GERAI PENYINGKAP FAKTA DISERBU ORANG RAMAI
Ratusan pengunjung berpeluang bertemu 6 kru PF di lokasi terbabit dan mencuba peralatan menarik perhatian mereka di samping bertanyakan pelbagai persoalan berhubung dunia paranormal.
Kru PF menjalankan tinjauan di Kampung Tanjung Rengas, Kampar, Perak di antara jam 12.30 malam 31 Mei lalu dan jam 2.30 pagi 1 Jun lalu.
Hasil rakaman video di di bangsal tinggal dikatakan berpuaka, bakal kami kongsikan bersama pembaca di blog ini.
Pengunjung Kellie's Castle juga berpeluang menonton episod Majalah 3 menampilkan kru PF di auditorium satu daripada pusat pelancongan terkenal di Batu Gajah, Perak itu.
Kemeja-t PF dijual dengan harga RM35 sahaja. Wang hasil jualan dijadikan dana untuk semua kru PF terus bergerak aktif menjalankan pelbagai lagi tinjauan paranormal di seluruh negara.
Klik di sini untuk memesan baju kain berkualiti tinggi, boleh dihantar melalui Pos Laju.
0 Komen :
Catat Ulasan