Ikuti kisah terperinci hasil tinjauan kru Penyingkap Fakta di pelbagai lokasi menggerunkan masyarakat. ... lokasi didakwa berlaku pelbagai kejadian aneh atau penampakan entiti paranormal. Kami melangkah bersama, mengharung onak, duri dan sembilu , mendokumentasikan kenangan pahit manis namun disatukan oleh minat sama. Terima kasih kerana sudi singgah di sini.

PF 2.0 DI UITM PUNCAK PERDANA

Apakah antara simptom gangguan jin? Apakah itu saka? Mengapakah jin mengganggu manusia? Apakah kaedah rawatan paling berkesan terhadap gangguan jin? Apakah kaedah untuk mengelakkan diri daripada diganggu jin? Apakah perbezaan kaedah rawatan Islam berbanding kaedah dipraktikkan oleh bomoh tradisional?



Jawaban kepada soalan terbabit bakal dirungkaikan malam ini.

In Sha Allah, kru Penyingkap Fakta akan berada di Foyer UiTM Puncak Perdana, Shah Alam untuk menyempurnakan forum Paranormal 2.0 anjuran Fakulti Pengurusan Maklumat.

Berikut butiran forum terbabit.

Tajuk : Jin, Gangguan dan Rawatan
Tarikh : 26 Oktober 2013
Masa : 830-11 malam


Forum ini terbuka kepada orang ramai secara PERCUMA. Justeru datanglah untuk menimba ilmu bersama ahli panel, 2 kru Penyingkap Fakta dan Penasihat, Ustaz Zaharuddin Zainal Al-Hafiz.

Kemeja-T Penyingkap Fakta berharga RM25 akan dijual kepada mereka berminat.

0 Komen :