PTM 2013 (MENGUJI KEBERANIAN DIRI)
Kira-kira jam 9.30 malam 9 Februari lalu, semua 9 peserta Paranormal Tour Melaka, PTM 2013 diberikan taklimat berhubung keselamatan dan perincian informasi 3 lokasi bakal ditinjau.
Berikutan hujan turun renyai, lokasi taklimat pada awalnya dijadualkan berlangsung di sekitar A' Farmosa ditukar ke lobi Euro Rich Hotel, Bandar Hilir.
Jet kemudian memberikan penerangan ringkas kepada peserta mengenai semua peralatan elektronik digunakan oleh kru Penyingkap Fakta sewaktu tinjauan.
Ustaz Zaharuddin Zainal kemudian memanjatkan doa semoga perjalanan kami selamat.
Gambar berkumpulan dirakamkan.
Sila ke halaman Penyingkap Fakta untuk melihat lebih banyak gambar, klik di sini.
Menggunakan empat kenderaan, kami kemudian bergerak ke lokasi pertama di pantai Klebang Besar.
... dan tiba di lokasi pertama pada jam 11 malam.
Razali kemudian memasang infrared motion sensor di lokasi telah dikenal pasti manakala semua peserta diberikan peluang untuk mencuba menggunakan peralatan elektronik kru Penyingkap Fakta di lokasi terbabit.
Sebaik jam menunjukkan jam 11.30 malam, kumpulan pertama diketuai oleh Farid membawa peserta meninjau bangunan bersebelahan.
Setiap kumpulan diketuai oleh kru kami diberikan tempoh 15 minit untuk melakukan tinjauan. Barangkali pada waktu itu sebilangan peserta merasakan lokasi dipilih tidak begitu mencabar, kurang menyeramkan.
Itu objektif kami.
Setiap tinjauan harus mempunyai klimaks, oleh itu dua lagi lokasi disediakan untuk peserta mencabar minda mereka sendiri.
Baca kisah seram mengenai 3 lokasi kami pilih seperti dikongsikan oleh penduduk setempat di sini.
"Tour ini bak drama," kata saya kepada peserta.
Peserta berasal dari Kelantan, Nur Amanina Suhaimi, berkongsi pengalaman seramnya.
Dia mendakwa kerap terlihat entiti aneh sewaktu tinggal bersama rakan lain di rumah sewa mereka.
"Pada mulanya saya berasa takut tetapi kemudian sudah biasa," ujar penuntut kolej berusia 20 tahun itu.
Visual tinjauan dirakamkan oleh Boy bakal dimuatnaik ke You Tube. Terima kasih kepada Gazali Abdul Rahman kerana membekalkan kami kamera video untuk PTM 2013.
Setiap pergerakan peserta dipantau rapi oleh kru bertugas bagi memastikan mereka sentiasa selamat.
"Don't be a losing hero," saya memperingatkan mereka semua.
Tiada kompromi berhubung keselamatan sewaktu kru Penyingkap Fakta dan peserta melakukan tinjauan.
Justeru berdisiplin dalam setiap tindakan, satu kemestian.
Tepat jam 12 malam, semua bergerak ke lokasi ke dua.
Seperti biasa, beberapa kru Penyingkap Fakta terlebih dahulu memasuki sasaran untuk memastikan tiada sebarang masalah tidak diundang.
Peserta menunggu buat seketika di luar pagar banglo dan akan memasuki premis mengikut aturan ditetapkakan.
Tepat jam 1.23 pagi, kumpulan pertama memasuki banglo terbabit dan diikuti dua kumpulan lain.
3 ahli kumpulan duduk di posisi berbeza dan dibekalkan peralatan elektronik sering kami gunakan.
Dalam gelap malam, mereka duduk sambil menghayati suasana hening di sekeliling. Semua peserta telah dimaklumkan lebih awal berhubung cerita kes pembunuhan didakwa berlaku di banglo terbabit suatu ketika dahulu.
Kisah pontianak disebarkan di kalangan penduduk setempat juga dipercayai menghantui minda mereka.
"Peserta kumpulan saya tadi, muka semua hilang darah sebelum saya keluar dari banglo itu," bisik Razali.
Kisah seram diceritakan kepada peseta sebelum mereka duduk di dalam banglo itu pasti sedikit sebanyak mempengaruhi pemikiran. Lumrah, jarang benar manusia dapat menghindarkan perasaan takut dalam diri mereka. Apatah lagi, 3 peserta tidak dibenarkan berbual kuat atau membuat bunyi bising sewaktu duduk dipisahkan mengikut jarak tertentu.
Apapun kami yakin, mereka menyertai PTM 2013 untuk menguji ketahanan dan ketabahan diri mengikut objektif tersendiri.
Mereka ingin menyingkap fakta sebenar.
Peserta dibenarkan merakam gambar sewaktu duduk di dalam banglo tinggal dikatakan berpuaka itu.
"Andai tidak mampu bertahan, sila nyalakan lampu suluh dan pancarkan ke arah luar, insyaAllah, dalam tempoh kurang 10 saat, kru kami akan tiba di sini untuk bersama awak semua," kata Atoi kepada peserta.
Sementara itu pesert lain berehat di luar sambil menjamu selera memakan burger bakar, tajaan Burger Bakar Abang Bill.
Setiap peserta juga dibekalkan air mineral mencukupi untuk membasahkan tekak.
Pada jam 3 pagi, semua peserta dan kru Penyingkap Fakta bergerak ke lokasi terakhir ...
Tunggu pengkisahannya di entri membuatkan peserta terfikir ...
"Mengakah aku harus berada di sini?"
PS : Selamat menyambut hari ulang tahun kelahiran kepada Qaiyum Shuib a.k.a Atoi, 11 Februari 2013. Atoi, sahabat dan sekian lama menyertai tinjauan bersama kru Penyingkap Fakta.
0 Komen :
Catat Ulasan