Ikuti kisah terperinci hasil tinjauan kru Penyingkap Fakta di pelbagai lokasi menggerunkan masyarakat. ... lokasi didakwa berlaku pelbagai kejadian aneh atau penampakan entiti paranormal. Kami melangkah bersama, mengharung onak, duri dan sembilu , mendokumentasikan kenangan pahit manis namun disatukan oleh minat sama. Terima kasih kerana sudi singgah di sini.

Tinjauan Ke Bekas Lokap Banduan Terakhir Dan Bilik Gantung

Malam semalam berikutan jemputan bapa kepada rakan kru 666, Adam, kami ke lokasi di Kuala Lumpur.

"Masa saya keluar for lunch, around 12.30, bila balik sahaja ke office, TV turned on sendiri. Saya set channel CNBC, bila on RTM1," ujar pekerja syarikat.

Pekerja berusia 50 tahun itu bersama anaknya kami temui di hadapan bangunan pejabat dimaksudkan.


"Saya pernah ambil gambar dekat area TV, ada macam nampak garis garis," ujarnya sambil menunjukkan skrin telefon bimbit kepada kru 666.


Kru 666 kemudian memasang semua kelengkapan bertujuan mengesan entiti paranormal jika hadir di pejabat terbabit.


Hasilnya, tiada visual entiti dirakamlam samada oleh kamera video, kamera digital dan motion sensor camera. Suhu di ruang pejabat juga didapati normal. 

Bagaimanapun rakaman dibuat oleh kumpulan Pengembaraan Alam Ghaib, PAG masih belum dianalisa lagi.


Jam 2 pagi ...

"Bang, jom kita ke Penjara Pudu," cadang Rahmat.

Cadangannya itu dipersetujui semua 11 kru 666, Ashraff dan VJ tidak dapat menyertai tinjauan menjadi mimpi majoriti pengkaji paranormal itu.

Sebaik tiba di lokasi, saya dan Rahmat mendapatkan kebenaran dari 2 pengawal keselamatan bertugas berhampiran jalan utama.

"Tempat ini memang keras. Saya biasa dengar bunyi macam budak menangis di Blok D," ujar pengawal berusia 69 tahun, kami temui.

Untuk rekod, Blok D menempatkan banduan akhir dan bilik gantung. Di antara tahun 1960 dan 1933, 180 banduan dilaporkan menjalani hukuman gantung sampai mati di blok terbabit.

Berikut gambar blok dimaksudkan sewaktu siang, dimuat naik dari sini.


Perhatikan gambar blok sama saya rakamkan tepat pada jam 2.23 pagi tadi.


Sebelum memasuki blok terbabit, kru diberikan taklimat ringkas berhubung aspek keselamatan dan kaedah komunikasi. Empat waklie talkie dimiliki oleh PAG diagihkan kepada 3 kumpulan untuk memudahkan perhubungan.

"Ini bukan tempat main main, jangan berdiri terlalu dekat dengan pintu lokap, takut nanti tertutup sendiri," Rahmat memperingatkan semua kru.


Sebelum melangkah masuk melalui pintu utama, Adam bersuara ...

"This is my dream, a dream comes true"

Mimpi sama juga saya percaya dikongsikan oleh semua.


Kumpulan peninjau pertama, Rahmat, Boy dan Zaki memasuki blok D, siap dbina 116 tahun lalu itu tepat pada jam 2.25 pagi dan diikuti oleh PAG, Azree, Ashraf, Alfee serta Atoi 3 minit kemudian.


Sementara menunggu 2 kumpulan terbabit memasuki bangunan secara berasingan, saya sempat merakamkan gambar suasana sekitar. 


10 tahun lalu, saya pernah berada di bilik gantung, membuat rakaman bersama jurukamera. Masih segar di ingatan, saya berdiri berhampiran tali gantung sambil bercakap, dirakamkan oleh jurukamera.

"Mazidul, sorry. Tadi memang saya tekan itu record button, comfirmed. Sekarang bila preview, gambar tidak ada," keluih jurukamera berbangsa India, Ghana.

2 kali dia cuba merakamkan audio dan visual saya namun gagal.

"Cuba you pergi luar sana, try to record again and preview, tengok ok ke atau tidak," saran saya.

Ghana mengikuti arahan dan melangkah keluar dari bilik gantung sebelum masuk kembali ke ruang menyimpan peristiwa hitam itu.

"Ok, gambar ada," katanya.

Tiada ikhtiar lain dapat saya lakukan, selain menyedekahkan Al-Fatihah kepada semua maut di bilik terbabit. Waktu itu hati tidak begitu berdebar kerana kelibat beberapa penguatkuasa Jabatan Penjara mengiringi kami dapat dilihat di luar bilik.

Dengan takdir Allah, percubaan seterusnya berjaya. Sehingga kini, setiap kali bertemu, Ghana masih tidak mampu melupakan peristiwa ganjil kami tempuh bersama.

Hampir jam 2.30 pagi tadi, saya, Razali, Adam dan Farid masuk ke ruang bilik akhir banduan.


Sebaik terpandang bangunan tersergam kelihatan usang, perasaan seram mula menyelubungi jiwa.

Dalam tempoh 33 tahun, ruang legar terbabit digunakan banduan sedang menunggu saat akhir ke tali gantung dan mereka dikurung di 54 lokap di kiri dan kanan.

Debaran semakin kencang, sewaktu melihat saat Adam memasuki ruang legar lokap namun jari saya tidak berhenti menekan butang kamera biarpun sesekali berjalan di posisi terakhir untuk merekodkan gambar kru bersama saya.


Terbayang di minda, betapa seksanya keadaan menghabiskan sisa hidup di ruang sempit berkunci mangga besi akibat kesilapan lampau tidak mampu diundurkan kembali.


Barangkali berikutan dihimpit kesunyian tinggal berseorangan, sebilangan banduan mencoretkan isi hati mereka di dinding lokap. Saya berpeluang membaca antara catatan mereka abadikan sekaligus merekodkan gambar pegun.


Saya dan Razali kemudian mengambil kesempatan merasai pengalaman duduk di atas katil simen di bilik lokap banduan akhir itu.


Jika mengikut cacatan sejarah, nyawa setiap penghuni lokap itu juga pastinya berakhir di tali gantung. 

Kira-kira jam 2.08 pagi ...

"Kami di tingkat tiga, tadi ada kayu dibaling dari tingkat dua," ujar Azree menggunakan walkie talkie.

Rahmat, Zaki dan Boy ketika itu berdiri berhampiran kami.

"Rahmat, suruh dia orang turun sekarang," pinta saya.

Saya tidak mahu kejadian buruk menimpa ahli PAG. 

Kami bertujuh kemudian menaiki tangga meluru ke tingkat satu, pada waktu itu semua ahli kumpulan terbabit turun ke aras sama.


Kami berkumpul di hadapan lokap unik pernah dipaparkan dalam filem Mantra.


Jam 2.49 pagi, kejadian ganjil tiba-tiba berlaku.

Ashraf bagaikan tercampak ke dinding disaksikan oleh semua kru. Pantas 2 abangnya, Azree dan Alfee meluru mendekati adik mereka.

"Dia macam kena tolak kuat sampai 'melekat' di dinding," ujar Atoi juga terjatuh di dalam bilik sama.

Saya merakamkan kejadian misteri itu.


Ashraf terbatuk teruk sehingga megeluarkan tompokan darah.


"Tengok belakang As, ada kesan macam kena tampar," ujar Azree.


Saya kemudian pantas megeluarkan minyak wangi Kasturi Syifa' dari beg dan meminta Ashraf menyedut bau produk diaurakan dengan bacaan 30 juzuk Al-Quran, 33 kali itu. Produk sama turut saya sapukan di setiap sendi kru 666 itu.

Alhamdulillah dia selamat biarpun kelihatan sedikit penat.


Di bilik kejadian saya rakamkan gambar bekas pengusung mayat diperbuat daripada plastik.


Perhatikan hiasan luaran berbentuk tulisan khat di dinding.


Jam 3 pagi kami beredar dari bilik terbabit dan melangkah keluar dari blok D dengan selamat sambil menghela nafas lega.


Sesungguhnya ikatan teguh terjalin antara kru 666, membenarkan semua berada di situ dari awal hingga akhir,  bertujuan menyingkap fakta sebenar berhubung Penjara Pudu dikatakan menyimpan seribu satu misteri kejadian aneh.


Apapun, benarlah kata pujangga, bersatu teguh, bercerai roboh.