Ikuti kisah terperinci hasil tinjauan kru Penyingkap Fakta di pelbagai lokasi menggerunkan masyarakat. ... lokasi didakwa berlaku pelbagai kejadian aneh atau penampakan entiti paranormal. Kami melangkah bersama, mengharung onak, duri dan sembilu , mendokumentasikan kenangan pahit manis namun disatukan oleh minat sama. Terima kasih kerana sudi singgah di sini.

666 DI MISTERI NUSANTARA TV3

InsyaAllah, jika tiada sebarang aral melintang, pembaca blog ini akan berpeluang menonton hasil liputan Misteri Nusantara, program terbitan TV3 berhubung aktiviti kru 666.

Apapun tahniah kepada kru, Boy, berikutan kelahiran cahaya mata pertama, bayi perempuan.


Sekalung tahniah juga buat perawat Kasturi Syifa, Ustaz Zaharuddin Zainal kerana dianugerahkan anak ke tiga.


Terima kasih kepada kru Penyingkap Fakta, Shaiful kerana sudi membelanja semua sebelum keluar melakukan tinjauan 2 malam lalu.

Semoga terus berjaya dalam kerjaya diceburi.


Terima kasih kepada wartawan, Zainal Ariffin Ismail, jurukamera, Shaiful Hady dan semua kru menjayakan rakaman pada malam 24 Januari lalu.


Sesungguhnya, satu perjalanan jauh bermula dari langkah pertama.

7 Komen :

ENTITI MERANGKAK TANPA KULIT TETAPI BADAN SEPERTI BERDARAH ...

Jam 9.30 malam di Restoran Bestari Maju, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor ...


Terima kasih kepada Suhaimi kerana sudi menaja juadah kru 666 dan Penyingkap Fakta. Ternyata Januari, bulan istimewa buat kru kami berusia 45 tahun itu.

"Saya dilahirkan pada 3 Januari, ulang tahun perkahwinan ke 18 saya, 8 Januari dan 30 Januari, tarikh lahir isteri saya, Shamsiah Hanum Muhammad Din," ujar Suhaimi.

Semoga Allah terus menganugerahkan kesihatan dan kebahagian kepada Suhaimi sekeluarga.


Di Kampung Berembang, Kuala Lumpur, jam 3.30 pagi ...

"Di sini ada tiga entiti. Pertama, 2 bulan lalu saya ternampak, entiti merangkak di jalan masuk ke tapak pembinaan ini. Bukan macam manusia, kedudukan badan bergerak macam katak tetapi tidak berkulit, tubuh kelihatan berdarah. Kedua, entiti seperti perempuan, jalan terhenjut-henjut macam dia membawa sesuatu dan ketiga, entiti tinggi macam galah, seperti buluh pun ada. Kejadian itu berlaku Khamis malam Jumaat lalu. Pekerja Bangladesh kencing di tapak pembinaan ini, saya berdiri lebih kurang 10 meter dari dia. Sebaik habis kencing, dia tiba-tiba mendongak. Saya ternampak entiti tinggi kira-kira 5 meter dari lokasi saya berdiri. Ketingian entiti itu saya anggarkan separuh ketinggian pokok di hadapan itu. Pekerja itu kemudian kelihatan amat takut, cabut lari masuk ke dalam rumah. Dia tidak sedarkan diri hampir sehari," ujar 'Samad', bukan nama sebenar.

Berikut gambar pokok dimaksudkan oleh Samad, 54 tahun.


"Sebelum ini ada tokong Buddha dekat pokok itu, sebesar rumah dan kemudian telah dirobohkan. Petang semalam, pekerja Myanmar ambil batu dan membaling buah mangga. Tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba dahan pokok mangga itu patah dan menimpa jentera berat di bawah," kata lelaki berasal dari Kuala Selangor, Selangor itu.


Pantas saya dan kru lain bergerak ke arah pokok dimaksudkan dan merakamkan gambar.


Jika diperhatikan, dahan patah itu bukan rapuh atau lapuk.


Sebelum ke kokasi kedua, kami berada di Cheras berhampiran penempatan pelajar Universiti Kolej Masterskill. 

Tinjauan malam tadi disertai oleh saya, Razali, Atoi, Jet, Suhaimi, Azayusrin, Omar dan Shaiful.


Samsuddin Wardi, 30 tahun, berasal dari Bali, Indonesia, mendakwa pernah terjumpa entiti berupa perempuan di atas bukit berhampiran penempatannya.


"Awak tidur di atas bukit itu untuk mencuba ilmu ke?," soal saya.

"Tidak, sahaja membina pondok di atas bukit itu dan tidur di situ. Bukan saya panggil, dia tiba-tiba datang bertanya, duduk di sini seorang sahaja ke? Seorang sahaja, saya jawab. Dia memakai baju putih, tinggi, berrambut panjang dan cantik orangnya. Bau dia wangi seperti bau bunga," balasnya.

"Kamu bercakap dengan dia?," soal saya lagi.

"Saya dan dia bercerita, dia mendakwa pernah mendirikan rumah di sini tetapi telah dipecahkan. Saya cakap, saya bukan kacau awak, saya mahu lari. Kejadian itu berlaku pada bulan Ogos tahun lalu. Perempuan itu berkata, kampung dia di kawasan ini," dakwa Samsudin.

"Apa lagi perkara lain dibincangkan pada malam itu?," tanya saya.

"Kami berbual kira-kira 15 minit, dia berdiri di depan saya. Saya minta dia sering datang ke sini tetapi selepas kali pertama itu, dia tidak lagi pernah muncul. Empat bulan lalu, kawasan ini hutan, orang hanya datang ke tasik untuk memancing," jelas anak bongsu daripada 6 beradik itu.

"Kalau dalam gelap, macamana awak boleh nampak dia?"

Soalan itu saya lontarkan.

"Dia bercahaya. Pada mulanya saya terasa kaki sejuk seperti kena pegang. Dia kata tidak perlu lari, saya baru sampai sahaja katanya. Masa itu saya terlupa untuk merakamkan gambar perempuan itu menggunakan telefon bimbit. Dia cakap, awak duduk sini, saya pun duduk sini. Saya bertanya, mengapa perempuan jalan seorang diri? Dia kata, saya ramai, berkeluarga di sini. Saya baru duduk di sini sejak 4 bulan lalu, sudah dua kali saya menengok 2 pelajar kena rasuk. Namun kata peniaga di kawasan di asrama itu, kejadian sama  sudah banyak kali berlaku. Pelajar dirasuk memang cuba hendak melarikan diri ke atas bukit. Pergerakan dia  sukar untuk dikawal. Tunggu! Tunggu! Balik! Balik! Balik! Dia orang menjerit dan kekuatan pelajar itu amat luar biasa. Mereka berupaya melompat longkang, tidak jatuh. Kalau perempuan biasa mereka pasti tidak berani untuk melompat

Hampir tengah malam, semua kru melangkah ke arah tasik.


Denai di dalam hutan berhampiran kabin, lokasi Samsudin menetap, gelap dan sunyi. Kami menyusuri laluan becak itu secara berhati-hati.


Di mata air berhampiran tasik tenang, kru 666 meletakkan kamera night vision dan infrared motioan sensor. Seperti sebelumnya, Jet dan Razali dipertanggungjawab melaksanakan tugasan itu dengan dibantu oleh kru lain.

Sifat berkerjasama, antara hal ditekankan di kalangan kru 666, biar berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.


Kepada pembaca baru berpeluang menjenguk blog ini, sila lihat antara peralatan elektronik digunakan oleh kru kami, di sini.

2 alat perakam gambar pegun dan video terbabit kemudian ditinggalkan di lokasi itu.


Kami kemudian berehat di pondok pemancing ikan berhampiran tasik.


Biar pun penat menyertai tinjauan bersama kru Pengembaraan Alam Ghaib pada malam sebelumnya, Atoi bertemu kami di stesyen minyak Petronas berhampiran Plaza Phoenix.


Pelbagai kepercayaan dikaitkan dengan lagu 'Ulik Mayang'. Sebilangan mendakwa lagu terbabit berunsur pemujaan dan jika dimainkan, berkebarangkalian entiti paranormal muncul di lokasi.

"Entah, ada orang kata versi kita biasa dengar itu tidak lengkap," celah Razali.

Seperti biasa, Suhaimi tidak dapat dipisahkan dengan 'tikar berjasanya'. Dia berbaring di sebelah Razali sambil merenung ke atas. Langit pagi itu terlindung dari pandangannya oleh pohon rimbun.

Jet kemudian memainkan lagu Ulik Mayang, menggunakan Galaxy Tab menjadi teman setianya seperti tikar kepada Suhaimi.


Lagu mendayu lazimnya dinyanyikan di pantai timur itu memecahkan keheningan pagi. 


Di lokasi itu tiada kejadian menarik berlaku.

Omar sibuk bercerita mengenai negeri kelahirannya, Sabah bersama beberapa warga Indonesia menyertai tinjauan kami.


Kira-kira 40 minit kemudian, kami mengambil kembali dua kamera terbabit sebelum beredar keluar dari hutan tebal itu.


Kurang berpuas hati dengan hasil rakaman, beberapa kru 666 kemudian dibawa meninjau kawasan di puncak bukit.


"Jauh juga berjalan, kena mendaki bukit lebih kurang 15 minit," kata Azayusrin ketika saya hubungi melalui telefon bimbit.

Saya, Jet dan Atoi, menunggu bateri kamera night vision dicas di dialam kabin kira-kira 30 minit sebelum mendaki bukit sama dan memasang kamera terbabit berhampiran kaki tanah tinggi itu.


Sementara menunggu kru kumpulan pertama turun dari puncak bukit, kami bertiga menjalankan tinjauan di lokasi berhampiran.


"Orang ke itu?," soal saya kepada Jet dan Atoi.

Kami memerhatikan pondok di hadapan secara lebih teliti.


"Kalau orang memang dia berani, tidur seorang diri di atas bukit ini," kata Jet perlahan.

Perlahan kami mendekati pondok di lereng bukit itu.

Tiba-tiba kelihatan cahaya lampu dari arah hadapan kami.

"Itu dia orang sudah balik," kata saya.


Kami kemudian mendekati pondok itu sambil saya merakamkan gambar pegun.


Berikut hasilnya.


Warga Indonesia terbabit mendakwa tidur di pondok terpencil itu untuk menghirup udara lebih segar. Itu katanya sewaktu saya dekati tetapi saya yakin dia melelapkan mata di situ bertujuan mengelak diberkas oleh pihak berkuasa berikutan ketiadaan dokumen perjalanan sah.

Tanpa alasan kukuh masakan dia sanggup tidur berseorangan di bekas tapak hutan rimba itu.

Jam 3 pagi, semua kru menaiki dua kenderaan meninggalkan lokasi tinjauan terbabit. Hasil rakaman video masih dianalisa oleh Jet.

Berbanding lokasi pertama, tapak pembinaan di Kampung Berembang itu lebih menyeramkan. Pelbagai dakwaan dikongsikan pekerja tapak binaan sedikit sebanyak mempengaruhi pemikiran tetapi kami percaya Allah itu maha berkuasa berbanding makhluk ciptaanNya.

Sementara menunggu rakaman kamera infrared motion sensor diletakkan di bawah pokok di tapak pembinaan itu, kami duduk berhampiran kongsi pekerja.

Saya teruskan merakamkan gambar.

Tepat jam 3.56 pagi, gambar berikut dirakamkan.


Mereka pernah menyertai tinjauan bersama kami sebelum ini mengetahui, kru 666 dan Penyingkap Fakta dilarang merokok di lokasi.

Pada ketika gambar di atas dirakamkan, TIADA kru merokok begitu juga beberapa pekerja tapak binaan berdiri berhampiran kami.

Berikut kedudukan saya dan kru lain ketika gambar direkodkan.


Kepulan asap berlatarbelakangkan pokok tinggi di belakan muncul di hadapan kami tetapi tidak kelihatan pada mata kasar. Beberapa gambar lain kemudian saya rakamkan pada minit dan kedudukan sama.

Asap terbabit tidak langsung kelihatan.


"Baik, kita tahu fakta, tidak ada kru menghisap rokok sewaktu gambar tadi dirakamkan tetapi tidak mengapa. Mari kita membuat satu eksperimen ringkas. Tiga oranga hisap rokok di hadapan ini dah hembuskan asap biarkan berkumpul di hadapan kamera. Saya akan rakamkan dan kita tengok, adakah kepulan asap berketebalan sama boleh direkodkan," cadang saya.

Semua bersetuju dan lihat hasil dirakamkan kamera sama, Panasonic Lumix FX100.


Bandingkan 4 gambar di atas dengan 'asap' dirakamkan sebelumnya.


"Kalau asap shisa pun belum tentu boleh sampai begitu tebal," usik Razali.


Untuk rekod, gambar lebih kurang sama pernah saya rakamkan dalam tinjauan ini dan ini.

Terima kasih kepada semua kru menyertai tinjauan semalam sehingga awal pagi tadi. 

666 menjemput pembaca untuk menyertai paranormal tour kali ke 2 kami ke Jeram Toi di Jelabu, Negeri Sembilan pada penghujung bulan Februari 2012. Sebarang perkembangan berhubung tinjauan itu akan dimaklumkan di sini.

Jika berminat, sila berhubung terus dengan Razali di talian 016 231 5812.

Sila kongsikan entri ini bersama rakan lain di Facebook, terima kasih.

Jika ingin menjadi rakan Facebook saya, sila klik di sini TETAPI pastikan pembaca menggunakan ikon profile berwajah sendiri.


18 Komen :