Ikuti kisah terperinci hasil tinjauan kru Penyingkap Fakta di pelbagai lokasi menggerunkan masyarakat. ... lokasi didakwa berlaku pelbagai kejadian aneh atau penampakan entiti paranormal. Kami melangkah bersama, mengharung onak, duri dan sembilu , mendokumentasikan kenangan pahit manis namun disatukan oleh minat sama. Terima kasih kerana sudi singgah di sini.

FORUM MENYINGKAP FAKTA PARANORMAL BERJAYA DILAKSANAKAN

Alhamdulilah, Forum Menyingkap Fakta Paranormal berlangsung dengan jaya di Universiti Teknologi Mara, Kampus Puncak Perdana, Shah Alam, Selangor.


Ahli panel, kru 666, Razali Harun, Ketua Pengembaraan Alam Ghaib, Azree Ja'far serta dua Al-hafiz dari Kasturi Syifa', Ustaz Zaharuddin Zainal dan Ustaz Muhammad Hafiz Ahmad.


Majlis dibuka oleh pengacara, pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Maklumat, Nur Illiana Baharudin. sebelum diserahkan kepada saya sebagai moderator.


Kami langsung tidak menduga forum dirancang dalam tempoh masa singkat itu mendapat sambutan hangat lebih 200 pelajar UITM.


Saya difahamkan ramai penonton datang selepas jam 9.30 malam tidak mempunyai tempat duduk dan terpaksa berdiri di belakang bilik forum.


Terima kasih kepada Boy dan Alfee kerana menyediakan gambar dan paparan video di layar putih untuk tontonan semua.


Rakan, Sabil turut hadir memberikan sokongan.


Pelbagai soalan diajukan kepada Ustaz Zaharuddin dan Hafiz berhubung gangguan jin.

"Ustaz, apakah antara senjata paling ampuh untuk mendepani jin?"

Itu antara soalan saya kemukakan dan dijawab oleh ahli panel berpengalaman dalam kaedah Islam lebih 17 tahun itu.


Tiba-tiba pada jam 10.10 malan, seorang daripada penonton menjerit dengan suara kasar bak terkena histeria.

Semua penonton berada di sekelilingnya terkejut dan sebilangan melarikan diri ke bahagian tepi bilik.


Penonton lelaki tidak dikenali pantas meluru dari kanan bilik kearah gadis itu dan cuba menenangkannya.


"Aku mahu engkau di depan itu!," jerit gadis terbabit.


"Razali, tolong clear kan," bisik saya kepada ahli panel itu.

Pantas Razali turun dari pentas dan menghampiri gadis terbabit sekaligus membisikkan sesuatu kepada lelaki berdiri di sebelah gadis itu.

Gadis itu tidak lagi menjerit.


Sebaik kaedaan kembali tenang saya mengumumkan ...

"Berikan tepukan gemuruh kepada pelakon itu tadi"

Semua berasa lega dan bertepuk tangan.

"Lazimnya begitulah, apabila berlaku kes seumpama itu, ramai antara sekadar melihat sahaja dan tidak mampu memberikan rawatan," ujar saya.

Untuk rekod, gadis berbakat terbabit antara pelakon teater di UITM dan gimmick menggemparkan itu  dirancang dan dilaksanakan oleh kru 666, Farid dan Jet.

Semua hadir pada malam itu berpeluang melihat dan mencuba pelbagai peralatan elektronik milik 666 dan PAG dipamerkan di luar bilik.


"Mengapa kamu memakai hand bag?," soal saya kepada seorang daripada penonton selepas forum tamat.

"Oh! Ini beg kakak saya," balasnya sambil tersenyum.

Dia dan rakan kemudian merapati Razali dan bertanyakan pelbagai soalan berhubung paranormal.


Saya suka melihat warna kasut dipakai.


Apapun terima kasih kepada semua sudi hadir memeriahkan forum terbabit dan tidak lupa sekalung penghargaan dihulurkan kepada semua kakitangan serta pihak pengurusan UITM Kampus Puncak Perdana.


Terima kasih juga kepada kru 666 dan PAG, Adam, Shaiful dan Ashraf kerana banyak membantu menjayakan forum pertama membabitkan kru Penyingkap Fakta.

Great job guys!

14 Komen :

SMTI.

Onna berkata...

SMTI

Tanpa Nama berkata...

smti

Tanpa Nama berkata...

smti tu apa??hahaha

UMMI YL berkata...

hihi, haah, SMTI tu apa?

pinkytigress berkata...

S=Saya
M=Membaca
T=Tampalan
I=Ini..

SMTI..great job guys!.. :)

azzpinky berkata...

Salam Admin, entry di perenggan pertama tersilap kenyataan tempat..."kampus UITM Puncak Perdana" , bukan "kampus UITM Puncak Alam"... 2 tempat yg berbeza sebenarnya.... :)

Tanpa Nama berkata...

siapakah penonton lelaki yg bantu histeria tu? berlakun ke betul2?

cikeyrah berkata...

SMTI

kirana nakia berkata...

Kasut pink..tak tahan...:p

Tanpa Nama berkata...

mesti nak cam 2 gak kan....

DRaziela berkata...

Awesome! sy sbg student UITM PUNCAK PERDANA amat2 bersyukur sbb program sebegini diadakan. Untuk masyarakat especially student tahu dengan lebih mendalam lagi ttg kewujudan makhluk2 selain manusia serta bagaimana cara kita nak berhadapan dgn gangguan2 jin. teringat balik dgn lakonan student FFTA & pocong semasa program tu~ Tahniah dan syabas!

Tanpa Nama berkata...

Lakonan xberapa suprise la..sbb time 2 Pn Maz ad panggil student TEKA 2..so dah tau..anyway..well done..^_^

Unknown berkata...

abg mazidul tanya lah kasut nie adik punye ke..hihihihi.. apa2 pun alhamdullilah program berjaya...