Ikuti kisah terperinci hasil tinjauan kru Penyingkap Fakta di pelbagai lokasi menggerunkan masyarakat. ... lokasi didakwa berlaku pelbagai kejadian aneh atau penampakan entiti paranormal. Kami melangkah bersama, mengharung onak, duri dan sembilu , mendokumentasikan kenangan pahit manis namun disatukan oleh minat sama. Terima kasih kerana sudi singgah di sini.

PARANORMAL TOUR 2012 : KEJADIAN ANEH

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.



Saya yakin pasti ramai ingin mengetahui fakta berhubung kejadian aneh berlaku kepada kru Penyingkap Fakta sepanjang berlangsungnya Paranormal Tour 2012 pada 3 dan 4 Mac lalu.


Sebaik tiba di Jeram Toi, kru 666 disambut oleh kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan, Johan Mohd Said, 46 tahun dan rakan setugasnya, Mohd Hussain Mohd Rafiq, 37 tahun.


"'Toi' itu sebenarnya nama tok batin orang asli," ujar Johan.


Anak kelahiran Sungai Kandis, Klang, Selangor itu, mula bekerja di Jeram Toi sejak 4 tahun lalu.

"Dahulu pelbagai kisah didakwa berlaku di sini, sekarang kurang. Di bahagian atas air terjun itu contohnya, sebilangan pengunjung mendakwa ternampak imej seperti perempuan dan budak kecil. Manakala di tandas lama di seberang sungai, didakwa pengunjung terlihat makhluk bertubuh pendek tetapi kaki dan tangan panjang," kongsi ayah kepada 5 anak itu.

Kami terus mendengar.


"Dahulu, ada orang mendakwa ternampak macam perempuan berambut panjang duduk di atas tunggul kayu berhampiran pintu gerbang. Namun setakat ini tiada kejadian tidak diingin berlaku. Cuma kalau datang ke sini, lebih baik jangan mengambil batu untuk dibawa balik. Nanti susah sebab kena hantar balik. Kejadian itu pernah berlaku," sambungnya.

Mereka berdua kemudian dihadiahkan 2 helai baju 666 sebagai cenderahati dari kami.


Sekalung penghargaan kepada Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan kerana membenarkan kami menggunakan wakaf dan surau di atas bukit untuk meletakkan barang dan peralatan.

Tepat jam 12.38 tengahari, Shaiful dan Jet memberikan taklimat ringkas berhubung aturcara tinjauan dirancang kepada semua kru di lokasi.


Adam mewakili ELS Healthcare Services kemudian berkongsi informasi berhubung langkah-langkah perlu diambil sekiranya berlaku kes kecederaan sewaktu tinjauan dilakukan.


Sejak dari awal, semua kru diperingatkan, tiada kompromi mengenai keselamatan. Keadaan di lokasi gelap dan batu sungai licin mampu mengundang bahana sekiranya kru tidak berhati-hati. 


Di wakaf, kru Penyingkap Fakta diberikan taklimat ringkas berhubung penggunaan peralatan, Perakam Visual Pergerakan Infrared, Perakam Suara Parabola dan  Jangkasuhu Infrared oleh Atoi, Adam dan Boy.  


Jam 1.40 tengahari, kru Penyingkap Fakta, Azizul Azzemin datang dari Melaka, tiba di lokasi sebelum makanan tengahari dihidangkan.


Kami dikunjungi pembaca blog ini dan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Jelebu, rakan Suhaimi. 


Tetamu hadir bersama anaknya juga membeli 2 botol minyak Kasturi Syifa', diuruskan oleh Jet.


Azayusrin dan rakan Suhaimi, berada di dalam pasukan sama, mengambil peluang berborak sementara semua kru menjamu selera.

Terima kasih kepada tetamu sudi bertemu kami di lokasi.


Kira-kira jam 2 petang, hujan turun di Jeram Toi. Berikutan itu, saya, Atoi, Suhaimi dan Azizul, membuat keputusan melakukan tinjauan awal ke lokasi tidak boleh didedahkan.

Bagaimanapun kami telah mendapatkan kebenaran awal dari pihak pengurusan banguanan bakal ditinjau bersama kru lain. 


Pada masa sama, 2 kumpulan kru lain melakukan tinjauan awal di beberapa lokasi dikenal pasti sebelum kami tiba di Jeram Toi.

Di lokasi kami kunjungi, dimaklumkan kakitangan bertugas berulang kali terdengar suara kanak-kanak di malam hari.


Untuk rekod, bangunan terbabit dikelilingi hutan belantara dan agak terpencil.


Hampir senja, saya memberikan taklimat ringkas berhubung lokasi tinjauan. Hujan turun lebat ternyata sedikit sebanyak mengubah perancangan awal Paranormal Tour 2012.

Melakukan tinjauan di lokasi berbumbung dilihat pilihan lebih tepat sekaligus tidak akan mengganggu visual atau audio bakal dirakamkan.


Sewaktu hari semakin gelap, sebilangan kru 666 dan Penyingkap Fakta melakukan tinajauan di lokasi terpilih di Jeram Toi.


"Ada orang mendakwa, pernah ternampak kelibat perempuan mandi di kolam di hulu sungai sedangkan tempat ini ditutup tepat pada jam 6 petang," kata Shaiful sebelum mengetui kru membuat tinjauan.


Biarpun hujan turun semakin lebat, mereka tetap bersemangat, merakamkan gambar di lokasi terbabit.


"Kalau ditakdirkan tiba-tiba terlihat kelibat entiti paranormal, usah lari. Bertenang dan berhubung dengan kru lain. Melarikan diri dalam keadaan tergesa-gesa akan menggugat keselamatan. Bimbang kalau terkelincir, terjatuh," Shaiful mengingatkan semua sewaktu taklimat sebelum tinjauan di lokasi pertama itu dilakukan.

Semua harus faham, tujuan kru 666 dan Penyingkap Fakta, untuk merakamkan visual dan audio entiti paranormal di lokasi dikatakan entiti didakwa pernah muncul dan bukan untuk melarikan diri. 

Sebelum ini, pelbagai gambar aneh tidak dikenal pasti berjaya direkodkan oleh kru kami di banyak lokasi dan dipaparkan untuk tatapan pembaca blog ini. Kami mengakui kewujudan syaitan, ibilis dan jin sekaligus percayai makhluk terbabit mampu memunculkan diri dengan izin Allah.

Cuma kekadang, kisah kemunculan itu ditokok tambah sehingga terlalu menakutkan masyarakat.

Saya percaya, banyak gambar dirakamkan oleh kru, setakat ini tiada antara mereka melapor berjaya merakamkan sebarang gambar pelik di lokasi tinjauan pertama itu.


Hampir jam 9.30 malam, semua kru berada di lokasi tinjaun kedua, 20 kilometer perjalanan menggunakan kenderaan dari Jeram Toi.

Semua peralatan perakam audio dan video sedia untuk dipasang dan diletakkan di lokasi stategik mengikut laporan dikongsikan oleh kakitangan bertugas di bangunan.


Sembilan kru Penyingkap Fakta menyertai kami dibahagikan kepada 3 kumpulan dan akan berkunjung ke lokasi dihujung bangunan, didakwa sebagai 'hot spot'.

'Hot spot', lokasi dikatakan bunyi atau kelibat entiti paranormal pernah didakwa didengari dan muncul oleh orang ramai.


Satu persatu kumpulan kemudian dibawa ke lokasi sekaligus memberikan peluang kepada mereka untuk merakamkan gambar.


Selesai rakaman gambar pegun dilakukan, kru 666 kemudian ke lokasi sama, memasang dan meletakkan semua peralatan elektronik milik kami, untuk mengesan audio dan visual aneh, jika ada.


Sementara menunggu rakaman di lokasi pertama, 3 kru Penyingkap Fakta, Zulkarnain Azman (kiri sekali), Ahmad Nadzmi Rizal dan Hasmizam Abu Talip, secara sukarela bersetuju untuk duduk di lokasi kedua, bengkel kenderaan di kawasan berhampiran.

Mereka hanya dibekalkan lampu suluh, kamera digital dan walkie talkie sahaja.


Manakala kumpulan sukarelawan kedua, dibawa untuk duduk di kawasan gelap di tingkat satu bangunan. 


Aidil Azizi kelihatan bersemangat berjalan di hadapan sekali, dia bersama Feris Othman dan Ahmad Reza Atiq berada di lokasi terpilih itu kira-kira 1 jam.

Sewaktu hujan renyai, kumpulan pertama diringi kru 666 ke lokasi.


Rujuk gambar di bawah.

Saya dimaklumkan, sebelum ini katil diletakkan di lokasi meja kini ditempatkan. Di katil terbabit, pekerja Indonesia mendakwa pernah berasa kakinya ditarik berulang kali oeh entiti tidak kelihatan dek mata kasar.


Pekerja tempatan juga mengatakan pelbagai kejadian pelik pernah terjadi di situ.

"Dahulu saya suka main dart di dalam bengkel pada waktu malam. Selalu juga terdengar bunyi seperti dinding kereta diketuk atau papan tebal dijatuhkan," kata pekerja saya temui.

Zulkarnain memilih duduk di kerusi berhampiran meja.


Manakala 2 lagi kru duduk di ruang atas.


Tiada lampu di lokasi ini, mereka ditinggalkan dalam keadaan gelap gelita. Semua kru mengiringi mereka kemudian berkumpul semula di lobi.


Farid dan Adam memantau 2 kumpulan terbabit menggunakan walkie talkie. Justeru semua komunikasi dapat kami dengari secara jelas.

Tepat jam 11.11 malam, Farid bersuara.

"Bang, ada 'benda' membaling duit siling 20 sen dekat kru Penyingkap Fakta di dalam bengkel," ujarnya tenang.

Kami semua terdiam dan mendengar komunikasi di antara Farid dan Zulkarnain.

"Ha! Sudah dua keping duit syiling di baling," ujar Zulkarnain melalui walkie-talkie.

Semua kru 666 bersiap sedia untuk bergerak ke bengkel jika bantuan diperlukan namun masih kelihatan tenang.

"Rakamkan gambar dan kalau boleh cuba berkomunikasi, minta dia baling duit lima puluh ringgit," gurau Adam.

Sekurang-kurangnya usikan Adam, mengendurkan sedikit saat tegang.


"Dia jatuhkan kayu pula!," celah Zulkarnain.

Saya sempat berpesan kepada 3 kru terbabit supaya sentasa berdiri atau duduk di kawasan selamat.


Tepat jam 11.30 malam, saya dan kru 666 lain bergerak ke bengkel.


"Tadi kami duduk dua orang di dalam bilik ini, Zul di bawah. Tiba-tiba kami terdengar macam ada benda jatuh di hadapan. Bila di suluh, kami ternampak duit syiling di atas kapet," ujar Nadzmi.


"Syiling kalau terjatuh di atas kapet, berbunyi ke?," soal Adam.

Nadzmi kemudian mengambil duit syiling dan membaling ke atas, beberapa saat kemudian kedengaran bunyi sewaktu syiling itu menyentuh permukaan kapet. 


Beberapa minit kemudian, sekeping lagi syiling dilaporkan jatuh dari atas, di luar bilik, di atas simen.

Lihat gambar 'objek' berwarna putih, saya rakamkan sewaktu naik ke tingkat atas bengkel, lokasi Nadzmi dan Hasmizam duduk.


"Benda ini tadi macam di baling, bunyi menggelungsur di atas simen lantai. Memang kami berdua dengar jelas," celah Nidzam.


Spontan Adam mengutip objek itu.


"Ini pemberat blinder di dalam bilik," kata Adam.


Saya kemudian pantas merakamkan gambar blinder di dalam bilik dan ternyata objek sama kelihatan di hujung tirai itu.

Jangkaan Adam tepat.


"Masa awal tadi, kita naik ke sini ramai ramai, kan? Tidak ada benda ini di atas lantai," kata Nadzmi.

Adam mengiyakan.

Saya kemudian dibawa ke dalam bilik kedua.

"Selepas duit syiling dicampakkan, saya masuk ke dalam bilik ini. Saya cakap, kalau betul wujud entiti paranormal di sini, tolong gerakkan sofa. Tiba-tiba kayu disandarkan di tepi dinding, bergerak dan jatuh ke lantai. Saya pun ke luar sebab terkejut," ujar Hasmizam.


Wajah pelajar kolej di Kelana Jaya, Selangor, berasal dari Simunjan, SarAwak itu ternyata cemas. 


Berikut gambar syiling terbabit.


Dalam pertemuan bersama perawat Kasturi Syifa', Ustaz Zaharuddin Zainal, berhampiran pintu masuk kawasan ditinjau, saya sempat mengajukan soalan berikut.

"Mampukah jin menggerakkan objek ustaz?"


"Dengan izin Allah, boleh. Cuma kita perlu ingat, jin memang bertujuan untuk menyesatkan umat manusia. Kalau kita takut dan percaya dia lebih berkuasa berbanding Allah, maka tujuan dia tercapai," jawab beliau.

Untuk rekod, Ustaz Zaharuddin, graduan lulusan Universiti Al-Azhar, Mesir, Al-Hafiz dan kini bertugas sebagai guru dan juga iman masjid di Sungai Besi.

Biarpun, sesi perkongsian ilmu itu berlangsung pada jam 2 pagi, di kawasan parkir kenderaan, pelbagai soalan berhubung jin diajukan kepada beliau oleh kru khusyuk mendengar.

Ustaz Zaharuddin, merakamkan gambar di bawah sewaktu bersama kami, melakukan tinjauan Paranormal Tour 2011 di Hutan Lipur Ulu Bentul, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.


Baca entri berhubung tinjauan terbabit, klik di sini.

Ustaz boleh dihubungi melalui Facebook.

Awal pagi tadi, Jet memaklumakan saya, perakam audio diletakkan di bengkel merekodkan suara seperti bunyi gong. 

"Pasti ke Jet?," soal saya.

"Pasti bang tetapi kena dengar menggunakan ear phones," balas Pensyarah Kanan Universiti Teknologi Mara, Shah Alam itu. 

Di bawah hasil rakaman Perakam Pergerakan Infrared di letakkan di lokasi sama. Jika diperhatikan secara teliti, pada saat ke 3, terdapat pergerakan dipercayai orbs di hujung atas tiang sebaris dengan kerusi. 

Hanya pergerakan, biarpun didalam gelap sahaja mampu mengaktifkan alat terbabit.


Selepas detik 12 malam, Azizul sudi membeli dan menaja nasi lemak berlauk rendang ayam dan minuman untuk semua kru berada di lobi.


Terima kasih Azizul.


Kru kami kemudian dibawa ke lokasi didakwa menjadi perkampungan bunian. 


"Ada anak kecil penduduk di sini, dikatakan sering bermain dengan entiti tidak dapat dilihat. Budak itu berkata, 'kawan' dia datang dari kawasan semak di luar pagar tetapi keluarga tidak dapat melihat 'kawan' anak mereka itu," kongsi pengawal keselamatan bertugas.

Semua kru tidak melepaskan peluang merakamkan gambar di lokasi sasaran itu.

Kira-kira jam 3 pagi, semua kru kembali ke Jeram Toi dan sejam kemudian kami berangkat pulang.

Terima kasih kepada semua kru Penyingkap Fakta sudi menyertai Paranormal Tour 2012. Semoga kita bertemu lagi di lain kali.

Klik imej, untuk membesarkan gambar kenang-kenangan di bawah.


NOTA

Kepada sebilangan pembaca, ingin melihat 'hantu', sila membeli video cerita hantu di pasaran atau tonton drama seram di televisyen.

Kami hanya memaparkan fakta di sini dan tidak bertujuan untuk menciptakan hantu bertujuan untuk menakutkan pembaca dimuliakan.

19 Komen :

smti.

kalau saya rasanya tentu dah menangis!

Smti.. Syabas!!! Alhamdulillah.. Berjalan lancar tanpa ada yg 'tercedera' ..;)).. 'gurauan' sikit 2 tu biasa la kan..;))

Smti.. Syabas!!! Alhamdulillah.. Berjalan lancar tanpa ada yg 'tercedera' ..;)) 'gurauan' sikit2 tu biasa la kan..;))

he3.. betul tu...berlambak citer hantu kat pasaran. malam tadi je baru kuar kat astro..tajuk..err.... momok ape tah...

lynnepu3gp berkata...

smti... :)

Unknown berkata...

seram

Unknown berkata...

seram

pattkadir berkata...

smti

Adam Vai berkata...

Terima kasij kepada semua kru, peserta dan semua yang terlibat didalam Jelajah Paranormal kali ini.

aaa...cemas woo..cume nk lari je takut sbb bilik gelap n penuh ngan perabot...

smti..

SMTI, terima kasih.

SMTI

norhidana berkata...

seronok baca ntry nih... setiap kali ada ntry baru baru teruja nk baca...

Tanpa Nama berkata...

smti,

saya mencadangkan pihak smti pergi ke lokasi jalan bukit miku, rembau. tiga tahun lepas saya dan suami melalui jalan tersebut sekitar jam 1 pagi, untuk mengelakkan jem akibat jalan tanah runtuh di jalan bukit putus ke destinasi kuala pilah. saya tertidur dalam kereta semasa melalui jalan tersebut, tapi saya merasakan terlalu lama untuk sampai ke simpang seterusnya,bila saya terjaga suami sedang membaca ayat al-quran semasa memandu, saya sangkakan dia mengaji untuk menghilangkan ngantuk. sehingga sampai ke rumah mak esok paginya baru dia cerita. ada makhluk menumpang kereta kami sehingga kereta terlalu berat.

Miss Anisah berkata...

Saya baru mengikuti blog ni dan entry memang menarik la...

Apa kata crew ke hutan lipur ulu kenas pulak. November lepas saya dan kawan kawan ada buat aktiviti camping di sana. Dan salah satu gambar yg dirakam adalah ini..http://missanisah.blogspot.com/2011/11/tetamu-yang-tak-diundang.html
Tak pasti pun apa sebenarnya dalam gambar ni. Sebab tak nampak dengan mata kasar pun..

Rakan Blog berkata...

N3 yang menarik.....apa kata share kat web ni
RakanBlog . Meningkatkan trafik dan follower blog .Rangkaian bloggers Malaysia.

Unknown berkata...

smti...

Shahidah berkata...

nak joint ada syaratke