Ikuti kisah terperinci hasil tinjauan kru Penyingkap Fakta di pelbagai lokasi menggerunkan masyarakat. ... lokasi didakwa berlaku pelbagai kejadian aneh atau penampakan entiti paranormal. Kami melangkah bersama, mengharung onak, duri dan sembilu , mendokumentasikan kenangan pahit manis namun disatukan oleh minat sama. Terima kasih kerana sudi singgah di sini.

MISTERI BANGUNAN PUTIH

Jumaat minggu lalu, kru Penyingkap Fakta, saya, Razali dan Jet ke Subang Jaya, Selangor  dan Kuala Lumpur.

Berikut antara gambar sewaktu tinjauan dilakukan.



"Apabila pengawal keselamatan mengunci bilik ping pong ini, dari luar, beberapa saat kemudian, besi pemegang pintu bak digegar dari dalam, kuat," dakwa Azhar.

Dia juga mendakwa, satu lokasi di dalam bangunan sama dianggap 'keras'.

"Pernah pengawal keselamatan ternampak bak lembaga berwarna hitam berdiri di tingkat satu," tambahnya lagi.

Bagaimanapun melalui tinjauan kami, lokasi terbabit tidak langsung menyeramkan.


Menggunakan kamera perakam pergerakan infrared, orb bergerak direkodkan di dalam bilik ini. Selain daripada itu, tiada kejadian ganjil berlaku.

Kami kemudian bergerak ke bangunan tinggal di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Tinjauan malam itu disertai oleh Izz, Min dan rakannya, Zulfadli Zauki.

Penduduk berhampiran bangunan tinggal terbabit berkata ...


"Apabila waktu awal pagi, sebelum ini, saya kerap  duduk di kawasan lapang di hadapan rumah dan menghadap ke arah bangunan. Pernah saya terdengar seperti bunyi bising pelajar sedang berada di dalam kelas, sedangkan bangunan itu telah lama ditinggalkan"

Berikut gambar bangunan dimaksudkan, saya rakam bermula pada jam 2.21 pagi.


Perhatikan cahaya merah di sebelah atas gambar di bawah.


Berikut keadaan cahaya itu selepas dibesarkan saiz.


Semua kru memasuki bangunan ini secara berhati-hati. Banyak paku berkarat menunggu tapak kaki sekiranya cuai.


"Tidak tahu berapa lama bangunan ini ditinggalkan. Akar kayu sudah berselirat di dinding," ujar Razali.

Saya merakamkan gambar.


Kami percaya, bangunan ini juga dijadikan lokasi peragut membuang pelbagai barangan tidak bernilai.


Di ruang pejalan kaki, satu daripada bangunan terbabit, lelaki gelandangan selamba tidur diulit mimpi. Barangkali dia tahu banyak kejadian aneh berlaku di bangunan ini tetapi dipendamkan sebagai rahsia diri.


Razali meletakkan kamera pengesan pergerakan infrared menghala ke arah pokok besar di atas namun selepas sejam berlalu,  alat terbabit ditinggalkan berhampiran tangga, gagal merakamkan sebarang imej aneh. .


Jika ingin menyertai tinjauan bersama kami, sila hubungi Razali di talian 016 231 5812.

Ikuti perkembangan kru Penyingkap Fakta, klik di sini.

6 Komen :

Tanpa Nama berkata...

abg mazidul kalo saya nak join benda2 cm ni boleh ker..?

afadz berkata...

assalam.. bang nak mintak tolong sikit, tolong komen gmbr ni dah di edit ke blom.. sbb owner gmbar ni kate ni gmbr original x de edit, sbb kat gmbar ni ade 2 orng, tapi tnagn dlm hmbr tu ade 6.. jdi menimbul kan kemuskilan.. mintak tolong yer http://myfriends2u.com/album_file.php?user=Akmal9792&album_id=16876&media_id=98672 :D

Tanpa Nama berkata...

gmbr tu telah diedit..klau tgk gmbar btul2 diantara laki dan perempuan tu sepatutnye ade lane jalan warna putih..tpi xde..bhgian tersebut jga kelihatan kabur2 dan xsharp..mgkin pengedit nk hlgkan kaki org diblakang sedikit..

Tanpa Nama berkata...

Bangunan ini sebelumnya adalah SAL College, dan tidak dihuni sejak tahun 2005 sahaja.

Tanpa Nama berkata...

tabik spring sama itu brader 'homeless'. kalu dia boleh stay tido kat situ, so mmg takde ape laa jawabnya. lebih baik brader tu decor elok-elok tempat tu dan duduk situ. rumah besar beb!

Tanpa Nama berkata...

SMTI, apa brand cat dorg pki masih elok lg wpun dh btahun2, bleh buat cat rumah raya ni.....hehehe.....