-
KRU PF DI MAJALAH 3
Saksikan Paparan Majalah 3, 'Penyingkap Fakta Paranormal'
-
EKSKLUSIF!!! Apakah ini??
Penyingkap Fakta bersedia menerima pandangan pembaca mahu pun jurukamera profesional berhubung imej berjaya dirakamkan.
-
-
Tinjauan K2K
Tinjauan K2K di antara jam 11 malam dan 3 pagi, melaksanakan pendekatan berbeza
POCONG DI BANGUNAN TINGGAL
"Bulan Jun tahun lalu, seorang wanita duduk di dalam kereta, menunggu suami dia. Tiba-tiba dia meluru keluar dengan muka pucat. Dia mendakwa terlihat pocong berdiri. Menariknya, di kawasan itu, kalau pada waktu siang, keadaannya pelik. Tempat lain panas sebab disinari cahaya matahari terik tetapi di situ elok, redup dan pokok kelihatan cantik," kata sumber, 35 tahun, anak kelahiran Kuala Dipang, Perak.
PENGAMBILAN BARU KRU PENYINGKAP FAKTA 666
Penyingkap Fakta 666 kini berusia kira-kira setahun 5 bulan.
Jika kanak-kanak, pastinya dia masih memerlukan perhatian ibu dan ayah untuk berdiri teguh, berjalan dan kemudian berlari. Sewaktu jatuh, dia tentunya mengalirkan airmata dan barangkali menjerit kesakitan. Namun tangisan serta kesakitan dirasai itu menjadi sebahagian daripada pengalaman bertujuan memperkasakan diri untuk mendepani cabaran lebih besar dalam hidupnya.
Begitu juga Penyingkap Fakta.
Sebilangan ahli asal didapati tidak lagi berpeluang untuk menampilkan komitmen secara berterusan berikutan kekangan waktu. Bukan mudah mengagihkan masa untuk melaksanakan tugas rutin harian dan pada masa sama menyertai setiap tinjauan bersama kru lain sebagai hobi.
Tambahan pula pembabitan dalam kegiatan hobi ini tidak mempunyai imbuhan.
Apapun menjelang tahun 2013, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua kru sudi bersama selama ini.
Tiada siapa mampu menyangkal, sesungguhnya tinjauan dilakukan bersama kru di pelbagai lokasi menuntut lebih daripada semangat dan keberanian. Jika ingin terus melangkah secara gah dan lebih berkredibiliti di masa akan datang, semua kru perlu mempertingkatkan usaha untuk lebih mempereratkan perhubungan melalui komunikasi berkesan.
Tanpa komunikasi berkesan, pelbagai objektif ingin dicapai bakal terbantut. Contohnya, pastikan diri mudah dihubungi dan jika tidak berkesempatan menjawab panggilan telefon atau pesanan ringkas, sila melaksanakan tindakan susulan untuk menghubungi kembali kru cuba menghubungi kita.
Communication is power.
Justeru usah sesekali dipandang remeh.
Selama ini kru Penyingkap Fakta bergerak secara berkumpulan justeru setiap kejayaan juga dikecapi secara bersama. Oleh itu, semua kepentingan bersifat individu harus diketepikan jika ingin melihat kumpulan ini menempa nama di persada dunia kajian kes paranormal di Malaysia.
Kami merancang menganjurkan pelbagai program membabitkan masyarakat pada tahun hadapan justeru memerlukan sokongan semua pembaca blog ini atau pengikut halaman 666, klik di sini.
Terima kasih kepada penasihat Penyingkap Fakta, Ustaz Zaharuddin Zainal kerana tidak pernah berasa jemu menyertai tinjauan sekaligus berkongsi ilmu agama bersama kami di waktu terluang. Hanya Allah mampu membalas jasa dan ilmu dikongsikan oleh beliau.
Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua kru MASIH terus menyokong dan melangkah bersama sehingga ke saat ini. Kepada individu pernah bersama kami sebelum ini, semoga kalian berjaya dalam kerjaya masing-masing.
Samada disedari atau tidak, semua kegiatan disempurnakan secara berkumpulan, hasil semangat kerjasama jitu, kesefahaman utuh dan komitmen tidak berbelah kru terbabit.
Kini Penyingkap Fakta ingin membuka ruang dan peluang kepada individu berminat untuk menyertai kumpulan kami.
Berikuta antara syarat ditetapkan :
1. Tinggal di Lembah Klang.
2. Berusia lebih 25 tahun.
3. Berupaya untuk bergaul dan berkomunikasi dengan baik.
4. Bersikap hormat terhadap kru lain.
5. Mempunyai semangat kental sewaktu menjalankan kegiatan secara berkumpulan.
6. Mampu memberikan komitmen terhadap kegiatan 666 di waktu terluang.
7. Mengetepikan kepentingan peribadi dan bergerak secara berkumpulan.
8. Memahami dan melaksanakan arahan dengan bijak dan rasional.
9. Bersikap ikhlas dan tidak sesekali menyemaikan perasaan benci di kalangan kru.
Jika lelaki atau wanita memenuhi syarat di atas dan AMAT berminat untuk menjadi kru kami, sila emelkan butiran peribadi beserta gambar ke razarro7391@gmail.com. Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Mohd Razali Harun di talian 016 231 5812.
Tempat terhad.
Menjadi kru Penyingkap Fakta bukan bertujuan untuk mencari nama.
Bersesuaian dengan nama kumpulan, kami cuba menyingkap fakta kesahihan di sebalik pelbagai dakwaan kisah serta kejadian aneh didakwa oleh masyarakat berhubung kes membabitkan entiti paranormal di lokasi terpilih.
'GELANG' MUNCUL DI TANGAN
Kru 666, Razali, Jet, Suhaimi, Adam, Zul dan Mazidul melangkah masuk ke kondominium ditinggalkan terbiar sejak lebih 20 tahun lalu.
"Sembilan belas tingkat," celah Zul memecah keheningan pagi Sabtu.
"Sebelum ini terdapat dakwaan mengatakan tingkat empat 'keras'," kata Suhaimi.
Lalu kami semua naik ke tingkat terbabit menggunakan tangga tanpa penghadang sempurna.
Razali kemudian memasang kamera Pengesan Pergerakan Infrared di lokasi dicadangkan oleh Suhaimi.
Seperti kebiasaan, kamera berupaya merakamkan pergerakan objek di dalam gelap itu ditinggalkan kira-kira sejam di situ.
Kami kemudian melakukan tinjauan di tingkat lain.
"Beberapa minggu lalu, pekerja ingin membangunkan semula kondominium ini terjumpa mayat reput tetapi saya tidak pasti lokasi tepat," kata Suhaimi.
Seorang remaja lembam, anak kawan baik Suhaimi juga didakwa pernah dilihat berlegar-legar di sekitar kondominium ini dan menghilangkan diri sehingga ke saat ini.
"Tengok tangan saya, tiba-tiba bengkak, timbul macam 'gelang'," ujar Razali sambil Adam memerhati.
"Sakit ke?," soal saya.
"Tidak tetapi gatal," balas Razali.
Pantas Adam merakamkan gambar dan mengemaskini status akaun Twitter untuk memaklumkan pengikutnya berhubung tinjauan dijalanakan.
Saya dan Jet kemudian merakamkan gambar dari luar kondominium.
Kamera Pengesan Pergerakan Infrared tidak berhasil merakamkan sebarang entiti paranormal.
Saya difahamkan, sebelum ini kawasan di sekeliling kondominium itu dipenuhi hutan belukar dan sukar dimasuki.
InsyaAllah pada 15 Disember ini, kru 666 bakal menjalankan tinjauan bersama pasukan paranormal dari Singapura, Soul Hunterz, klik di sini.
PENJELASAN AGEN PEMBERI SEWA BERHUBUNG DAKWAAN MISTERI KEJADIAN PELIK DI AMBER COURT
Malam 13 Oktober 2012, kru Penyingkap Fakta 666 bergerak ke Genting Highlands, Bentong, Pahang.
Kami kemudian singgah di Apartmen Amber Court.
"Kalau tidak salah, ada satu kumpulan datang ke sini menaiki kereta Februari lalu. Dua lelaki dan dua perempuan, seorang daripada mereka menggerbangkan rambut dan kemudian merakamkan gambar sendiri," dakwa Jenny.
"Kalau tidak salah, ada satu kumpulan datang ke sini menaiki kereta Februari lalu. Dua lelaki dan dua perempuan, seorang daripada mereka menggerbangkan rambut dan kemudian merakamkan gambar sendiri," dakwa Jenny.
Jenny, agen menyewakan lebih 50 unit apartmen diamanahkan pemilik kepada mereka berminat untuk bercuti di pusat peranginan di puncak gunung itu sejak 12 tahun lalu.
"Apartmen ini susah hendak dijaga kerana cuaca di sini lembab," jelasnya.
"Berapakah harga sewa unit sehari?," soal saya.
"Kalau bukan peak season, RM130," balasnya.
Sambil berdiri, saya melihat 2 bangunan Amber Court setiap satu setinggi 23 tingkat dengan 670 unit telah dicat semula 5 bulan lalu dan kelihatan lebih kemas berbanding gambar dipaparkan di internet.
Berikut gambar Amber Court sebelum ini, di ambil dari sumber ini.
"Ini pengurusan ke empat Amber Court dikendalikan oleh Badan Pengurusan Bersama. Semua unit apartmen di sini milik peribadi individu dan disewakan. Saya bertugas bersama Jenny lebih 10 tahun," kata Yusri Bahri.
Yusri, pembantu Jenny, pada mulanya kami sangkakan ketua pengawal keselamatan.
"Di internet disebarkan dakwaan mengatakan sebuah daripada pintu bilik di sini dipalang," kata Razali.
Pantas saya mengeluarkan Galaxy Tab dari beg galas dan menunjukkan gambar pintu dan membacakan kepada mereka antara dakwaan di internet.
Pantas saya mengeluarkan Galaxy Tab dari beg galas dan menunjukkan gambar pintu dan membacakan kepada mereka antara dakwaan di internet.
"Ya dan maklumat mengatakan, unit itu digunakan untuk menyimpan roh. Hanya sebab gambar pintu dipalang mencemarkan imej Amber Court. Kalau di Google, kita akan dapat membaca informasi mendakwa Amber Court, tempat menakutkan dan lokasi paling kerap orang kena kacau," sambung saya.
Klik blog ini untuk melihat pintu dimaksudkan dan pelbagai dakwaan mengerikan berhubung apartmen itu.
"Bilik itu sebenarnya dibeli oleh individu dan pemilik langsung tidak datang ke sini. Bilik itu kena pecah dan diceroboh, jadi pihak pengurusan memalang pintu untuk mengelakkan daripada terbuka, takut orang mancuri barang di dalam unit," celah Yusri Bahri.
"Pintu bilik masih dipalang sampai sekarang?," soal Razali Harun.
"Ya, sampai sekarang," balas Yusri.
"Encik Yusri, jika kami dibenarkan memasuki unit pintu dipalang itu dan kemudian melakukan kajian di lokasi, sedikit sebanyak pasti akan mampu memulihkan imej Amber Court. Saya berminat menulis berhubung fakta hasil penemuan di blog," ujar saya.
"Sebenarnya kami mampu dan boleh menyewa bilik di sini, menjalankan tinjauan seperti dilakukan oleh beberapa kumpulan lain. Namun kami mengambil pendekatan berbeza. Sebelum datang ke sini, terlebih dahulu kami menghubungi Ketua Balai Polis Genting dan memaklumkan beliau mengenai kedatangan kami. Beliau kemudian merujuk kami kepada encik Yusri. Kalau sekadar ingin merakamkam gambar di sini, tiada masalah, kami sewa bilik dan rakamkan sahaja gambar sebab kami penyewa," terang Razali.
Tujuan kami jelas.
Secara profesional kami berhajat memohon kebenaran untuk memasuki unit pintu berpalang terbabit sekaligus membuat rakaman audio dan video menggunakan peralatan kami miliki.
"Semua unit di bawah pihak pengurusan dan saya tidak dapat membenarkan awak semua masuk," kata Jenny.
Secara profesional kami berhajat memohon kebenaran untuk memasuki unit pintu berpalang terbabit sekaligus membuat rakaman audio dan video menggunakan peralatan kami miliki.
"Semua unit di bawah pihak pengurusan dan saya tidak dapat membenarkan awak semua masuk," kata Jenny.
Untuk rekod, banyak blog menyenaraikan Amber Court sebagai lokasi didakwa berhantu di Malaysia, klik di sini, di sini dan di sini.
Kami difahamkan, terdapat lima pengawal keselamatan bertugas di Amber Court.
"Who is the person in charge of this area pada waktu malam?," tanya Razali.
"Security guards," respon Jenny.
Menurut Jenny, berikutan pelbagai kisah seram disebarkan, kadar bilangan unit disewakan, hanya kira-kira 10% sahaja.
"Jika kru kami dibenarkan masuk, kami mampu membantu menyeimbangkan berita disebarkan di internet," Razali masih berusaha cuba menyakinkan Jenny dan Yusri.
Sebelum ini di You Tube, ahli satu kumpulan paranormal mendakwa terlihat pintu di satu daripada unit apartment terbuka dengan sendiri tetapi tidak berjaya merakamkan insiden itu. Malah jika hasil rakaman mereka ditonton, tiada entiti paranormal direkodkan termasuk dakwaan mengatakan pintu peti ais di unit tingkat atas terbuka tanpa disentuh.
Dalam video sama, ahli wanita mereka mendakwa terlihat kaki melaui celah pintu utama rumah ketika dia dan rakan lain melakukan tinjauan di dalam.
Klik di sini untuk menonton video terbabit.
Kru Penyingkap Fakta percaya, sekurang-kurangnya audio boleh dirakamkan jika benar beberapa unit apartnen itu dihuni entiti paranormal seperti didakwa.
"Angin kuat, apabila bertiup kencang dan terkena pintu, macam macam bunyi boleh kita dengar," celah Yusri.
Razali telah meninggalkan nombor telefon bimbitnya untuk dihubungi sekiranya pihak pengurusan apartmen membuat keputusan untuk menghubungi kru Penyingkap Fakta bertujuan meleraikan misteri didakwa.
Langgan:
Catatan
(
Atom
)