Ikuti kisah terperinci hasil tinjauan kru Penyingkap Fakta di pelbagai lokasi menggerunkan masyarakat. ... lokasi didakwa berlaku pelbagai kejadian aneh atau penampakan entiti paranormal. Kami melangkah bersama, mengharung onak, duri dan sembilu , mendokumentasikan kenangan pahit manis namun disatukan oleh minat sama. Terima kasih kerana sudi singgah di sini.

23 Maut Di Jeram Nombor Tiga

“Lebih kurang 60 mangsa mati lemas di jeram nombor tiga,” ujar Ahmad.

Ahmad Abdul Manaf, 60 tahun,  penduduk Kampung Sungai Bill, Slim Village, Perak.

Ketika bekas tentera itu ditemui oleh kru 666, jam tangan saya menunjukkan pukul 2.08 pagi. Seluar jeans dan kameja-t kami pakai, basah kuyup.


"Pernah, satu malam, polis membuat rondaan berkereta di kawasan ini. Tiba-tiba ternampak lembaga seperti perempuan sedang berbaring di atas wakaf. Pois suluh menggunakan lampu kereta, perempuan itu bangun dan kemudian terbang mengekori rapat kenderaan polis," terang Ahmad.


Berikutan itu, petang 31 Ogos 2011, saya, Rahmat dan Zaki singgah di Balai Polis Slim Village untuk mengesahkan cerita dikongsikan.

"Kejadian itu berlaku hujung tahun lepas," kata anggota bertugas di balai.

Kru 666 kemudian mendapatkan jasa baik polis untuk memperoleh statistik kes kejadian mati lemas di kampung dikenali sebagai destinasi perkelahan di daerah Batang Padang itu.

“Kalau merujuk kepada bilangan surat bedah siasat hospital, 23 disahkan mati emas di Sungai Bill di antara tahun 1993 dan 2010,”  jelas anggota.

Untuk rekod, pada malam sambutan hari kemerdekaan lalu,  kru 666 ke lokasi dimaksudkan.


Jam 12.44 malam, juru pandu, Mushairil Azmil Sidik  membawa kami meredah arus deras sungai berair dingin.


“Azmil, tolong bawakan peralatan elektronik,” pinta saya kepada adik.

Dia, kini bertugas di Kementerian Belia dan Sukan, antara anak muda arif berhubung selok-belok kampung berusia lebih 100 tahun itu.

Sungai sama, laman permainannya suatu ketika dahulu.

Rahmat, Zaki dan Ashraff kemudian merangkak di celah batu sungai, majoriti licin, mengharung air deras dalam kegelapan malam untuk menyeberang. 


Sebelum itu setiap kami terpaksa menyusup di ruang sempit di bawah paip besar berpermukaan lembab, berhampiran Stesyen Janakuasa Mini Hidro Tenaga Nasional Berhad.


Sebaik tiba di seberang sungai,  Rahmat memasang kamera pengesan pergerakan di atas batu di tepi lubuk,  telah menelan puluhan nyawa terbabit.



Zaki dan Ashraff menyukat suhu di sekitar menggunakan Infrared Thermometer.

“Suhu asas, 22°C  tetapi di beberapa points, jatuh ke 15°C,” jelas Zaki.


Saya menjangkakan kedalaman lubuk itu mencecah 8 kaki. Dua puluh tahun lalu lubuk sama pernah saya selami sewaktu berusaha membawa naik 2 mangsa lemas berbangsa India dengan bantuan penduduk kampung.


“Mulanya, girlfriend dia memakai sari pergi berdiri di atas batu besar. Dia tergelincir masuk ke dalam air. Cemas, boyfriend dia terjun untuk menyelamatkan perempuan itu, akhir sekali, keduanya lemas,” terang saksi kejadian.

Leher wanita maut, patah akibat tersepit di antara celah dua batu di dasar sungai.

Pengalaman melihat kain sari beralun dipukul aliran air deras sewaktu di bawah permukaan sungai, mengakibatkan saya tidak lena tidur untuk beberapa minggu kemudian.

Hampir sejam kami berlima duduk tidak sampai 5 meter dari pusat lubuk terbabit sambil merakamkam gambar suasana sekeliling.


Beberapa saat sejurus tiba di tepi jeram terbabit, saya berasa agak seram. Barangkali kerana terlalu banyak mendegar  cerita ngeri berhubung lubuk itu.

Batu leper, lokasi kami duduk pernah menjadi tapak meletakkan puluhan mayat sebelum ini. Saya yakin informasi itu tidak diketahui semua kru 666 menyertai tinjauan pada malam itu.

“Hairan juga, semua mangsa terkorban orang luar datang berkelah, tiada seorang pun penduduk kampung ini,” kata Rahmat.

Benar, itu fakta.

Pihak polis kami temui juga mengesahkan kenyataan sama.

Majoriti pengunjung mati akibat tergelincir akibat bergerak di atas permukaan batu licin sekaligus terjatuh ke dalam lubuk. Jika tidak berupaya berenang, maut menunggu mereka.

Berikut beberapa gambar pegun lain saya rakamkan di lokasi mangsa pernah terkapai-kapai kelemasan sebelum menghembuskan nafas terakhir mereka.


Jam 1.53 pagi, kami bersiap sedia untuk beredar dari lokasi tinjauan.


Sekali lagi kru 666 mengharung arus deras pada awal pagi. Terasa kesejukan air menusuk sehingga ke tulang.

Mujur semangat kami masih utuh untuk mendepani cabaran sebegitu.

"Banyak kali kita menjalankan tinjauan bersama tetapi kali ini amat memenatkan," kata Ashraff.

Untuk tinjauan itu, Ashraff sanggup memandu dari Serendah ke kampung terletak kira-kira 18 kilometer dari Tanjung Malim itu.



Setakat ini kru 666 tidak mengesan gambar entiti paranormal di lokasi mengorbankan lebih 20 nyawa dalam tempoh 17 tahun itu.

Selepas ini bakal kami kongsikan kisah tinjauan kami ke rumah tinggal di kampung sama.

5 Komen :

Hujan Orbs? Banyak betul.

lynnepu3gp berkata...

ermmm.... :)

Tahrul berkata...

korang ni memang tegar. raya2 pun sanggup meredah tempat2 mcm gini.

~mrs azmi~ berkata...

erk?! macam kenal tempat ni.. tempat outdoor shoot wedding saya..nasib baik masa tu tak tau cerita apa2

takde entiti tapi banyak orbs.

itu pun dah cukup menyeramkan.