JOM KE JERAM TOI
Malam 26 Februari lalu, kru 666 mengadakan taklimat ringkas Paranormal Tour 2012. Barangkali majoriti pembaca blog ini tahu, kami akan melakukan tinjauan ke Jeram Toi, Jelebu, Negeri Sembilan pada 3 dan 4 Mac ini.
Mengapa Jeram Toi? Persoalan itu bakal dijawab kelak.
Terima kasih kepada semua kru, sudi meluangkan masa 2 malam lalu.
Sekalung penghargaan kepada 4 kru Penyingkap Fakta turut hadir pada malam sama. Untuk rekod, 12 pembaca blog ini telah mengesahkan penyertaan mereka ke Paranormal Tour dirancang sejak 2 bulan lalu.
Setiap kru menjelaskan RM50 untuk menampung kos sehelai baju-T 666, pengangkutan, makanan dan perkhidmatan lain sepanjang tinjauan lebih 24 jam itu.
Kepada pembaca blog tinggal berhampiran Jeram Toi, dipersilakan untuk berkunjung ke tapak perkhemahan kami di antara jam 12 tengahari dan 2 petang, 3 Mac ini. Kami akan membawa stok baju-T 666 dan minyak Kasturi Syifa' untuk dipasarkan kepada mereka berminat.
Jika tiada aral melintang, saya, Razali, Adam, Farid, Boy, Jet, Suhaimi, Shaiful dan Atoi akan meluangkan masa untuk bertemu pembaca blog sudi berkunjung ke lokasi, kawasan parkir Jeram Toi. Kami juga bersedia menerima sumbangan bola sepak dari orang ramai untuk menjayakan Projek Free Balls.
Terima kasih kepada Azlizam Abdullah, 36 tahun, hadir bersama anaknya, menaja juadah nasi lemak enak untuk semua kru.
10 Komen :
smti ..semoga berjaya..:)
tunggguuuuu.... huhuhu
tungggguuuu... :)
tunggguuuu... :)
SMTI
jumpa lagi sabtu ni..semoga berjaya...
tak sabar nak tunggu hasilnya nanti...:-)
good luck...:)semoga berjaya
im eagerly waiting for the result Mr Mazidul...mesti adventure kan..huhuhuh...x sabar nie.. =)
MISI YANG "GAGAL" buat aku...
http://kurasakukata.blogspot.com/2012/03/misi-untuk-bertemu-dengan-mazidul-akmal.html
Catat Ulasan