Ikuti kisah terperinci hasil tinjauan kru Penyingkap Fakta di pelbagai lokasi menggerunkan masyarakat. ... lokasi didakwa berlaku pelbagai kejadian aneh atau penampakan entiti paranormal. Kami melangkah bersama, mengharung onak, duri dan sembilu , mendokumentasikan kenangan pahit manis namun disatukan oleh minat sama. Terima kasih kerana sudi singgah di sini.

BATU DITELAN POKOK

Petang semalam, kru Penyingkap Fakta, PF, Jet, Suhaimi dan Atoi berkunjung ke Istana Allaeddin atau lebih dikenali sebagai Istana Bandar di Jugra, Banting, Kuala Selangor, Selangor.

Istana terbabit dibina oleh Sultan Alleddin Suleiman Shah Ibni Al-Marhum Raja Muda Musa, sultan Selangor ke 5. 



Raja Muda Musa seorang daripada putera Almarhum Sir Sultan Abdul Samad Ibni Almarhum Raja Abdullah, klik di sini untuk rujukan.




Kami difahamkan, bekas istana ini sedang dibaikpulih setelah diambilalih oleh Jabatan Warisan Negara untuk dijadikan muzium.


Jika itu istana cucunda Almarhum Sultan Abdul Samad, di manakah pula istana tempa baginda bersemayam sewaktu di zaman pemerintahan? 



Soalan itu menerjah benak fikiran kami.

"Di dalam ladang dragon fruit," ujar kru, Zulfadhli meninjau lokasi itu seorang diri pada 16 November lalu.

Berikut antara gambar bekas tinggalan istana berusia lebih 138 tahun dirakamkan oleh Zulfadhli. Melalui penyelidikan kami, tidak banyak gambar struktur itu dipaparkan di internet.



Lewat petang kami bergerak ke Kompleks Makam Almarhum Sultan Abdul Samad di Bukit Jugra.



"Kekadang pada waktu malam, ada orang mendakwa ternampak cahaya hijau melintasi ruang udara makam ini," ujar Abdul Wahab Mat Desa.

Abdul Wahab, 45 tahun, berasal dari Taiping, Perak

Wahab kemudian menunjukkan kru PF, kubur Panglima Hitam, terletak berhampiram makam Almarhum Sultan Abdul Samad, sultan Selangor ke-4. Panglima Hitam, gelaran bagi Daeng Ali, pengawal peribadi sultan, handal dalam ilmu beladiri dan pertempuran.




Berikut gambar kubur Panglima Hitam tanpa kain penutup batu nesan.



"Saya bukan bekerja di sini tetapi selau membuat kerja sukarela. Biar saya tutupkan dahulu batu nesan ini dengan kain hitam. Di sebelah itu dikhabarkan, kubur isteri Panglima Hitam," ujar Wahab.

Ayah 4 anak itu kini menetap bersama keluarganya di Seksyen 6, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.



Menjelang petang kami berempat bergerak ke satu lokasi menarik berbekalkan informasi disalurkan oleh lelaki misteri kami temui tatkala melakukan tinjauan terdahulu, klik di sini. Untuk ke lokasi itu kami meredah hutan.

"Banyak kesan tempat babi hutan berkubang," kata Jet.


Di sepanjang perjalanan, nyamuk tidak bosan hinggap di tubuh sekaligus menjadikan darah kami sebagai rezeki terpijak. Sesekali kaki tersadung akibat tersangkut ke akar pokok menjalar namun langkah tetap kami teruskan.


"Banyak batu seperti tiang bangunan lama," bisik Jet.


"Tengok ini, batu 'ditelan' dek pokok," jerit Suhaimi teruja.

Pantas saya, Jet dan Aroi bergerak menghampiri sahabat kami itu. Biarpun tubuh basah bermandi peluh, penat tetapi semangat untuk membongkar fakta menyuntikkan kekuatan kepada semua.


Zulfadhli kemudian menghubungi keluarga jauh sebelah Almarhum Pemaisuri,  Daeng Nek Mah.

"Sebelum istana Almarhum Sultan di ladang dragon fruit siap dibina, Tuanku bersemayam di bangunan itu, istana sementara. Kini struktur itu dikelilingi oleh hutan dan tidak lagi terjaga. Saya mengetahui fakta itu melalui cerita lisan turun temurun," ujar Mohamad Izwan, 40 an, berasal dari Banting.

Istana Almarhum dibina pada tahun 1875, maksudnya, struktur kami temui terbabit berusia lebih 138 tahun.

Kru PF, Pensyarah Kanan UiTM, Jet, kemudian menghubungi Pembantu Muzium Jugra, Mohd Jangi Jaimin melalui panggilan telefon untuk melengkapkan fakta.

"Sehingga hari ini, kami masih tidak dapat mengenal pasti struktur bangunan itu. Tiada kajian arkeologi di kawasan terbabit," jelas Jangi.

Jika pembaca berminat untuk mengikuti tinjauan bersama kru PF ke lokasi tersembunyi itu pada waktu MALAM, sila hubungi Shahrul di talian 019 270 9061 dengan kadar segera. 

Bilangan peserta terhad, 5 orang sahaja.

0 Komen :