Ikuti kisah terperinci hasil tinjauan kru Penyingkap Fakta di pelbagai lokasi menggerunkan masyarakat. ... lokasi didakwa berlaku pelbagai kejadian aneh atau penampakan entiti paranormal. Kami melangkah bersama, mengharung onak, duri dan sembilu , mendokumentasikan kenangan pahit manis namun disatukan oleh minat sama. Terima kasih kerana sudi singgah di sini.

PARANORMAL TOUR 2015 (KELLIE'S CASTLE)



Alhamdulillah, Paranormal Tour Istana Kellie atau Kellie’s Castle 2015 berjalan seperti yang dijadualkan.

Ini merupakan kajian kali ke dua kru Penyingkap Fakta (PF) di Kellie’s Castle.


Kru bergerak dari Kuala Lumpur sekitar jam 12.00 tengahari, 24 febuari 2015. Boy, Suhaimi, Atoi, Zul, ira serta dua peserta Hafiz dan Fariz masing-masing menaiki empat kenderaan berasingan.

Setibanya di Perak, Kru PF terus menuju ke hotel penginapan bagi mempersiapkan diri dan juga peralatan untuk kajian sebelum menjelang malam..

Jam 11.00 malam, kru tiba di lokasi. Atoi memberi taklimat ringkas berkenaan program serta memperkenalkan peralatan yang di gunakan sewaktu dalam kajian kepada peserta.







Tepat jam 1200 tengah malam, kru PF siap sedia mengorak langkah masuk ke dalam Kellie's Castle. 


Sebelum bergerak masuk ke dalam kellie's Castle, kru PF mengalami masalah gangguan teknikal terutamanya kamera canon G12 milik seorang kru PF dan juga Voice Recoder sehingga menyebabkan peralatan itu tidak boleh digunakan sewaktu menjalankan kajian. Malah kamera tersebut berfungsi kembali seetibanya kru di hotel penginapan.





Walaupun hampir berusia 110 tahun, istana lama yang mulai dibina pada tahun 1905  ini terus kukuh berdiri di puncak bukit, malah keadaan fizikalnya makin bertambah baik hasil aktiviti konservasi yang telah dilakukan ke atasnya.



Kebanyakkan bahan binaan hiasan seperti batu marmar adalah  diimport dari India, sementara Jubin yang digunakan diimport dari Itali pada tahun 1904. Batu bata jenis aprikot yang digunakan dibuat di Malaya, begitu juga dengan kayu cengal yang menghiasi  jenang pintu dan tingkap istana berkenaan, kualiti kayu cengal sememangnya diakui serta mampu kekal utuh sehingga 200 tahun lamanya. Oleh kerana pada ketika itu simen tidak ada di Malaya, maka dinding istana tersebut dibina dengan kaedah yang sangat unik, iaitu dengan menggunakan campuran putih telur itik, pasir, kapur, gula merah dan madu.








Suhaimi sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga bagi memastikan keselamatan kru dan juga peserta dalam baik.

Kru mula bergerak ke tingkat dua, pelbagai dakwaan mengatakan hillen yang merupakan anak kepada pemilik Istana Kellies ini sering berlegar-legar di koridor ini.













Suhaimi lantas mengeluarkan pendapat supaya dapat kiranya kru dan peserta duduk di dalam bilik Hillen tanpa sebarang cahaya dan juga bunyi selama 30 minit.

Perkara itu dipersetujui oleh semua kru. Sementara itu, Kamera pengesan pergerakam infrared pula ditempatkan berhampiran bilik helan untuk merekodkan visual sebarang entiti melintasi kawasan serambi.


Biarpun duduk beramai-ramai, dalam keadaan gelap tanpa mendapat melihat rakan lain di sekeliling, itu sudah cukup menyeramkan tambahan pula  kru PF, Zul mendakwa terdengar bunyi seperti orang berjalan di koridor. 

Perkara itu  disahkan apabila Suhaimi, Boy dan Atoi  mendakwa mereka  mendengar bunyi yang sama beberapa kali.



Kru PF mula bergerak menuju ke lokasi ke dua, iaitu bilik penyimpanan arak. 




Faris, peserta Paranormal Tour kali ini berkesempatan menggunakan Infrared Thermometer. 






Ini adalah Tour yang ke dua buat hafiz bersama PF. Sebelum ini,  hafiz pernah bersama kami di Paranormal Tour di Melaka.

Hafiz juga diberi peluang untuk menggunakan Parabolic Voice Recorder.


Jam 2 pagi, Kru berehat dibahagian bangunan separuh siap di Istana Kellie ini sambil peserta meninjau lokasi sekitar.






Setelah melepaskan lelah penat berjalan di bawah cahaya bulan yang sayup-sayup kelihatan pada malam itu, Kr u PF mula meneruskan kajian. Kali ini di bilik dobi Helen.

Ada juga dakwaan yang mengata,  Bilik dobi Helen ini, dihuni oleh Gopal. Menurut Pengurus Besar Le Shuttle Event, syarikat menguruskan Kellie's Castle, Zamari Muhyi.

Zamari berkata beliau pernah berinteraksi dengan entiti paranormal di dalam Bilik dobi Linen ini dengan bantuan kumpulan penyelidik paranormal lain.

Malah, sebelum ini PF juga berjaya merakamkan berberapa imej ganjil masuk ke dalam bilik ini. klik 









 
Hafiz dan Faris kemudian ditinggalkan di bilik ini dengan dibekalkan satu walkie talkie dan juga dilengkapi dengan kamera video infrared. 

Dalam keadaan gelap gelita mereka ditinggal, peserta telahpun dimaklumkan lebih awal berhubung cerita yang berlaku di dalam bilik ini.

" Kalau ada rasa apa-apa, jangan terus panik, bertenang, jangan merisikokan keadaan yang sudah dalam risiko, sebab ianya akan memudaratkan lagi keadaan. Tekan walkie talkie, terus berhubung dengan kami," pesan atoi kepada dua peserta Tour Paranormal hafiz dan faris.




Dalam masa yang sama perhatikan gambar yang direkodkan boy ditingkat bawah bersebelahan pintu masuk ke bilik penyimpanan arak.



Lazimnya, dalam tinjaun Penyingkap Fakta sebelum ini, ratusan gambar orb pelbagai warna berjaya kami rakamkan.




Tepat jam 4 pagi, kesemua kru Penyingkap Fakta melangkah keluar dari Istana Kellie.

Atoi memastikan peralatan disimpan dengan sempurna tanpa sebarang kerosakan atau kehilangan.


Jika ada sebarang bentuk imej atau audio yang terdapat di dalam video kamera atau perakam pergerakkan Infrared yang ditinggalkan dibeberapa lokasi, kami akan kongsikan di blog ini akan datang.

Alhamdulillah, kesemua kru dan peserta dalam keadaan baik. Insha-Allah, kita jumpa lagi di lain Tour Paranormal yang akan datang.




Terima kasih buat semua yang menjayakan Paranormal Tour 2015 ( kellie's Castle)


0 Komen :