GAMBAR TERKINI PENJARA PUDU
Perhatikan gambar dirakamkan di tingkat bawah Penjara Pudu, Kuala Lumpur.
Waktu gambar di atas direkodkan, 2.43 pagi tadi.
Ketika kru 666 melakukan tinjauan, kedengaran bunyi seperti besi sedang dipotong. Razali berjalan di hadapan mengarahkan semua supaya senyap dan berhati-hati.
"Siapa itu? Keluar! Keluar!," jerit Razali.
Keadaan senyap, tiba-tiba bunyi kami dengari berhenti.
Pantas kami melakukan pemeriksaan di setiap bilik kurungan dan di bahagian belakang. Malangnya kami tidak bertemu sesiapa di ruang dibina kira-kira 121 tahun itu.
Berulang kali, Penjara Pudu diisytiharkan akan dirobohkan tetapi saya kira sehingga kini hanya sebahagian daripada tembok dan bangunan bersejarah itu dirobohkan untuk memberikan lalu kepada pembangunan.
Baca perinciannya di sini.
Untuk rekod, awal pagi tadi, kali ketiga kru 666 berpeluang memasuki penjara pernah menjadi lokasi kurungan ribuan pesalah jenayah.
Dilaporkan, 180 banduan digantung di lokasi sama.
Dilaporkan, 180 banduan digantung di lokasi sama.
Banyak gambar saya rakamkan malam tadi. Saya percaya ramai pembaca tidak berpeluang melihat suasana terkini penjara terbabit.
Berhambalah kepada Allah s.a.w?
Banduan melakukan kesalahan, pihak pengurusan penjara juga tidak sempurna.
Barangkali peringatan tercatat di dinding penjara itu harus ditujukan kepada pencuri bahan besi di bangunan terbabit.
Dalam tinjauan sebelum ini, bahagian bangunan di bawah tidak dibuka.
Mungkin pergerakan kami diperhatikan ...
Terfikir, barangkali itu kali terakhir kru 666 berpeluang berkunjung ke Penjara Pudu sebelum dirobohkan.
Terima kasih kepada 3 kru Penyingkap Fakta sudi menyertai tinjauan pagi tadi.
Untuk rekod, gambar pertama terhasil kerana cat di dinding penjara luntur lalu menghasilkan corak rawak.
Terima kasih juga kepada perawat Kasturi Syifa', Ustaz Musleh dan Zaharuddin.
11 Komen :
smti~
terima kasih kerana memaparkan hasil tinjauan ini. :)
smti...
SMTI
berharap dpt melawat penjara pudu ni..
macam menarik kalau nak join team ni boleh ke?
Baru perasan dalam gambar beramai ramai tu ada juga orb berwarna merah. Sentiasa ada, nak enter frame juga ye. Haha
alangkah baiknye sekiranye penjara ini dijadikan muzium.. saya pernah kesana 14 @ 15 thn dulu semasa dibangku skolah.. sgt beerti bg saya.. bkn mudah utk menemui tinggalan sejarah seperti ini..
smti
kenapa menggunakan simbol
'666'
tgk di sini
http://www.akhirzaman.info/counter-culture/simbol/1951-misteri-angka-setan-q666q.html
sebagai seorang anak warder yang membesar di sana, penjara pudu jauh berbeza semasa saya bermain2 di dalamnya, sedih dah nak kn roboh :(
Penjara Pudu hanya ada 1 sahaja di tanah air kita. Kenapa mesti dimusnahkan? Harap pihak berwajib berfikir panjang. Jangan hanya semata-mata kerana pembangunan nilai sejarah dikorbankan. Saya harap Mazidul dapat berbincang dengan mereka agar mereka lebih sensitif dan prihatin. Terima kasih.
Catat Ulasan