Ikuti kisah terperinci hasil tinjauan kru Penyingkap Fakta di pelbagai lokasi menggerunkan masyarakat. ... lokasi didakwa berlaku pelbagai kejadian aneh atau penampakan entiti paranormal. Kami melangkah bersama, mengharung onak, duri dan sembilu , mendokumentasikan kenangan pahit manis namun disatukan oleh minat sama. Terima kasih kerana sudi singgah di sini.

PARANORMAL TOUR BERSAMA 666

Untuk rekod, setakat ini kru 666 telah menjalankan puluhan tinjauan ke pelbagai lokasi. Lokasi menyimpan misteri dan didakwa dihubungkaitkan dengan kehadiran dan kemunculan entiti paranormal.

Dalam tinjauan terbabit, kami turut disertai oleh kru Penyingkap Fakta, mereka berminat merakamkan gambar dan menyingkap fakta di sebalik dakwaan dikongsikan oleh orang ramai di lokasi terpilih.

"Boleh ikut?"

Itu antara soalan kerap dilontarkan pembaca blog ini dan pengikut di Facebook 666.

Berikutan itu kami telah merancang untuk menganjurkan Paranormal Tour 2012 dan semua berminat dijemput untuk menyertai tinjauan terbabit.

Bagaimanapun, bilangan peserta terhad.

Berikut butiran Paranormal Tour 2012.

Tarikh : 3 dan 4 Mac 2012.
Lokasi : Jeram Toi, Jelebu, Negeri Sembilan.

Butiran tambahan akan dikongsikan di sini.

Untuk menjadi peserta, sila hubungi atau hantarka pesanan ringkan kepada Razali Harun di talian 016 231 5812. Razali atau hantarkan emel ke razarro@yahoo.com.

3 Komen :

smti~

SMTi

Unknown berkata...

Just bg pendapat,, sy berasal dr aea tmpat saudara baru je wat visit tu, tp cadangan sy cubesaudara wat vist kat jeram kedah, name je jeram kedah,, tp bukan kat kedah pun,, lokasi die kat ulu beranang,, smpai kat pekan tu saudara cubeorg tempatan,, jln ke ulu beranang ni street je lepas broga hill