Ikuti kisah terperinci hasil tinjauan kru Penyingkap Fakta di pelbagai lokasi menggerunkan masyarakat. ... lokasi didakwa berlaku pelbagai kejadian aneh atau penampakan entiti paranormal. Kami melangkah bersama, mengharung onak, duri dan sembilu , mendokumentasikan kenangan pahit manis namun disatukan oleh minat sama. Terima kasih kerana sudi singgah di sini.

ENTITI ITU MUNCUL DAN MERENUNG TEPAT KE MATA ...




Tepat jam 3 pagi, semua kru Penyingkap Fakta dan peserta bergerak dari Klebang Besar ke lokasi terakhir
di Bukit Senjuang, Melaka Bandaraya Bersejarah. 


Kami tiba di bukit pernah dijadikan kubu oleh penjajah Portugis dan Belanda itu kira-kira 15 minit kemudian.


Biarpun agak kepenatan, sebilangan peserta masih mampu mengukirkan senyuman di dalam kepekatan malam.

Sebelum itu, mereka berpeluang melakukan tinjauan  sekaligus menguji keberanian diri di sini.


Sewaktu Razali memasang infrared motion sensor di sasaran, wartawan Melaka Hari Ini Nur Fatene Othman dan beberapa peserta lain berpeluang meninjau dan merakamkan gambar beberapa kubur Cina dianggarkan berusia hampir 200 tahun.



Tiba-tiba pada jam 3.34 pagi, saya dimaklumkan kenderaan peronda polis memasuki kawasan sama.


Saya kemudian menghampiri kenderaan terbabit dan menjelaskan kepada dua anggota bertugas berhubung kegiatan Paranormal Tour Melaka, PTM  2013.

"Kami merakamkan gambar di sini," ujar saya.

Mereka hanya tersenyum dan kemudian beredar.


Sesekali bunyi anjing menyalak kuat dan sayup-sayup kedengaran dari kawasan hutan berhampiran. Burung hantu barangkali kesepian bertenggek di dahan pohon turut memecahkan keheningan malam.  Kombinasi bunyi kedua haiwan dan unggas sahut-menyahut menyebabkan bulu roma tiba-tiba meremang.


Kumpulan pertama kemudian dibawa masuk ke kubur panjang di pinggir hutan dan kemudian ditinggalkan di situ selama kira-kira 15 minit tanpa ditemani oeh kru Penyingkap Fakta.



Di lokasi, mereka juga dimaklumkan kubur terbabit dikelilingi oleh ratusan kubur lain dianggarkan berusia ratusan tahun seperti kami dedahkan sewaktu tinjuan awal dilakukan.

Klik di sini.


Sementara itu, Atoi dan Farid bersedia untuk membawa ahli kumpulan masing-masing ke lokasi sama.


Kedudukan kubur panjang agar tersorok di pinggir  hutan,  di sebelah kiri, berhampiran pokok besar di dalam gambar di bawah. Hanya berbekalkan lampu suluh, peserta dipandu oleh kru ke lokasi itu tanpa mengabaikan keselamatan mereka.


Tepat pada jam 3.35 pagi, saya merakamkan gambar di bawah.


Pada waktu sama, kumpulan ke tiga bergerak ke kubur panjang dikatakan menjadi tempat persemadian warga Indonesia beragama Islam, datang berhijrah ke Melaka pada zaman dahulu.


Mereka diminta duduk kira-kira 1 meter dari kubur terbabit.


Kami difahamkan, kubur terbabit dijadikan lokasi pemujaan di kalangan kumpulan gila cuba mendapatkan nombor ekor. Dalam tinjauan sebelum ini, saya dapati kawasan sekitar kubur dipacak colok dan limau nipis bertaburan di atas tanah.



"Wangi, kuat sangat bau setanggi," bisik Nur Fatena ketika berdiri kuraang 3 meter dari kubur sama.


Namun tiada setanggi dinyalakan pada waktu itu di lokasi terbabit. Sebilangan kru mendengar komen Nur Fatena, hanya membisu dan membiarkan dakwaan itu lenyap dibawa pergi dek tiupan bayu malam. 

Pada jam 3.45 pagi, Boy, Farid dan Atoi kemudian melangkah pergi meninggalkan tiga peserta terakhir.


Perhatikan wajah pucat Nur Amanina Suhaimi sebaik dikelilingi kru dan peserta lain dalam tempoh kira-kira 2 minit setelah beredar dari kawasan kubur panjang terbabit.



"Suhu badan dia dua puluh lima darjah Celcius, sejuk," kata Jet sambil memegang infrared thermometer.



Setelah menarik nafas secara selesa, Nur Amanina mula bercerita.

"Sebaik saya duduk di atas struktur binaan batu berhampiran kubur, saya sudah tidak nampak  lagi dua kru Penyingkap Fakta. Entiti berbalut kain putih bersih, berponjot di kepala, duduk di hadapan saya. Dia merenung muka saya. Buat seketika, saya memandang tepat ke wajah entiti itu namun kemudian menundukkan wajah. Waktu itu saya sempat bertanya kepada dua rakan bersama saya, awak berdua ok ke?," kata pelajar kolej itu.




Suhaimi dengan bantuan informasi dikongsikan oleh Nur Amanina kemudian menggayakan kedudukan entiti dilihat bak duduk di atas kubur.



Peserta berdiri di sekeliling kelihatan terpaku mendengar pengalaman ditempuh oleh anak kelahiran Kelantan itu.

"Lokasi pertama, memang tidak ada apa, lokasi kedua? Seram sedikit tetapi duduk berhampiran kubur panjang biarpun dikepit dua peserta lain tetap membuatkan saya tiba-tiba berasa seram,"  tambah Nur Amanina lagi.

Bagaimanapun infrared motion sensor diletakkan di sekitar kubur gagal merakamkan sebarang imej paranormal.

Semua peserta dan majoriti kru kemudian bergerak semula ke kubur panjang.




Ketika itu Farid mula memotong kain putih dibawa menggunakan pisau tajam.


Sewaktu semua peserta berjalan keluar, Farid berdiri dan cuba mengejutkan mereka namun tidak mendatangakan kesan. Mereka hanya sekadar memandang dan tidak langsung menjerit. Barangkali perasaan takut berjaya dikesampingkan.



Seperti dirancang sejak dari awal, kira-kira 4.20 pagi, penasihat Penyingkap Fakta, Ustaz Zaharuddin Zainal membuka sesi soal jawab berhubung dunia jin.



Peserta mengambil kesempatan itu bertanyakan soalan berhubung jin dan dihuraikan oleh ustaz mengikut pandangan Islam.



Hampir jam 5 pagi, semua peserta bersurai selepas sebahagian pengalaman mereka direkodkan oleh Boy dibantu oleh Suhaimi.



Terima kasih kepada semua penaja, sudi membantu kami menjayakan PTM 2013.

4 Komen :

Terbaik!!! Tahniah kepada semua kru 666 selaku penganjur yang berjaya mengendalikan program ni..:) terima kasih juga kepada penaja2 yang menyumbang kepada kejayaan program.:)

dayang Citra berkata...

hebat..

cicaktokek berkata...

Mohon maaf, apa hasil program ni? Nampak macam tak de ape-ape pun. Nak kata jumpa hantu atau jin, tak de. Setakat pocong tapi tak de visual semasa jumpa sape nak caye. Sorry

As Salam Cicaktokek, untuk pengetahuan awak, kami tidak mempunyai manifesto menjanjikan pakej untuk melihat hantu, jin atau pocong.Tolong fahami objektif kru Penyingkap Fakta.

Unless awak boleh membuktikan sebaliknya.

Peserta dibawa ke lokasi untuk merasai pengalaman ditemani kesunyian malam.

Mempercayai kewujudan makhluk ghaib itu sebahagian daripada rukun iman.

Apapun, awak dijemput untuk menyertai tinjauan bersama kami pada bila bila masa.