Ikuti kisah terperinci hasil tinjauan kru Penyingkap Fakta di pelbagai lokasi menggerunkan masyarakat. ... lokasi didakwa berlaku pelbagai kejadian aneh atau penampakan entiti paranormal. Kami melangkah bersama, mengharung onak, duri dan sembilu , mendokumentasikan kenangan pahit manis namun disatukan oleh minat sama. Terima kasih kerana sudi singgah di sini.

PINTU TERBUKA SENDIRI (UTUSAN MALAYSIA)


Malam tadi, kru Penyingkap Fakta, PF, berkumpul di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor buat kesekian kalinya.

Farid dan Qaiyum membentangkan hasil tinjauan awal dilakukan petang sebelumnya.

"Lokasi ini berpagar tetapi kami telah mendapatkan kebenaran untuk berkunjung sekali lagi ke situ pada waktu malam. Alhamdulillah, pengawal keselamatan bertugas membenarkannya," ujar Farid.

"Kalau pergi pada waktu siang menyeramkan, apatah lagi kalau kita ke sana pada waktu malam," celah Qaiyum.

Kru PF akan ke lokasi terbabit pada Sabtu minggu ini, jika tiada aral melintang.

"Mereka sudah tiba," bisik Shahrul.


Wartawan Utusan Malaysia, Rozianah Risman dan juru gambar Mohammad Naim Firdaus Abdul Aziz duduk bersama kru PF.


Mazidul kemudian memperkenalkan setiap kru berpeluang berkumpul kepada pengamal media terbabit.


Ezza mengeluarkan buku lama dicetak pada tahun 1972 kepada Rozianah. Buku terbabit diperolehi sewaktu kru melakukan tinjauan di banglo Jalan Turi, Jalan Bukit Bandaraya, Kuala Lumpur.

Kini banglo terbabit telah dirobohkan.


Wakil media terbabit kemudian merakamkan pelbagai peralatan digunakan oleh kru PF tatkala melakukan puluhan tinjauan sebelum ini.

Shahrul berkongsi fungsi setiap peralatan itu.


Rozianah diberikan peluang mencuba perakam audio parabolik. 


Terima kasih kepada Utusan Malaysia di atas liputan. Kami semua menghargai setiap usaha itu. 

Nantikan laporan kami di blog ini berhubung lokasi bakal ditinjau. 

"Sewaktu kami berdiri di kawasan bawah bangunan, pintu di bahagian atas terbuka sendiri biarpun tiada angin bertiup. Setelah diperiksa, daun pintu berat dan sukar untuk dibukan kerana masih mempunyai tombol berfungsi. Pelbagai bunyi ganjil juga didengari di lokasi sama," tambah Farid.

Fakta bakal disingkap, In Sha Allah dan hasilnya akan dikongsikan bersama semua pembaca sudi menjenguk blog ini.

Kepada mereka berminat membeli t-shirt PF, sila hubungi Shahrul 019 270 9061.

Klik di sini.


1 Komen :

SarahSo! berkata...

Saya membaca tampalan ini :D