IMPIAN BAKAL MENJADI KENYATAAN
InsyaAllah pada sekitar jam 2 petang esok, semua kru TETAP Penyingkap Fakta bakal tiba di Melaka Bandaraya Bersejarah.
Kepada mereka berminat untuk bertemu dan bergambar bersama kru, sila hubungi Razali Harun di talian 016 231 5812. Kami akan bertemu orang ramai di lobi Euro Rich Hotel di 8, Jalan PM13, Plaza Mahkota, Melaka Raya, Melaka.
Pembaca tinggal di Melaka dan ingin membeli baju Penyingkap Fakta, sila hubungi kami.
Seperti dijadualkan, 10 peserta berdaftar akan bertemu kru di ruang berhampiran A' Farmosa tepat jam 9 malam. Sesi penerangan ringkas berhubung hasil rakaman bergambar tinjauan sebelum ini serta semua peralatan elektronik bakal berlangsung di lokasi terbabit. Sesi itu kemudian disusuli taklimat ringkas mengenai ciri ciri keselamatan dan perincian pergerakan tinjauan.
Tepat jam 10 malam, semua akan bergerak ke lokasi dengan bantuan penunjuk arah, Azizul Azzemin.
InsyaAllah tinjauan dijadualkan berakhir pada jam 4 pagi sebelum kru pulang ke hotel untuk berehat dan kemudian pulang semula ke Lembah Klang.
Selamat menyertai Paranormal Tour Melaka 2013.
Nikmati pengalaman meninjau 3 lokasi, 3 misteri dan 3 sisi!
1 Komen :
All the best utk semua! Take care..:)
Catat Ulasan