Ikuti kisah terperinci hasil tinjauan kru Penyingkap Fakta di pelbagai lokasi menggerunkan masyarakat. ... lokasi didakwa berlaku pelbagai kejadian aneh atau penampakan entiti paranormal. Kami melangkah bersama, mengharung onak, duri dan sembilu , mendokumentasikan kenangan pahit manis namun disatukan oleh minat sama. Terima kasih kerana sudi singgah di sini.

SEMBILAN SEMANGAT



Sembilan hati
Sembilan jiwa 
Sembilan individu berbeza
Disatukan menjadi satu semangat
Utuh dan kukuh semoga berkat

Melangkah sederap 
Satu pasukan
Berkongsi misi sama
Menyingkap fakta paranormal ke tahap dunia

Membantu, menghormati serta memahami 
Tonggak kekuatan tidak terperi
Ukhwah tulang belakang
Pelbagai masalah mampu dikekang

Jika satu rebah 
Lapan bakal menghulukan tangan
Jika sembilan rebah 
Satu 
In Sha Allah tetap berdiri
Semangat kami

- Mazidul Akmal Sidik

0 Komen :