Ikuti kisah terperinci hasil tinjauan kru Penyingkap Fakta di pelbagai lokasi menggerunkan masyarakat. ... lokasi didakwa berlaku pelbagai kejadian aneh atau penampakan entiti paranormal. Kami melangkah bersama, mengharung onak, duri dan sembilu , mendokumentasikan kenangan pahit manis namun disatukan oleh minat sama. Terima kasih kerana sudi singgah di sini.

Letupan Misteri Tandas

"Masa kejadian lebih kurang 1 pagi. Tiba-tiba kami terdengar bunyi kuat macam letupan. Terkejut apabila kami tengok, toilet tercabut sedangkan bracket dia masih kukuh. Kalau abang Mazidul berdiri atas bracket itu, saya percaya, tidak tanggal," kata pengadu.

"Naik Adam," pinta saya.


Berikut rupa bracket tempat Adam berdiri.


Aksi Adam berdiri di atas bracket terbabit disaksikan kru 666, Farid.


"Masa kejadian, tangki air bak melambung di atas mangkuk tandas dan tercampak kehadapan. Macam ada benda angkat tangki air dan hempaskan ke lantai. Walhal kami tengah renovate premis ini," ujar pengadu lagi.

Pantas saya merakamkan gambar dua tandas bersebelahan untuk melihat perbandingan.


Perhatikan saluran paip PVC ke tangki air, patah. 

"Kalau pressure air di dalam paip PVC terlalu tinggi, dari segi teknikal tidak mampu untuk menolak tangki di atas bracket berskru ke dinding. Cuba abang tengok tandas bersebelahan, tidak ada masalah," tambah pengadu lagi.

Berikut gambar tinggalan skru di dinding dan lubang skru di tangki air.


"Bila saya tengok, ada bungkusan merah di dalam plastik, macam punjut sup. Saya ambil dan saya buang ke dalam longkang," kata pengusaha premis, 40 tahun.

Kejadian ganjil itu dilaporkan berlaku 2 minggu sebelum bulan puasa lalu.

"Sebelum ini, masa saya bekerja di sini, pernah terjadi kejadian pelik. Waktu hendak menyediakan hidangan ayam penyek, 2 paha ayam mentah hilang di dapur. Saya memang 100% yakin, ada lima kesemuanya, masa pelanggan order, tengok tengok tinggal tiga," ujar bekas pekerja restoran terbabit. 


"Malam ini InsyaAllah, kami akan solat berjemaah di sini dan membaca Yasin. Tempat ini memang pelik sikit. Sejak awal lagi, ada beberapa orang bertanya, betul ke kami hendak berniaga di sini? Seperkara lagi, selalunya kalau renovation macam ini, kami ambil masa 3 minggu. Ini sudah lebih sebulan setengah, macam-macam perkara ganjil berlaku," ujar pengusaha.

"Nanti hantar anak buah ke rumah saya dan ambil minyak wangi Kasturi Syifa'. Masukkan ke dalam bekas penyembur dan spray di sekitar premis ini. Mengikut kata ustaz saya jumpa, jin sukakan tempat kotor dan minyak itu sebagai asbab, wangi, berlawanan dengan fitrah mereka. InsyaAllah boleh membantu," saran saya.

"Selepas Hari Raya, dua lagi toilet di rumah saya 'meletup'. Habis najis bertaburan, pekerja Bangladesh caj saya RM1,200 untuk membersihkan toilet di dalam master bed room dan di ruang tamu," tambah pengusaha.

Dia kemudian menunjukkan kepada kru 666, gambar dirakam menggunakan telefon bimbit.


Barangkali sebilangan pembaca mampu berkongsi pandangan berhubung letupan misteri tandas terbabit seperti didakwa.

13 Komen :

gadisBunga berkata...

smti.

sangat misteri. saya tunggu komen org lain.

Biasanya org berniaga banyak dugaannya.

Saya setuju penggunaan Minyak Wangi Kasturi Syifa - Boleh digunakan utk "pagar" rumah & premis perniagaan. Minyak wangi hanya sbg asbab, yakin & percayalah Allah SWT maha mengetahui & maha berkuasa.

Imran Nang berkata...

amukan jin noti ..

Ajay berkata...

memang pelik...tiada penjelasan. wallahua'lam.

Asong berkata...

smti.... tak mustahil perkara ini berlaku pada para perniaga....adatla org melayu bila meniaga hasad dan dengki mmg perkara lumrah ..

farul_izraf berkata...

SMTI, Ganas sungguh entiti ni. sampai meletop jamban..

Power berkata...

SMTI

kalau letupan berpunca dari gas metana yg dihasilkan oleh najis dari sistem saluran pembentungan..?? ada kemungkinan tak..?

lynnepu3gp berkata...

smti...

wayau berkata...

Gas metana tak meletup sekuat tu. Sila lihat penemuan gas metana daripada telaga tiub di Terengganu baru-baru ni.

sW33tdARLiNG berkata...

wallahualam.. teringin juga nak tahu fakta di sebalik kejadian ni

Adam Vai berkata...

Menurut mangsa, tidak mungkin berlaku letupan akibat gas metana ataupun tekanan air kerana hanya rumah dia sahaja yg meletup jamban. Garu kepala memikirkannya hari itu.

Azri Azlan berkata...

kalau disebabkan Gas Metana mcm mane plak??
sebab yg setahu sy,jika najis dikumpulkan byk2 leh jadi bomb.. hehehe...

suziehanania berkata...

Hmm .. sebelum tandas rumah mangsa meletup, tandas premis / kedai meletup dulu? Masyaallah.. Skrg bagaimana? dah ok ke?