Ikuti kisah terperinci hasil tinjauan kru Penyingkap Fakta di pelbagai lokasi menggerunkan masyarakat. ... lokasi didakwa berlaku pelbagai kejadian aneh atau penampakan entiti paranormal. Kami melangkah bersama, mengharung onak, duri dan sembilu , mendokumentasikan kenangan pahit manis namun disatukan oleh minat sama. Terima kasih kerana sudi singgah di sini.

LANGSUIR DAN KAMPUNG BUNIAN

Petang semalam, saya dan rakan, Gazali Abdul Rahman ke Serendah, Selangor, menggunakan kenderaan pacuan empat roda, Toyota Hilux.



"Sebelum ini aku memang tidak mahu mengikut Kru 666 membuat tinjauan tetapi entah mengapa semalam, bila engkau telefon, hati aku terbuka untuk ke Serendah hari ini," ujar Gazali, 45 tahun.

Untuk rekod, peniaga terbabit antara penyokong kegiatan Kru Penyingkap Fakta.


Menurut penduduk Kampung Orang Asli Serendah, Rahman Jusoh, 41 tahun, terdapat empangan lama dibina oleh British di hulu sungai berhampiran.

Namun tidak ramai mengetahui berhubung kewujudan struktur terbabit.


Rahman mendakwa, penduduk kampung mencari petai di hutan pernah ternampak langsuir berterbangan di kawasan empangan.

Klik di sini.

Semalam kami ke lokasi dimaksudkan untuk membuat tinjauana awal dan berikut antara gambar pegun saya rakamkan.


Manakala lokasi di bawah dikatakan menjadi laluan entiti tidak dikenalpasti. 


"Beberapa kali, penduduk di sini ternampak ada 'benda' bertenggek di pucuk pokok. Kekadang benda itu duduk di atas kenderaan diparkir di kawasan ini," ujar responden. 

Saya kemudian dibawa ke kawasan lapang berhampiran.

"Ini pula kawasan dipercayai menjadi perkampungan bunian," ujar responden sama.


Kru 666 bakal menyingkap fakta di lokasi terbabit pada 6 Julai 2012. 

Jika berminat untuk menyertai tinjauan bersama kami, sila hubungi Razali Harun di talian 016 231 5812 dengan kadar segera.

Bilangan peserta, terhad.

3 Komen :

Nadie az berkata...

smti...huh..mcm menarik je kali ni...ramailah crew 666 yg parkinson nanti..he2...

Tanpa Nama berkata...

Mazidul tolong la panggil Dua Dunia utk tolong checkkan. Seekers xguna.. utk menakut2kn jer.

Unknown berkata...

Makin glamour la antu kat malaysia ni