MISTERI RUMAH BERBULU DI BUKIT MALAWATI
"Sebelum ini memang ada kawan pernah ternampak lelaki tua samada berjubah putih atau hijau datang bersembahyang di surau di tingkat satu, walhal kawasan ini berpagar dan orang awam tidak dibenarkan masuk," dakwa Hairi Mazlan.
Hairi, 47 tahun, berasal dari Kuala Lipis, Pahang ditemui kru 666, 2 malam lalu sewaktu melakukan tinjauan di Bukit Malawati, Kuala Selangor, Selangor.
"Ada juga waktunya pengawal bertugas ternampak kelibat dua kanak-kanak berlari-lari di dalam kawasan kami bekerja ini. Seperkara lagi, kalau kita tertidur di dalam surau sama, bila masuk waktu sembahyang terasa macam ada orang mengusik ibu jari kaki, mengejutkan kita untuk solat," dakwa Hairi lagi.
Kami berbual dengan Hairi dan rakannya sementara menunggu kamera night vision merakamkan visual di sekitar Batu Hampar terletak kurang 100 meter dari lokasi kami berdiri.
"Kalau mengikut kisah sejarah, Batu Hampar itu sebenarnya batu sungai diletakkan di situ pada zaman dahulu untuk dijadikan tempat sultan bermain dam. Kemudian, dayang istana ditangkap bermukah dan dia dipancung di atas batu sama," kata Hairi.
Behampiran batu terbabit, tapak istana lama dan terdapat beberapa meriam lama. Kru 666 berkesempatan meninjau kawasan tanah lapang terbabit sambil menghirup udara segar di puncak bukit pada malam tahun baharu 2012.
"Orang ramai pergi ke Kuala Lumpur, kita pun pergi ke 'kuala' juga, Kuala Selangor," gurau ustaz Zaharuddin.
Perawat Kasturi Syifa', Ustaz Zaharuddin juga menyertai kami sewaktu melakukan tinjauan ke jalan Karak Lama, Pahang, minggu lalu.
Sebaik tiba di kawasan bersejarah itu, saya memerhatikan kru Penyingkap Fakta, Omar Khan Mijan, 24 tahun.
Dia kelihatan teruja.
"Ini kali pertama saya datang ke sini bang," ujar anak kelahiran Kota Belud, Sabah itu.
Wajah konstabel polis terbabit kelihatan ceria bak cahaya dipancarkan rumah api di puncak bukit.
Sementara menunggu rakaman selama 45 minit, kru 666, berpeluang dijamukan buah-buahan dibekalkan oleh Azayusrin.
"Saya bawa semua ini dari kampung di Jelebu, Negeri Sembilan," kata ayah kepada 2 anak itu.
Semerbak bau durian, menarik minat lotong bertenggek di dahan pokok tinggi di sekitar wakaf lokasi kami berehat buat seketika itu. Binatang itu tidak berhenti berbunyi biar pun jam tangan saya menunjukkan hampir jam 1 pagi.
Selepas melapik perut dengan buah-buahan tempatan, tanpa berlengah semua kru bergerak ke Busat Malawati, lokasi Sultan Selangor dikatakan berehat. Busat sama menempatkan pohon Sena dipercayai berusia lebih 200 tahun.
Berhampiran wakaf, saya rakamkan gambar di bawah.
Spontan saya teringat kenyataan Hairi.
"Banyak kes di sini, pasangan remaja Melayu, Cina dan India, datang dan melakukan maksiat. Kena tangkap berbogel di tengah kawasan lapang di dalam kereta pun ada," katanya.
Barangkali sebilangan pengunjung teruja berasmara di puncak bukit.
"Kalau hendak menjadi penyamun, berkawan dengan penyamun. Kalau hendak menjadi orang baik, berkawan dengan orang baik," ujar saya tiba-tiba sebaik terpandang Azayusrin.
Alhamdulillah, sejak bertemu ustaz Zaharuddin 2 minggu lalu, kesan perkenalan itu jelas kelihatan.
Ruang pekenalan di antara kru 666, Penyingkap Fakta dan perawat Kasturi Syifa', juga imam Masjid Sungai Besi itu turut digunakan sepenuhnya.
Sebilangan kru mengambil peluang bertanyakan kemusykilan berhubung soal agama kepada Al-Hafiz lulusan Universiti Al-Azhar, Mesir itu.
Terima kasih ustaz kerana meluangkan masa menjawab pelbagai soalan di dalam majlis ilmu ringkas di puncak bukit itu. Dimaklumkan beliau akan mengendalikan sesi kuliah subuh di masjid pada pagi sama.
Hampir jam 3 pagi, kami bergerak ke arah rumah tinggal berhampiran Telaga Beracun.
"Sebelum ini ramai kaki tangan kerajaan cuba untuk duduk di rumah itu tetapi hanya berupaya menetap sekejap, kemudian keluar, tidak sanggup," jelas Hairi.
"Kenapa?," soal saya.
"Banyak gangguan," balasnya ringkas.
Keadaaan di dalam rumah berhabuk dan panas.
"Bulu apa banyak bersepah di atas lantai ini?," tanya Suhaimi kehairanan.
Beberapa kru lain pantas datang memeriksa.
"Tidak boleh hendak dibelek, takut bulu anjing," celah Jet.
Sewaktu kami tiba, pintu utama rumah terbabit terbuka luas justeru binatang dan manusia mampu memasuki premis itu tanpa sebarang masalah.
Terfikir, hakikatnya anjing tidak bersalin bulu seperti ular bersalin kulit.
Bulu apakah itu?
Sewaktu membuat tinjauan awal bersama Razali, 2 minggu lalu, gambar bulu hitam bertaburan itu saya rakamkan.
Bezanya keadaan di sekeliling rumah sewaktu tinjauan pada malam tahun baharu itu, gelap dan sunyi. Mungkin tidak ramai berkunjung ke rumah terletak kurang 50 meter dari jirat Cina itu.
Berikut gambar rumah sama saya rakamkan pada 15 Disember lalu.
Jam 3 pagi, Boy memasangkan kamera night vision dan perakam audio di dalam rumah terbabit.
Kamera mampu merakamkan visual dalam kegelapan malam tanpa bantuan cahaya itu dihadapkan ke arah lorong sempit menuju ke arah bilik belakang.
Perakam audio berjenama Sony kemudian diletakkan oleh Boy berhampiran kamera.
Menggunakan 2 peralatan itu, visual dan audio di dalam rumah terbabit mampu dirakamkan. Melalui pengalaman lalu bersama kru 666, entiti paranormal kekadang muncul tanpa diduga dan berjaya direkodkan.
Misi kami mudah, berkunjung ke lokasi didakwa menyeramkan berikutan dakwaan kemunculan atau kehadiran entiti dikatakan paranormal. Di lokasi terbabit kami cuba merakamkan visual dan audio untuk dijadikan bahan bukti dan rujukan.
Selama ini, masyarakat disogokkan dengan kisah menakutkan walhal sehahihan kes sering dipertikaikan. Sejak Ogos 2010, kru 666 cuba menyingkap fakta di sebalik kejadian di pelbagai lokasi.
Jika pembaca berminat menyertai kami dalam tinjauan ke lokasi seterusnya, sila berhubung dengan Razali Harun di talian 016 231 5812 atau hantarkan emel ke razarro@yahoo.com.
Peserta digelar kru Penyingkap Fakta hanya perlu mendapatkan kemeja 666 sebagai syarat untuk bersama kami, itu sahaja.
Tepat jam 3 pagi, kami meninggalkan rumah itu.
Kru kemudian berehat lebih kurang 45 minit sementara menunggu hasil rakaman audio video di rumah terbabit.
"Shaiful, tolong tekan belakang sekejap," ujar Suhaimi.
Pada usia 45 tahun, mungkin pemandu van berasal dari Taman Medan, Petaling Jaya, Selangor itu sudah mula berasa penat.
Namun semangatnya menyertai tinjauan bersama 666, tidak pernah luntur.
Tepat jam 3.47 pagi, semua kru bergerak semula ke arah rumah kosong di puncak Bukit Malawati itu.
Semua peralatan dibawa keluar dan kami meninggalkan premis terbabit.
Jika ada syarikat bermurah hati dan berminat menaja peralatan audio video untuk digunakan oleh kru 666, sila berhubung melalui emel mazidulakmal@yahoo.com.
Mereka ingin menyumbangkan dana bertujuan membantu memacu kegiatan kami, sila berhubung terus dengan Razali.
Nama syarikat terbabit akan dikreditkan di blog ini setiap kali kru melakukan tinjauan.
Hasil rakaman sedang dianalisa dan jika menarik akan dikongsikan kemudian di sini.
12 Komen :
smti
Wahh! Semua kru nampaknya seronok pada malam tu.
hebat!
SMTI, Terima kasih.
er..teringin nak tengok hantunya...
Saudara Mazidul, saya beranggapan mungkin hantu tak mahu keluar kerana takut dengan al-Hafiz-ah-Hafiz kot?
Apa-apa pun syabas dan teruskan usaha...
smti...
SMTI
Sdr Mazidul,
Mengapa kebanyakkan operasi dilakukan pada waktu malam? Waktu siang mereka tidur ke?
sekian
azizia.
menurut kajian bende mcm 2 suke gelap kerane mereka mempunyai cas yang berlawanan dengan cahaya terutama lampu dan mata kite....so kat umah pasang lampu teran2 biar hantu kuar...
saudara/saudari azazia..
seperti diketahui umum, dunia makhluk halus tidak jauh bezanya dengan dunia manusia. 'mereka' juga makan, minum, beranak pinak ber berkembang. cuma bezanya mereka tidak mati2.
mereka juga mempunyai 'waktu kemuncak /sibuk'yakni dari turunnya senja hingga hampir tebitnya matahari(subuh). saya kurang arif jika ada surah atau hadis yang memastikan hal ini, tetapi ianyan sudha diketahui umum, termasuk pengamal perubatan tradisional.
xtunjukkan pon video tu...
Catat Ulasan