POCONG DI BANGUNAN TINGGAL
"Bulan Jun tahun lalu, seorang wanita duduk di dalam kereta, menunggu suami dia. Tiba-tiba dia meluru keluar dengan muka pucat. Dia mendakwa terlihat pocong berdiri. Menariknya, di kawasan itu, kalau pada waktu siang, keadaannya pelik. Tempat lain panas sebab disinari cahaya matahari terik tetapi di situ elok, redup dan pokok kelihatan cantik," kata sumber, 35 tahun, anak kelahiran Kuala Dipang, Perak.
Saya rakamkan gambar lokasi dimaksudkan pada kira-kira jam 1 pagi tadi ketika melakukan tinjauan bersama kru Penyingkap Fakta, Razali dan Boy.
Seperti kelaziman, berikutan dakwaan terbabit, Razali dibantu oleh Boy, memasang kamera pengesan pergerakan infrared di tempat kami fikirkan sesuai.
Boy kemudian memasang kamera video infrared di lokasi sama untuk merakamkan visual di dalam gelap.
"Bulan Julai tahun lalu, selepas habis bekerja, saya masuk ke rumah pada kira-kira jam satu pagi. Saya kemudian keluar sekejap kerana hendak menghisap rokok dan tiba-tiba terlihat pocong kira-kira 15 meter dari muka pintu. Saya kemudian menjerit, pocong!," kata lelaki berusia 35 tahun terbabit.
"Saya memang tidak penah berpeluang melihat entiti itu. Bagaimanakah rupa pocong?," soal saya.
"Seperti keadaan mayat dikafankan, berdiri, berponjot di hujung kepala tetapi muka dia memang saya tidak nampak, gelap. Pocong bukan berjalan, dia begerak pantas secara rawak dan menghilangkan bergerak ke arah pokok berhampiran bangunan tinggal itu lebih 7 tahun itu," jawabnya kelihatan yakin.
Berikut gambar pokok dimaksudkan oleh sumber.
Kami kemudian melakukan tinjauan rapi di lokasi terbabit sambil saya merekodkan gambar.
Sewaktu Boy meletakkan kamera video di atas meja, Razali bersuara ...
"Bro, siapakah ada di dalam bilik di hujung?," tanyanya tenang.
Pantas saya mendekati Razali.
"Mengapa?," soal saya.
"Terdengar bunyi bising tadi," jelas Razali.
Saya menjelaskan kepada ayah dua anak itu, Boy bersama saya dan bukan berada di bilik hujung. Kami bertiga kemudian bergerak ke bahagian belakang bangunan tinggal terbabit.
"Sebaik berada di sekitar bangunan ini, bulu roma spontan naik," bisik Razali.
Saya hanya mendiamkan diri. Jarang benar Razali meluahkan kenyataan sebegitu di sepanjang kami melakukan tinjauan bersama ke pelbagai lokasi sebelum ini.
Kami juga meninggalkan alat perakam suara di luar bangunan sebelum beredar dan meninggalkan semua peralatan di situ selama hampir 2 jam.
"Mengapalah pengusung mayat lama diletakkan di sini," keluh saya sebelum kami meninggalkan lokasi dan beredar pulang ke Petaling Jaya, Selangor pada hampir jam 4 pagi.
Setelah diteliti, setakat ini, kamera perakam pergerakan infrared tidak menghasilkan gambar pegun dan visual berbentuk video 10 saat.
Boy sedang menganalisa rakaman kamera video infrared.
0 Komen :
Catat Ulasan