KENAPA MUKA UNCLE INI MACAM ENTITI PARANORMAL?
"Hendak membuat tinjauan ke Paya Jaras, Selangor," ujar Razali melalui telefon.
Ketika itu jam tangan saya menunjukkan pukul 12.57 minit malam.
Biarpun baru sahaja tiba di rumah dari Bangkok, Thailand, saya bergegas mencari dan kemudian memakai baju 666.
Tubuh berasa amat penat tetapi kaki tetap pantas melangkah ke Restoran Bestari Maju bimbang saya terlewat.
Sebaik duduk bersama majoriti kru 666, saya disajikan teh ais di dalam kole lengkap dihiasi ribbon.
Di mana dia orang curi kole ini?
Itu persoalan terawal tercetus di minda dan pada masa sama, saya menyedari, tiada seorang pun kru memakai tshirt 666.
Berikut kru dan rakan menghadirkan diri.
Ops! Maaf, tersilap gambar.
Ashraf hadir dengan tunangnya, InsyaAllah bakal disatukan secara sah pada Januari 2013.
Entah mengapa, sebaik melihat senyuman Farid, spontan saya teringat mayat mangsa dikelar di leher, dirakamkan di Bangkok awal pagi semalam.
Barangkali kerana sebilangan sukarelawan Poh Teck Tung terbabit, jururawat seperti Farid.
Melihat Adam mendukung anak Boy, Qaseh, lebih mengelirukan.
Bakat menjadi ayah, keliatan begitu terserlah walhal dia masih bujang.
Semua kru dan rakan bersetuju, Adam harus mencari calon isteri terlebih dahulu untuk berpeluang bermesra dengan zuriat sendiri.
"Kenapa muka uncle ini macam entiti paranormal?"
Barangkali persoalan itu terlintas di fikiran Qaseh sewaktu merenung tepat wajah uncle Adam.
Uncle Adam, jangan marah ok.
Uncle Adam, jangan marah ok.
Apapun, hakikatnya Qaseh jauh lebih beruntung. Dia mempunyai ibu, ayah serta ramai uncle dan untie bersifat penyayang berbanding sebilangan anak kecil lain.
Sewaktu dalam perjalanan ke lapangan terbang di Bangkok, saya berpeluang merekodkan gambar di bawah.
Bayi dipercayai demam panas, didukung ibu duduk di tepi jalan utama sambil meminta sedekah dari orang ramai lalu-lalang.
Sedih melihat mereka.
"Itu perempuan Myanmar. Memang ada sindiket membawa ramai pengemis masuk ke Thailand," jelas pemandu saya.
Barangkali wanita malang itu tidak mempunyai suami dan rakan taulan.
Ternyata kita semua lebih bernasib baik dalam meniti kehidupan ini kerana dikelilingi mereka bergelar sahabat.
Terima kasih sahabat kerana sudi meraikan hari ulang tahun kelahiran saya ke 45.
"Kek ditaja oleh Jet," ujar Razali.
Penghargaan juga dirakamkan kepada semua rakan Facebook di atas ucapan dicatatkan di wall saya.
Turut diraikan, hari ulang tahun perkahwinan Boy dan isteri. Semoga pasangan terbabit dimurahkan rezeki dan berbahagia sehingga ke akhir hayat serta diceriakn kehidupan dengan lebih ramai lagi zuriat di masa akan datang.
Hopefully I am getting older and wiser.
... so will 666!
7 Komen :
selamat hari lahir en MAS! seronok betul sambut bersama kawan-kawan.
i like...!! terbaekkk... :)
hepi besdey
Slamat hari lahir bro.....bila nak g nyiasat lg ni...nak ikut pulak..ley
Bila lg nak gi ni dul....nak join ley
Hensem entiti tu. Sesiapa berminat boleh hantar borang. Haha.
Selamat hari lahir abang Mazidul!
so sweet... nilai persahabatan yg terlalu indah...
hepi belated birthday
Catat Ulasan