Ikuti kisah terperinci hasil tinjauan kru Penyingkap Fakta di pelbagai lokasi menggerunkan masyarakat. ... lokasi didakwa berlaku pelbagai kejadian aneh atau penampakan entiti paranormal. Kami melangkah bersama, mengharung onak, duri dan sembilu , mendokumentasikan kenangan pahit manis namun disatukan oleh minat sama. Terima kasih kerana sudi singgah di sini.

RAHANG MULUT TERPUTUS

Jam 1.25 pagi, saya, Razali, Adam, Boy, Jet, Suhaimi, dan Shaiful bergerak menuju ke lokasi sasaran.


"Kemalangan maut memang kerap berlaku di jalan itu. Hendak kata jalan bengkang-bengkok, tidak, tetapi banyak kejadian kereta dipandu terbalik. Dalam satu kes, sebaik tiba di situ, saya terlihat pemandu maut, bahagian rahang mulut putus. Mangsa, dilaporkan doktor. Ada juga dakwaan, mereka terbabit dalam kemalangan mengatakan dipotong oleh kenderaan tetapi pemandu tiada kepala," kongsi Adi.

Adi, pekerja syarikat penunda kenderaan terbabit dalam kemalangan jalanraya di Petaling Jaya, Selangor.

Tambah Adi, terdapat kubur lama di kawasan lapang berhampiran jalan sama.


Setelah memastikan semua peralatan dan keperluan dimasukkan ke dalam beg galas, kami mula bergerak ke arah lokasi dilaporkan sering berlaku kemalangan maut terbabit.


Kami kemudian meredah kawasan semak di sebelah jalan dimaksudkan untuk mengesan tapak kubur lama dikatakan oleh Adi.

"Tengok itu," bisik Razali.


"Bukankah itu bunga selalu ditanam di atas kubur?," soal Jet spontan.

Namun setelah diperikasa secara teliti, tiada pula kelihatan batu nesan di kawasan berhampiran. Kami kemudian meneruskan tinjauan.


"Pelik! Cuba tengok,  tiga pokok jenis sama diikat menggunakan tali," celah Adam.

Semua mata tertumpu ke arah pokok dimaksudkan.


Kru 666 kemudian memasang Kamera Video Infrared berhampiran pokok terbabit.


Keadaan di bawah rimbunan pokok terbabit agak menyeramkan tetapi kami tetap ingin cuba menyingkap fakta berhubung kawasan itu.

Kira-kira 20 meter dari lokasi Adam, Jet dan Saiful berdiri Razali dibantu oleh Suhaimi memasang Kamera Pengesan Pergerakan Infrared.


Manakala Boy kelihatan sibuk menggunakan alat Pengesan dan Perakam Bunyi Parabolik namun malangnya bunyi kenderaan lalu-lalang di jalanraya berhampiran mengganggu usaha itu.


"Mana kubur itu?," soal Shaiful.

"Mungkin telah dipindahkan barangkali," celah Adam.

Lama kami meredah kawasan hutan renek dan ditumbuhi pokok tinggi itu namun kubur lama didakwa Adi berada di lokasi sama tidak dapat dikesan.


Kami juga difahamkan terdapat tinggalan bekas bangunan balai polis lama di kawasan tinjauan itu.

"Tidak jumpa pun kubur tetapi gambar orbs adalah," ujar Jet sambil menunjukkan hasil rakaman kamera Canon G12 miliknya.

"Jet rakamkan di mana?," tanya saya.

"Di ruang di atas pokok tinggi itu," balas Pensyarah Kanan Universiti Teknologi Mara, Shah Alam itu.


Di kawasan hutan berhampiran, saya merakamkan gambar di bawah. Pada awalnya kami mendapati kelihatan sepasang cahaya merah bak mata sedang memerhatikan pergerakan kami.


Namun setelah imej di atas diperjelaskan, saya percaya cahaya itu terhasil dari sinaran mata unggas terbang akibat terkena pancaran lampu kamera digital digunakan.


Untuk pengetahuan semua pembaca, pada 3 dan 4 Mac ini, jika tiada aral melintang, kru 666 akan mengadakan Paranormal Tour 2012 ke Jeram Toi, Jelebu, Negeri Sembilan.

Setakat ini hampir 20 kru Penyingkap Fakta sudah mendaftar untuk menyertai tinjauan terbabit. Jika pembaca berminat, sila hubungi Razali di 016 231 5812 untuk mendapatkan butiran lebih terperinci.

"Bro, saya dan Angah Soulhunterz, ketua kumpulan paranormal dari Singapura telah berhubung. Hasil perbincangan melalui telefon, InsyaAllah, kita boleh mengadakan kerjasama bersama mereka," lapor Razali awal pagi tadi.

Baca berhubung Soulhunterz di sini.

Pada masa sama, saya difahamkan, sebuah institusi pengajian tinggi awam bakal menganjurkan Forum Paranormal membabitkan panel dari 666, Pengembaraan Alam Ghaib dan Kasturi Syifa' pada penghujung bulan Mac akan datang.

10 Komen :

smti..

SMTi

gadisBunga berkata...

smti.


banyaknya orbs di situ!

Adam Vai berkata...

Smti

Tanpa Nama berkata...

sepanjang perjalan dari kaki bukit tangga sehingga ke jeram toi byk kejadian2 aneh berlaku.kampung saya kt kuala klawang,masa kecil pernah ternampak sekumpulan manusia berpakaian bj melayu ala2 nk ke masjid.sedang usung keranda...semoga berjaya.aliesyameera rafek

~ dyn ~ berkata...

nk cari makhluk mistik mai la di estate jcorp. kalau tanya manager dan asst manager, byk yg mereka tahu..semua rumah lama zaman british..

smti

nak tanya apa benda putih atas pokok tu..kalau nak kata daun bukan daun, warna putih....see 18/02/2012 02:08

azu berkata...

tu la...saya pun nampak ada benda putih atas pokok...apa tu?daun ke?

azu berkata...

yeah saya ternampak benda sama atas pokok...macam warna putih..please jelaskan thx