Ikuti kisah terperinci hasil tinjauan kru Penyingkap Fakta di pelbagai lokasi menggerunkan masyarakat. ... lokasi didakwa berlaku pelbagai kejadian aneh atau penampakan entiti paranormal. Kami melangkah bersama, mengharung onak, duri dan sembilu , mendokumentasikan kenangan pahit manis namun disatukan oleh minat sama. Terima kasih kerana sudi singgah di sini.

GANGGUAN SAKA


"Saya diganggu sejak kira-kira 3 tahun lalu. Badan berasa gatal dan saya seringkali melihat pelbagai jenis entiti di hadapan mata. Jika saya mengaji Al-Quran, gangguan itu semakin kuat. Kekadang saya boleh merasakan ada sesuatu bergerak di bawah kulit tangan," ujar 'Zaimah'.


Zaimah, bukan nama sebenar.

Kami kemudian ditunjukkan isi kandungan baldi berwarna biru diletakkan di lantai ruang tamu banglo. 


Pantas Penasihat kru Penyingkap Fakta, Ustaz Zaharuddin Zainal dan Boy meneliti kandungan baldi itu.

"Setiap kali menyisir rambut, itulah hasilnya. Macam ulat halus, jatuh dari kepala saya. Di bilik bawah, banyak kali saya terlihat kelibat entiti aneh sehingga mengganggu kehidupan harian saya, merimaskan," keluh wanita berusia 60 tahun itu.

Razali dan Zulfadli kemudian memasang kamera infrared motion sensor di dalam bilik dimaksudkan.


Kamera infrared motion sensor secara tiba-tiba merakamkan visual selama 10 saat dan 1 gambar pegun tetapi melalui penelitian saya, tiada gambar entiti ganjil  direkodkan. Walhal kamera itu hanya diaktifkan sebaik mengesan pergerakan di hadapan lensa di dalam keadaan gelap.


Pelik.

Saya kemudian meminta Razali dan Zulfadli duduk berdua di dalam bilik sama dengan pintu ditutup. Pengalaman ditempuh boleh dikongsikan bersama kami dan pembaca.


"Bro! Ada benda melintas di antara tingkap dan almari. Bentuk bulat macam orbs," bisik Razali sebaik bertemu saya di muka pintu.

Dia kemudian menunjukkan lokasi tepat  kelibat itu dilihat.


Seperti dijangka, mereka berdua kemudian memeriksa lokasi secara lebih teliti. 

"Tadi, Zulfadli baru sahaja duduk dalam tempoh 10 saat, kedengaran macam bunyi kuat di luar," tambahnya.


"Memang, di dalam bilik itu banyak entiti bulat berwarna-warni, merah, biru dan kebanyakkannya hitam. Selalunya ternampak di kawasan antara tingkap dan almari," celah pesakit.

Tanpa berlengah, Ustaz Zaharuddin kemudian menjalankan rawatan di ruang tamu.

"Saya percaya saya terkena saka. Sejak itu saya mula mengamalkan bacaan rukyah dan membaca Al-Quran, setiap hari. Saya tidak takut cuma bimbang sekiranya makhluk hodoh menjelma di depan mata saya. Lazimnya, kalau tengahari, saya selesa tinggal di sini berseorangan tetapi kalau pada waktu malam, agak menyeramkan," ujar pesakit.


"Begitulah lazimnya, gangguan itu sekadar bertujuan untuk mengalihkan pandangan dan melalaikan kita tatkala cuba beribadah dan mengingati Allah," terang Ustaz, tenang.

Kru Penyingkap Fakta dimaklumkan oleh pesakit, sebelum ini beberapa bomoh telah datang untuk membuat rawatan.

"Ada bomoh datang dan apabila duduk di ruang tamu ini, Al-Quran saya letakkan di atas meja tiba-tiba berpusing. Saya kemudian secara hormat menolak perkhidmatan individu itu. Seorag lagi bomoh menolak kepada saya sampai hampir mencecah lantai, dia dalam keadaan menurun dan kemudian bersuara, meminta darah daging kambing putih. Saya menjerit, syirik!!! Dia tersedar. Bomoh itu dibawa dari Kelantan," jelas pesakit.

"Puan, Ustaz Zahruddin bukan bomoh tetapi Imam Masjid di Sungai Besi, berpengalaman mempraktikkan kaedah rawatan perubatan Islam selama 16 tahun lalu. Sebelum ini, pernah merawat pesakit di Subang Jaya, (klik di sini). Alhamdulillah," celah saya.

Setelah pesakit melafazkan ikrar pemutus gangguan jin, syaitan atau iblis, saya kemudian memasuki bilik di bawah bersama Razali, Zulfadli dan Boy. 

"Mungkin ada benda pelik diletakkan oleh bomoh di dalam bilik ini," kata Razali.


Beberapa saat kemudian Boy bersuara.

"Tengok itu ada bungkusan putih di atas almari," katanya.


Pantas kru, ayah kepada 2 anak itu mencapai bungkusan terbabit dan membawa objek itu ke ruang tamu.

"Itu antara barang tinggalan bomoh sebelum ini, selain daripada itu, saya telah buangkan," komen pesakit.


Kira-kira jam 2.30 pagi sebelum bergerak pulang, saya  sempat berpesan kepada pesakit.

"Jika ada perkembangan terbaru, mohon maklumkan kami. Lokasi ini tidak jauh. In Sha Allah Ustaz boleh datang untuk membuat rawatan susulan"

Jika berminat menyertai tinjauan bersama kami atau menjadi kru Penyingkap Fakta, sila hubungi  016 2315812 (Razali Harun).

2 Komen :

Sham Kamarul berkata...

alhamdulillah

Unknown berkata...

ape kesudahan crita rawatan ni?xkan hbis cam 2 je?