Ikuti kisah terperinci hasil tinjauan kru Penyingkap Fakta di pelbagai lokasi menggerunkan masyarakat. ... lokasi didakwa berlaku pelbagai kejadian aneh atau penampakan entiti paranormal. Kami melangkah bersama, mengharung onak, duri dan sembilu , mendokumentasikan kenangan pahit manis namun disatukan oleh minat sama. Terima kasih kerana sudi singgah di sini.

Motion Sensor Camera Triggered!

Rumah kosong dipilih secara rawak.

Lazimnya rumah ditinggalkan dalam tempoh lama seringkali dikaitkan dengan kehadiran entiti paranormal.


Secara berhati-hati pada jam hampir 2.30 pagi, saya, Rahmat, Zaki, Ashraff, pemandu arah, Mushairil Azmil Sidik dan penduduk kampung, Ahmad Abdul Manaf, 60 tahun, melangkah menghampiri rumah dikelilingi hutan dan semak-samun.


Menggunakan Infrared Thermometer dan Parabolic Voice Recorder, Rahmat dan Ashraff cuba mengesan perubahan suhu mendadak dan audio ganjil tetapi tidak berhasil.

Suhu persekitaran didapati normal.

Kru 666 kemudian berjalan ke arah rumah usang terbabit sambil semua mata liar memerhati, bimbang jika terpijak dan dipatuk binatang berbisa.


"Baik-baik, lantai mungkin sudah rapuh," saya mengingatkan kru.

Mereka berempat naik ke rumah manakala saya dan Ahmad, berdiri di bawah sambil meninjau kawasan sekeliling, kelihatan gelap dan agak menggerunkan.


Jam 2.39 pagi, perlahan saya menaiki tangga simen rumah papan itu dan menjenguk kru sibuk memasang kamera pengesan pergerakan di ruang tamu. 


Azmil tiba-tiba melontarkan soalan.

"Apa dia benda tergantung itu?," soalnya.

 

Malangnya setelah memerhati objek seperti tali itu secara teliti, saya gagal memberikan jawaban tepat kepada soalan diajukan oleh Azmil.

Sebelum beredar, saya sempat merakamkan suasana di dalam rumah sama.


Saya amat yakin, rumah terbabit telah diceroboh oleh mereka barangkali mencari barang berharga. Mungkin mereka tidak mengetahui sebilangan pinggan mangkuk ditinggalkan, agak antik.

Jam 2.42 pagi kami beredar dan meninggalkan kamera pengesan pergerakan di dalam rumah dianggarkan berusia lebih 50 tahun itu.


Sewaktu dalam perjalanan keluar, betis terasa gatal akibat digigit pacat. Darah mengalir tetapi saya biarkan sahaja.

Jam 5 pagi, kru 666 kembali ke rumah terbabit.


Setelah hasil rakaman diteliti, kamera pengesan pergerakan merekodkan 3 gambar dan 3 klip video berdurasi 10 saat setiap satu dalam tempoh kira-kira 2 jam ditinggalkan.


Satu daripada gambar dirakamkan berikutan pergerakan kelawar terbang melintasi ruang di hadapan kamera.

2 lagi gambar lain dirakam tetapi menggunakan mata kasar kami tidak dapat mengesan sebarang objek atau entiti mampu mengaktifkan kamera.

Sila klik untuk memperbesarkan imej.


Untuk rekod, kamera terababit hanya diaktifkan sekiranya pergerakan dikesan di hadapan kamera menggunakan teknologi infra merah itu.

11 Komen :

zaidi berkata...

mmm,,,tiada yg mnarikk...cuba lg

nampak ape yer???

ejaescobart berkata...

smti..

ada yang lebih 'halus' hinggakan mata kasar saya tak nampak apa2...

Hasmizal berkata...

smti

mcguire berkata...

salam

ikut exif gambar tu kelajuan shutter 2 saat.. terlalu perlahan untuk tujuan mengambil gambar objek berkelajuan tinggi. saya telah email untuk menyertai tuan tapi sehingga sekarang tiada balasan. boleh saya kongsikan teknik fotografi.

farid.

Tahrul berkata...

gambar 2nd last tu memang ada "kehadiran".

sW33tdARLiNG berkata...

SMTI
jarang nak bagi komen, rasanya kru 666 lebih arif untuk komen

Asong berkata...

smti...

lynnepu3gp berkata...

smti..

gadisBunga berkata...

smti~

Derek Fred berkata...

Photo jam 02:43 apabila diamati seperti ada sesuatu sedang memerhatikan dari ruang pintu sudut atas, dia antara celah dua helai daun.Apa pun ini hanya apa yang saya lihat dengan mata kasar. Anda lebih tahu dari saya.