Ikuti kisah terperinci hasil tinjauan kru Penyingkap Fakta di pelbagai lokasi menggerunkan masyarakat. ... lokasi didakwa berlaku pelbagai kejadian aneh atau penampakan entiti paranormal. Kami melangkah bersama, mengharung onak, duri dan sembilu , mendokumentasikan kenangan pahit manis namun disatukan oleh minat sama. Terima kasih kerana sudi singgah di sini.

'Signature' ENTITI



Gambar di atas dirakamkan oleh kru 666, Alfee Ja'afar di Tasik Seksyen 5, Shah Alam, Selangor.

6 Komen :

LAUNGAN SAYU MEMINTA TOLONG

Jam 3.15 pagi tadi, berpandukan maklumat diterima, saya, Razali, Adam dan Boy menuju ke Kuala Selangor, Selangor.


Kira-kira setengah jam dari Kapar, kami tiba di Kampung Bukit Kuching, Jeram, Kuala Selangor.  Jalan kami lalui gelap gelita.


Keadaan di sekitar sunyi, hanya kedengaran deruan enjin kenderaan menyusuri jalan berturap tar.

"Kita cari orang kampung dahulu," ujar saya.

Boy memandu kemudian memberhentikan kenderaan di hadapan rumah mengadakan persiapan kenduri kahwin di Kampung Bukit Kuching Tengah.


Kurang 5 minit, Razali, Adam dan Boy mengiringi lelaki tidak saya kenali ke kereta.

"Ini pengantin bang," ujar Adam.


"Apa nama?," soal saya.

"Shukor Shapari, 26 tahun," balasnya.

Shukor bakal bersanding tengah hari ini menawarkan diri untuk menemani kami ke lokasi sasaran.

"Dua minggu lalu, orang muda, budak kampung ini berusia 20 an, menunggang motosikal baru balik lepak, kebetulan memandang ke belakang, dia perasan benda itu menumpang dia di belakang. Sekarang ini dia demam seminggu, trauma mungkin," tambahnya.

"Benda apa?," tanya saya kepada lelaki berketuruan Jawa itu.

"Langsuir,  tegak bulu roma saya bang," balasnya.

"Langsuir itu macam mana rupa dia?," soal saya.

"Itu saya tidak pasti bang tetapi saya memang pernah terserempak dengan toyol dekat kubur di kampung ini. Dua bulan lepas, masa itu saya membawa bakal isteri saya. Mula mula saya ingat saya seorang sahaja ternampak, saya malas hendak cakap, mungkin dia lemah semangat. Bila sampai di rumah, dia kata dia pun nampak. Masa itu saya dari Bukit Kapar, saya lalu di kawasan kubur itu dalam pukul 10 malam," jelasnya.

"Toyol macam mana rupa dia?," soal saya.

"Berbunjut bang, di kepala," katanya.


"Bukan pocong ke itu?," soal Boy.

Saya juga berasa keliru.

"Di sini orang panggil toyol. Dia berbungkus, dia tegak sahaja bang, memang dia tidak bergerak, dalam 5 kaki tinggi. Bukan kami sahaja ternampak, sepupu saya pun pernah juga di tempat sama. Cerita tidak boleh bang, tegak bulu roma saya," jelasnya.
 

"Nanti orang kata pengantin kena culik," usik Boy.

Kami semua tertawa.

"Depan sikit bang, ada buluh kuning. Menurut pak mertua saya di simpang itu dia pernah terjumpa perempuan muka dia paling hodoh. Penampakan selalu berlaku di simpang bang," celah Shukor.


Sebaik kenderaan diberhentikan, kami semua turun di kawasan tanpa cahaya terbabit.


Untuk rekod, kawasan di kiri dan kanan jalan dipenuhi pokok kelapa sawit dan terdapat parit besar di tepi jalan.


"Apa benda itu?," soal saya kepada Shukor.

"Entah bang, saya pun tidak tahu," balasnya spontan.


Sewaktu melalui jalan sama ketika memasuki kampung terbabit, saya duduk di sebelah Boy terkejut melihat struktur terbabit.

"Tunggul kelapa?," celah saya.

"Kalau tunggul kelapa, memang orang kampung ini tidak berani hendak tebang bang," terangnya.

Kru 666 kemudian bersama meneliti struktur itu.

"Macam busut besar pun ada," celah Boy berdiri di kawasan berhampiran.

Tok! Tok! Tok!

Spontan saya menyuluh kearah struktur sama.

"Abang dengar?," tanya Adam.


"Bunyi ketukan itu seperti datang dari dalam benda ini," jelas Adam.


Pantas Adam dan Razali meluru mendekati struktur terbabit dan meneliti permukaan luarnya.

Ketika itu Shukor kelihatan amat tidak selesa.

"Saya takut bang. Kalau orang tidak biasa masuk ke kampung ini pada waktu malam, mahu dia pengsan kalau ternampak benda itu," katanya berterus-terang.


"Dia hendak bersanding esok (Ahad), Razali tolong sapukan dia sikit minyak Kasturi Syifa'," pinta saya.

Cepat Razali mengeluarkan minyak wangi diaurakan dengan bacaan Al-Quran itu dari beg galasnya.


"Untuk perlindungan," bisik Razali.

Hubungi Puan Lin, 012 6277 300 untuk mendapatkan bekalan minyak terbabit dan SMS Razali, 016 231 5812 untuk memesan baju Penyingkap Fakta.

Alhamdulillah, tiada kejadian tidak diingini berlaku. Kami kemudian bergerak kearah simpang empat terletak kurang 20 meter dari lokasi kami berdiri.

Razali tanpa menggunakan lampu suluh diekori oleh Adam mendahului.

Untuk rekod, dilaporkan tahun lalu, mayat lelaki ditemui pemilik ladang kelapa sawit berhampiran lokasi sama.

"Dia tua tidak tua, muda tidak muda, umur dia dalam lingkungan 50 an. Dia dipercayai mati malam dan mayat kembong ditemui keesokkan harinya," terang Shukor.


Ketika mengeluarkan perakam pergerakan infrared di atas jalanraya, Razali tiba-tiba kelihatan terpinga-pinga.

"Abang nampak tidak?," soal Adam spontan.

Razali kelihatan tenang.

"Nampak," balasnya.


"Masa saya bertinggung tadi, memang ternampak kelibat putih di depan saya, entiti oval shape. Saya tidak memberitahu Adam tetapi dia bertanya kepada saya. Saya percaya Adam juga ternampak benda sama, memang pelik," jelas Razali.


Adam dan Razali mendakwa entiti terbabit terbang di hadapan mereka lalu lenyap dalam kegelapan malam.

"Benda itu macam terbang kearah ladang kelapa sawit," ujar Adam.


Shukor kelihatan gugup.

"Abang dengar atau tidak?," soalnya.

"Bunyi apa?," tanya saya kembali.

"Bunyi suara minta tolong. Tolong ...! Tolong ...!," jawabnya spontan.

Adam juga mendakwa terdengar suara sama.

"Ya bang. Bunyi eeeeeee .... Tolong ...! Tolong ....," jelas kru 666 berusia 24 tahun itu.

"Naik bulu roma saya bang," ujar Shukor.


Keadaan di sekeliling sunyi, suara serangga malam jelas kedengaran.

"Itulah dia buluh kuning. Dulu tumbuh tinggi kemudian ada orang tebang," jelas Shukor.

Saya merakamkan gambar tinggalan rumpun buluh itu.


Kru 666 kemudian meletakkan kamera pengesan pergerakan infrared berhampiran struktur saya percayai tunggul kelapa terbabit.


Malangnya selepas lebih sejam kamera terbabit ditinggalkan di lokasi terbabit, tiada gambar pegun dan video berjaya dirakamkan.


Saya percaya ketika ini, peniaga pasar malam, Shukor dan isterinya, Nabila Huda, 20 tahun sedang diraikan dalam majlis persandingan di rumah mereka.

Selamat pengantin baru kepada kedua mempelai.

InsyaAllah, kru 666 akan kembali semula ke lokasi sama di masa akan datang.

36 Komen :