IMEJ APA?
Jam 10.18 malam tadi, kru 666 tiba di pekarangan rumah di bawah.
"Pemilik ingin mengubahsuai rumah. Jadi saya merakamkan gambar bahagian dalaman menggunakan telefon bimbit jenis HTC, bukan kamera digital biasa. Puluhan gambar saya rakamkan tetapi hanya 3 sahaja muncul seperti kepulan asap berbentuk bulat," ujar abang ipar pemilik rumah.
Seperti biasa, kru 666 memasang dan meletakkan pelbagai peralatan bertujuan merakamkan audio dan video di dalam rumah sama.
Boy dan Farid memastikan visual di ruang tamu direkod menggunakan camera Sony Infrared. Biarpun di dalam suasana gelap, video mampu dirakamkan.
Razali kemudian meletakkan alat Perakam Pergerakan Infrared di ruang bersebelahan. Saya bertugas merekodkan gambar pegun sepanjang tinjauan dilakukan.
Turut bersama, Azayusrin, Jet dan 3 perawat Kasturi Syifa', Ustaz Aznil, Musleh serta Zaharuddin.
"Kak Long (Jet) pakai baju kurung," bisik Farid kepada saya.
Kejadian ganjil di kalangan kami melihat Jet berpakaian sebegitu. Sejak kami mengenalinya, dia hanya berseluar jeans dan memakai kemeja-T sahaja.
Malam tadi, Jet kelihatan berbeza tetapi semangatnya melakukan tinjauan paranormal tetap sama.
Sebaik berakhir mesyuarat di Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, Selangor, Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan Maklumat itu bergegas ke lokasi. Ketika tiba, jam di tangan saya menunjukkan jam hampir 12.30 malam.
"Sejak adik ipar saya kematian anak kecilnya di rumah ini, mereka berpindah ke Kedah," ujar kakak ipar pemilik rumah, hadir di lokasi bersama suami dan anak.
Kami semua mendengar khusyuk.
"Adik perempuan saya, pemilik rumah ini, jurutera. Sebelum ini dia pernah menuntut kononnya ilmu perubatan di Genting Sempah, Karak dengan seorang profesor. Pada awalnya, saya difahamkan, niat dia cuma sekadar untuk mengubat anak kalau mereka sakit. Namun sejak lebih setahun lalu, berlaku perubahan besar kepada dirinya. Dahulu dia bertudung litup, amat menjaga aurat tetapi sekarang sudah membuka tudung, Berambut blonde dan memakai quetex. Di rumah, dia berpakaian seksi dan cenderung mengurung diri di dalam bilik di rumah hampir 24 jam sehari," celah suami wanita itu.
Semua perawat Kasturi Syifa' mendengar penerangan secara teliti.
"Kalau suami masuk ke dalam bilik, dia akan menjerit. Khadam! Cuci bilik ini! Kalau berasa bosan duduk di dalam bilik berhawa dingin, dia keluar. Sebaik keluar, anak dia akan masuk ke dalam bilik masing-masing. Kami cuba untuk membawa dia mendapatkan rawatan, setiap kali itulah dia membantah. Katanya, dia tidak sakit. Lebih dahsyat lagi, keadaan rumah dia memang bersepah, macam tongkang pecah. Tengok ini sebilangan gambar saya rakamkan kewaktu berada di rumah mereka. Kasihan melihat suami dan anak anak dia. Budak-budak itu terpaksa membuat kerja rumah di Mc Donald, sampai begitu sekali," ujar wanita bersama kami.
"Hairan, setiap hari dia makan pada jam 11 malam tetapi badan dia tetap normal, tidak gemuk. Pernah jiran datang ke rumah dia di Kedah, mendakwa ternampak seperti lembaga hitam besar, berdiri di hadapan rumah adik saya," ujar pemegang kunci rumah.
"Pernah satu masa, dia terlalu suka menetap di hotel. Sampaikan suami dia memberikan kredit kad kepada pihak hotel dan minta swipe sahaja untuk menunaikan permintaan isteri dia. Suami bekerja, tidak cukup masa menemankan isteri di hotel. Sehinggalah satu hari, pihak hotel komplen sebab isteri dia selamba turun ke lobi dengan hanya bertuala. Kami sekarang tengah berusaha mencari tempat untuk mengubat dia," celah isterinya.
Pasangan suami isteri itu kemudian berbincang bersama Ustaz Aznil, Musleh dan Zaharudin, melihat kebarangkalian membawa wakil mereka ke Kedah untuk merawat pesakit wanita berusia 45 tahun itu.
"InsyaAllah, akan saya uruskan," respon Ustaz Aznil, ringkas.
Sewaktu memasuki rumah, saya merakamkan gambar Razali menyukat suhu menggunakan Infrared Thermometer.
"Suhu dalam 85 darjah Fehrenheit tetapi di kawasan pintu ke ruang tamu, turun 2 darjah," kata Razali.
Jam 10.20 malan, gambar berikut dirakamkan. Lihat imej seperti garisan putih di sebelah kanan.
Menurut pengalaman kami, imej terbabit digelar moving orb atau orb bergerak dari bawah menuju ke siling rumah.
Cuma saiznya jauh lebih kecil berbanding gambar dirakamkan oleh abang pesakit.
Untuk rekod, alat Pengesan Pergerakan Infrared gagal merakamkan sebarang imej pegun atau video manakala hasil rakaman kamera video infared sedang dianalisa oleh Boy.
Malam ini, jika tiada aral melintang, kru 666 bakal berada di Beranang, Selangor, untuk menjalankan satu lagi tinjauan secara eksklusif.
Ikuti perkembangan kegiatan kami, klik di sini.
6 Komen :
SMTI.
GANGGUAN APAKAH ITU?
kak jet.. bekas komander kesatria kompeni K, UiTM Shah Alam...
sampaikan salam sy pd dia...
tqvm...
saye nk join team nih.
Assalamualaikum.. kalau boleh.. tinjauan dekat beranang 2 dekat mana sebb saya duduk area situ ...
saye rase itu adalah gambar sarang labah2 la abg mazidul
spider web 2....
Catat Ulasan