak beli kek apa kak!?? Kek Lapis Pandan ada... Kek Lapis Coklat ada...

sW33tdARLiNG berkata...

SMTI

Nana Leina berkata...

banglo nampak macam cantik ja.sayang ditinggalkan..huuhu

gaban power berkata...

Hai...