Ikuti kisah terperinci hasil tinjauan kru Penyingkap Fakta di pelbagai lokasi menggerunkan masyarakat. ... lokasi didakwa berlaku pelbagai kejadian aneh atau penampakan entiti paranormal. Kami melangkah bersama, mengharung onak, duri dan sembilu , mendokumentasikan kenangan pahit manis namun disatukan oleh minat sama. Terima kasih kerana sudi singgah di sini.

Letupan Misteri Tandas

"Masa kejadian lebih kurang 1 pagi. Tiba-tiba kami terdengar bunyi kuat macam letupan. Terkejut apabila kami tengok, toilet tercabut sedangkan bracket dia masih kukuh. Kalau abang Mazidul berdiri atas bracket itu, saya percaya, tidak tanggal," kata pengadu.

"Naik Adam," pinta saya.


Berikut rupa bracket tempat Adam berdiri.


Aksi Adam berdiri di atas bracket terbabit disaksikan kru 666, Farid.


"Masa kejadian, tangki air bak melambung di atas mangkuk tandas dan tercampak kehadapan. Macam ada benda angkat tangki air dan hempaskan ke lantai. Walhal kami tengah renovate premis ini," ujar pengadu lagi.

Pantas saya merakamkan gambar dua tandas bersebelahan untuk melihat perbandingan.


Perhatikan saluran paip PVC ke tangki air, patah. 

"Kalau pressure air di dalam paip PVC terlalu tinggi, dari segi teknikal tidak mampu untuk menolak tangki di atas bracket berskru ke dinding. Cuba abang tengok tandas bersebelahan, tidak ada masalah," tambah pengadu lagi.

Berikut gambar tinggalan skru di dinding dan lubang skru di tangki air.


"Bila saya tengok, ada bungkusan merah di dalam plastik, macam punjut sup. Saya ambil dan saya buang ke dalam longkang," kata pengusaha premis, 40 tahun.

Kejadian ganjil itu dilaporkan berlaku 2 minggu sebelum bulan puasa lalu.

"Sebelum ini, masa saya bekerja di sini, pernah terjadi kejadian pelik. Waktu hendak menyediakan hidangan ayam penyek, 2 paha ayam mentah hilang di dapur. Saya memang 100% yakin, ada lima kesemuanya, masa pelanggan order, tengok tengok tinggal tiga," ujar bekas pekerja restoran terbabit. 


"Malam ini InsyaAllah, kami akan solat berjemaah di sini dan membaca Yasin. Tempat ini memang pelik sikit. Sejak awal lagi, ada beberapa orang bertanya, betul ke kami hendak berniaga di sini? Seperkara lagi, selalunya kalau renovation macam ini, kami ambil masa 3 minggu. Ini sudah lebih sebulan setengah, macam-macam perkara ganjil berlaku," ujar pengusaha.

"Nanti hantar anak buah ke rumah saya dan ambil minyak wangi Kasturi Syifa'. Masukkan ke dalam bekas penyembur dan spray di sekitar premis ini. Mengikut kata ustaz saya jumpa, jin sukakan tempat kotor dan minyak itu sebagai asbab, wangi, berlawanan dengan fitrah mereka. InsyaAllah boleh membantu," saran saya.

"Selepas Hari Raya, dua lagi toilet di rumah saya 'meletup'. Habis najis bertaburan, pekerja Bangladesh caj saya RM1,200 untuk membersihkan toilet di dalam master bed room dan di ruang tamu," tambah pengusaha.

Dia kemudian menunjukkan kepada kru 666, gambar dirakam menggunakan telefon bimbit.


Barangkali sebilangan pembaca mampu berkongsi pandangan berhubung letupan misteri tandas terbabit seperti didakwa.

Tinjauan Seterusnya

Dalam jangka waktu terdekat jika kebenaran diperolehi, kru 666 akan kembali semula ke lokasi kami anggap amat menarik.

Lokasi sebelum ini tidak ditinjau secara menyeluruh kerana kekangan masa.

InsyaAllah.

Tadi saya menonton History Channel, kenyataan menarik dinyatakan pakar fizik dari Amerika Syarikat.

Menurutnya, mata manusia hanya mampu melihat beberapa warna. 'visible light', di dalam spektrum cahaya. Cahaya infrared merah contohnya tidak berupaya dilihat oleh manusia tetapi sebilangan kamera video mampu merakamkan cahaya itu.

Penjelasan berhubung cahaya infrared merah boleh dibaca di sini.

Terima Kasih Kepada Semua Pembaca

Semua pembaca dihormati.

Izinkan saya berkongsi sedikit petua pembakar semangat.

Hakikatnya, membaca itu mudah manakala mencerna maklumat dicatatkan di blog ini juga tidak begitu sukar. Majoriti pengunjung barangkali berada dalam keadaan cukup selesa sewaktu membaca tampalan di blog ini.

Namun bagi kru 666, setiap tinjauan menuntut tenaga, keringat dan semangat.

Seperti mana kami janjikan di catatan awal blog ini, kru 666 tidak berhajat menciptakan hantu untuk menakutkan pembaca. Objektif kami jelas, berkongsi informasi berbentuk fakta bersama semua.

Samada hasil tinjauan itu menarik pada pandangan peribadi pembaca atau sebaliknya, itu faktor kedua.

Apapun, ada baiknya semua pelawat blog ini meneliti terlebih dahulu tampalan ini buat panduan dan tanda sokongan terhadap usaha kami jalankan.

Terima kasih.

Motion Sensor Camera Triggered!

Rumah kosong dipilih secara rawak.

Lazimnya rumah ditinggalkan dalam tempoh lama seringkali dikaitkan dengan kehadiran entiti paranormal.


Secara berhati-hati pada jam hampir 2.30 pagi, saya, Rahmat, Zaki, Ashraff, pemandu arah, Mushairil Azmil Sidik dan penduduk kampung, Ahmad Abdul Manaf, 60 tahun, melangkah menghampiri rumah dikelilingi hutan dan semak-samun.


Menggunakan Infrared Thermometer dan Parabolic Voice Recorder, Rahmat dan Ashraff cuba mengesan perubahan suhu mendadak dan audio ganjil tetapi tidak berhasil.

Suhu persekitaran didapati normal.

Kru 666 kemudian berjalan ke arah rumah usang terbabit sambil semua mata liar memerhati, bimbang jika terpijak dan dipatuk binatang berbisa.


"Baik-baik, lantai mungkin sudah rapuh," saya mengingatkan kru.

Mereka berempat naik ke rumah manakala saya dan Ahmad, berdiri di bawah sambil meninjau kawasan sekeliling, kelihatan gelap dan agak menggerunkan.


Jam 2.39 pagi, perlahan saya menaiki tangga simen rumah papan itu dan menjenguk kru sibuk memasang kamera pengesan pergerakan di ruang tamu. 


Azmil tiba-tiba melontarkan soalan.

"Apa dia benda tergantung itu?," soalnya.

 

Malangnya setelah memerhati objek seperti tali itu secara teliti, saya gagal memberikan jawaban tepat kepada soalan diajukan oleh Azmil.

Sebelum beredar, saya sempat merakamkan suasana di dalam rumah sama.


Saya amat yakin, rumah terbabit telah diceroboh oleh mereka barangkali mencari barang berharga. Mungkin mereka tidak mengetahui sebilangan pinggan mangkuk ditinggalkan, agak antik.

Jam 2.42 pagi kami beredar dan meninggalkan kamera pengesan pergerakan di dalam rumah dianggarkan berusia lebih 50 tahun itu.


Sewaktu dalam perjalanan keluar, betis terasa gatal akibat digigit pacat. Darah mengalir tetapi saya biarkan sahaja.

Jam 5 pagi, kru 666 kembali ke rumah terbabit.


Setelah hasil rakaman diteliti, kamera pengesan pergerakan merekodkan 3 gambar dan 3 klip video berdurasi 10 saat setiap satu dalam tempoh kira-kira 2 jam ditinggalkan.


Satu daripada gambar dirakamkan berikutan pergerakan kelawar terbang melintasi ruang di hadapan kamera.

2 lagi gambar lain dirakam tetapi menggunakan mata kasar kami tidak dapat mengesan sebarang objek atau entiti mampu mengaktifkan kamera.

Sila klik untuk memperbesarkan imej.


Untuk rekod, kamera terababit hanya diaktifkan sekiranya pergerakan dikesan di hadapan kamera menggunakan teknologi infra merah itu.