Ikuti kisah terperinci hasil tinjauan kru Penyingkap Fakta di pelbagai lokasi menggerunkan masyarakat. ... lokasi didakwa berlaku pelbagai kejadian aneh atau penampakan entiti paranormal. Kami melangkah bersama, mengharung onak, duri dan sembilu , mendokumentasikan kenangan pahit manis namun disatukan oleh minat sama. Terima kasih kerana sudi singgah di sini.

ANKER PHOTOGRAFI 'KEUNIKAN TERSERLAH'

Barangkali ramai berminat untuk merakamkan gambar di lokasi dianggap 'keras' atau anker tetapi tidak sampai hati untuk pergi ke lokasi samada pada waktu siang atau malam.


Sebelum ini kru Penyingkap Fakta berpeluang menjalankan tinjauan di Penjara Pudu.  

Kini bangunan menyimpan pelbagai sejarah hitam itu telah dirobohkan dan tiada siapa berpeluang merekodkan gambar di situ. 

Beberapa hari lalu, tiba-tiba tercetus ide di minda saya. Saya percaya kru Penyingkap Fakta berupaya membantu untuk mengendalikan sesi photografi di lokasi menyeramkan di Lembah Klang. Lokasi memiliki nilai estetika dan unik,  pernah kami kunjungi sebelum ini pada waktu malam.

"Pelanggan boleh membuat pilihan samada ke lokasi terbabit pada waktu malam atau siang untuk gambar mereka dirakamkan. Kru kita akan menemani mereka dan memastikan keselamatan terjamin," ujar saya.

Secara kebetulan, kami terserempak juru gambar profesional, Mohd Kamal Mishah sewaktu minum di The Curve, Damansara, Petaling Jaya, Selangor, petang tadi.


"Saya belajar mengambil gambar dengan guru sekolah sewaktu di tingkatan empat. Biarpun bekerja di kedai menjual kamera sejak 17 tahun lalu, saya juga memenuhi permintaan untuk merakamkan gambar pengantin di majlis perkahwinan atau pre-wedding. Pada hari cuti, Jumaat, saya bersetuju menawarkan khidmat untuk kru Penyingkap Fakta menzahirkan objektif dicadangkan," jelasnya.


Pelanggan akan dibawa ke lokasi anker, mengikut pilihan mereka, siang atau malam dan diberikan peluang beraksi selama 2 jam di hadapan lensa Kamal. Mereka juga akan diberikan taklimat berhubung fakta dan kejadian di  lokasi dipilih oleh kru Penyingkap Fakta bertugas.

Kadar bayaran?

Berpatutan dengan kemahiran Kamal dan perkhidmatan ditawarkan oleh kru Penyingkap Fakta. 

Jika berminat, sila hubungi Razali Harun di talian 016 231 5812 untuk mengetahui lokasi dan kadar bayaran untuk individu dan berkumpulan.

Pengalaman ditempuh pastinya berbeza dan gambar diabadikan buat kenangan semua.


Lokasi 1 :




Lokasi : 2


Selaku pembaca blog ini dan penyokong kegiatan kami, mohon dihebahkan perkhidmatan ditawarkan di laman sosial anda. 

Klik di sini untuk mengetahui KADAR BAYARAN.


Terima kasih di atas jasa itu dan kami amat menghargainya.

Klik di sini untuk melihat SAMPEL gambar dan kaedah operasi.

'Keunikan Terserlah'


0 Komen :