Ikuti kisah terperinci hasil tinjauan kru Penyingkap Fakta di pelbagai lokasi menggerunkan masyarakat. ... lokasi didakwa berlaku pelbagai kejadian aneh atau penampakan entiti paranormal. Kami melangkah bersama, mengharung onak, duri dan sembilu , mendokumentasikan kenangan pahit manis namun disatukan oleh minat sama. Terima kasih kerana sudi singgah di sini.

Special Offer!

T-shirt Penyingkap Fakta 666 dijual dengan harga RM25 sehelai.

Mereka berkunjung ke khemah kami di kawasan perkelahan Hutan Lipur Ulu Bendul, Kuala Pilah, Negeri Sembilan di antara jam 3 dan 4 petang 1 Oktober 2011, berpeluang memiliki baju terbabit dengan harga RM23 sahaja.

Siapa cepat, dia dapat!

1 Komen :

Sokongan Berterusan Kasturi Syifa'

Difahamkan Kasturi Syifa' akan menghantar wakil untuk bersama kru 666 menyertai tinjauan ke Ulu Bendul dan Bukit Putus, Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 1 dan 2 Oktober 2011.

4 kru Penyingkap Fakta akan bersama kami.

Kepada pembaca berhasrat mendapatkan bekalan minyak wangi diaurakan dengan bacaan Al-Quran, Kasturi Syifa', sila berjumpa wakil syarikat Aroma Cinta Enterpise, Ustaz Azil Zulkifli dan Ustaz Muhamad Hafiz Mohd  di lokasi.

Maklumat terperinci berhubung Kasturi Syifa', sila klik di sini.

Sewaktu tinjauan, semua kru dan wakil syarikat terbabit akan memakai t-shirt 666.

1 Komen :

Poster Istimewa


Terima kasih kepada Azree Ja'far bertindak kreatif menghasilkan poster di atas.

0 Komen :

Hujan Renyai ... Pocong Muncul? UPDATED

"Bang, ada dengar kisah menarik?," soal Adi.

Adi bekerja sebagai 'longkai', menguruskan penundaan kenderaan terbabit dalam kemalangan jalanraya ke bengkel di Petaling Jaya, Selangor.

"Kisah apa?," soal saya kembali.

"Sudah ramai orang ternampak pocong berdiri di atas rail di tepi jalan, masa hujan renyai," jelasnya.

"Di mana?," tanya saya.

Lokasi dirahsiakan.

"Ada sesiapa berpeluang merakamkan gambar?," soal saya lagi.

"Belum ada lagi bang," jawab Adi.

"InsyaAllah, nanti kru 666 akan mencuba menyingkap fakta sebenar kejadian itu," balas saya.

Sekarang hujan renyai.

KEMAS KINI

Saya dan kru 666, Razali Harun kemudian bergerak ke lokasi dimaksudkan.



Hujan masih renyai.


Berikut railing dikatakan lokasi entiti paranormal kerap ditemui.


Beberapa gambar menimbulkan persoalan dirakamkan di lokasi sama.


Wap air? Titisan hujan?


6 Komen :

Once In A Blue Moon

Jam 11 malam tadi berlangsung sesi taklimat tinjauan 666 ke Ulu Bendul dan Bukit Putus, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Setakat ini, 13 kru dan fact finders mengesahkan kehadiran dan InsyaAllah kami semua akan berkumpul di hadapan Giant Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor pada jam 10 pagi, 1 Oktober 2011.

Kru dijangka tiba di Hutan Lipur Ulu Bendul pada jam 12 tengah hari.

"Kita akan cuba membawa 30 t-shirts fact finders ke lokasi untuk dijual secara tunai," ujar Razali.

Untuk rekod, t-shirt terbabit dipasarkan dengan harga RM25 setiap satu.

666 ingin merakamkan sekalung penghargaan kepada fact finder, Mohd Yusof Muhamad Don kerana sudi menaja kos makanan kru sepanjang 2 hari 1 malam berada di lokasi.

"Sebaik sampai, kita makan tengah hari dan kemudian mendirikan khemah. Selepas solat Zuhur semua akan recee kawasan tinjauan dan mencuba mengenal pasti hot spots. Petang, berehat dan kira-kira jam 9 malam selepas taklimat ringkas, tinjauan akan dilakukan di kawasan sekitar Sungai Terachi. Tiga jam kemudian, kita akan bergerak ke jalan Bukit Putus," ujar saya.

Pelbagai dakwaan berhubung kisah seram dihubngkaitkan dengan kehadiran entiti paranormal disebarkan oleh masyarakat melalui kaedah mulut ke mulut dan di dunia maya.

Kru 666 berada di lokasi untuk menyingkap fakta berhubung dakwaan terbabit.

Beberapa pengunjung ke kawasan perkelahan terbabit juga didakwa dirasuk sebelum ini dan rakaman visual dipaparkan di You Tube.

Pelbagai dakwaan berhubung kejadian aneh juga disebarkan sewaktu pihak penyelamat mencari mayat terakhir 3 kanak-kanak lemas di kawasan sama akibat fenomena kepala air.


Jalan berbengkang-bengkuk Bukit Putus juga sekian lama dikatakan diselubungi pelbagai misteri, klik di sini.

Dua fact finders masih berpeluang untuk menyertai kami. Jika berminat, sila emelkan butiran diri ke razarro@yahoo.com.

Hadiah misteri ditawarkan.

Kami percaya peluang sebegini hanya datang once in a blue moon, jarang berlaku.

Ikuti perkembangan pra tinjauan di sini.

1 Komen :

Tinjauan Ke Bukit Belacan (Part II)

Kepada pengunjung belum berpeluang membaca bahagian pertama tinjauan kru 666 ke Bukit Belacan, sila klik di sini.

Kira-kira setengah jam kami berada di lokasi sama, bacaan EMF masih tetap maksimum, 5 miligauss. Kru 666 kemudian beralih ke ruang lapang di tebing sungai, bacaan meter masih sama.


Adam pada awalnya duduk berehant di tepi jalan bingkas bangun menyertai kru lain meneliti kawasan sekitar lokasi tinjauan.


Hampir jam 1.15 pagi, Razali sambil diperhatikan Azree dan Alfee memasang kamera pengesan pergerakan infrared dihadapkan ke arah 'Batu Dua'.

Setiap pergerakan akan direkodkan dalam bentuk gambar pegun dan video berdurasi 10 saat.


Keadaan menjadi semakin pelik, biar pun kami meneruskan perjalanan, bacaan EMF masih tidak berubah samada disukat di tepi atau di tengah jalan.


Kami kemudian terus melangkah. Tidak berpuas hati, menggunakan EMF, Asyraf tidak jemu menyukat bacaan medan elektromagnetik di sepanjang jalan.


"Ada jambatan," ujar Razali.

Pantas Adam bergegas bergerak menuju jambatan dimaksudkan.

"Tengok bang, siap ada sarang labah-labah, macam lama sungguh orang tidak menggunakan jambatan ini," kata Adam kepada saya.

Suasana agak menyeramkan.

Gelap.


Kerjasama terbukti.

Biar pun tanpa diarahkan, Azree dan adik bongsunya Asyraf pantas bergerak menemankan Adam. Itulah 666, setiap kali bertemu dan bersatu, semangat mereka menjadi semakin kental.


Tepat jam 1.33 pagi, perjalanan tidak dapat diteruskan lagi. Di hadapan kami, kawasan berpagar sekaligus saya merakamkan kain rentang ini. Klik untuk memperbesarkan imej.


Hanya pondok pengawal tersergam di pintu masuk diterangi cahaya lampu, tiada penjaga. Kami semua kemudian mengambil kesempatan berehat buat seketika sebelum berjalan semula ke lokasi kenderaan diparkir.


Jam 1.41 pagi, Razali bersuara sambil menunjukkan ke arah sungai.

"Tengok itu," katanya.


Azree dan Alfee bergegas mendapatkan Razali, kelihatan tenang berdiri.


Alfee meluru kehadapan ...


"Memang ada paip di tepi, elektrik dijana di empangan di hulu sungai disalurkan keluar menggunakank kabel di sepanjang jalan.  Sebab itu bacaan EMF tinggi," jelas Alfee.

Saya bersetuju.

Elektrik disalur menggunakan kabel di bawah tanah.

Untuk rekod, dalam tinjauan paranormal, teknik 'dibunking' diapplikasikan. Mencari sumber sebenar kejadian pada awalnya dianggap paranormal menggunakan logik akal. Teknik sama mengelakkan kru 666 terjebak membuat kesimpulan secara semberono.

Hampir jam 2 pagi, sewaktu berjalan keluar, langkah semua kru berhenti secara tiba-tiba.

"Dengar tak?," soal Adam.

"Dengar," celah Azree.

"Macam bunyi orang main air," jelas Adam.

Kami semua bergerak kearah tanda di sebelah kiri jalan.


Pantas Adam dan Azree meluru ke arah bekas air berwarna biru dan kemudian berpatah kembali menyertai kru 666 lain.


"Air keluar dari paip getah di atas, masuk ke dalam bekas. Bila bekas penuh, air melimpah. Bunyi itu kita dengar tadi," jelas Azree.

Satu singkapan fakta, bukan sekadar membuat kesimpulan tanpa asas.


Terima kasih kepada syarikat Cinta Aroma Enterprise pengeluar produk Kasturi Syifa kerana sudi menaja pakaian semua kru tetap 666. Langkah kami pastinya kelihatan lebih sekata.

Terkini syarikat sama membantu 666 untuk berkongsi semangat kami bersama pembaca di seluruh negara.

500 kemeja-T edisi pertama, kini boleh dipesan dengan harga hanya RM25 setiap satu, tidak termasuk bayaran pos. Kepada pembaca berminat mendapatkan kemaja terbabit, sila berhubung terus dengan kru 666, Razali di talian 016 231 5812.


Sokongan semua, amat kami hargai.

Razali kemudian mendapatkan kembali kamera pengesan pergerakan. Hasilnya, tiada imej pegun dan video direkodkan di kawasan didakwa 'keras' itu.


Sewaktu meneruskan perjalan, saya melihat jam tangan, 2 pagi.

Tiba-tiba sekali lagi semua langkah terhenti sekaligus kru 666 mendongak ke atas.

"Siapa baling kayu?," soal Azree.


"Ranting kayu jatuh," celah saya pantas.

Saya harap telahan itu benar.

Kami kemudian mengambil peluang meninjau air terjun tidak begitu tinggi di sebelah kanan jalan keluar.

"Di sini pun khabarnya ramai orang lemas walau pun air cetek tetapi deras, dekat area air terjun itu," jelas Atoi.


Kira-kira 10 meter ke lokasi kenderaan diparkir ...

"Jom kita ambil gambar untuk dibuat profile Facebook," cadang Azree.

Semua bersetuju.

Saksikan ragam kru 666 pada jam 2.10 pagi.


Dapatkan kemeja-T 666 Penyingkap Fakta di sini.

7 Komen :