CAHAYA MISTERI DI LADANG KELAPA SAWIT
Jam 11 malam, 17 Januari 2015; Suhaimi, Zul,
Atoi, Aza, Jet dan dua orang followers PF, Aliff dan Ija berkumpul di sebuah
restoran di pinggir kampung berkenaan.
Suhaimi sempat berbual dengan orang kampung
untuk mengetahui dengan lebih lanjut cerita di lokasi berkenaan.
“Memang tempat itu menakutkan. Pagi ke, petang ke… memang takut. Ada yang tersampuk walaupun di siang hari.” Dakwaan penduduk kampung mengenai lokasi tinjauan kami baru-baru ini.
Sebelum itu, jam 9.45 pagi pada hari yang
sama, Suhaimi telah melakukan tinjauan awal di lokasi.. Beliau ditemani Aliff
dan seorang rakan beliau. Tinjauan awal adalah penting sebelum penyiasatan
paranormal bagi tujuan keselamatan kru PF.
Antara yang perlu diteliti semasa tinjauan
awal adalah laluan/perjalanan ke lokasi (sama ada berkenderaan atau berjalan
kaki), persekitaran lokasi dan ancaman haiwan berbahaya, Daripada tinjauan
awal, Suhaimi memaklumkan kepada kru yang lain bahawa antara risiko yang perlu
ditempuhi adalah bersemuka dengan babi hutan yang banyak berkeliaran di kawasan
berkenaan.
Laluan yang perlu ditempuhi ke lokasi kajian
‘Pintu masuk’ ke
kawasan banglo berkenaan
Tangga menuju ke rumah banglo berkenaan
Tepat jam 11.30 malam, PF telah menuju ke
lokasi berkenaan. Keadaan jalan yang tidak rata dan agak berbahaya perlu dilalui
dengan sabar oleh kru. Tiba di lokasi, kru PF dikehendaki untuk berjalan kaki
selama hampir 25 minit dengan trek laluan yang agak mencabar; naik turun bukit.
“Licin disebabkan hujan petang tadi…” Jet
melangkah dengan penuh berhati-hati sambil diikuti oleh Zul.
“Inilah trek paling mencabar sepanjang saya
dengan PF. Fuh!” Kata Zul sambil menyeka peluh didahi.
Gambar sebenar laluan ke lokasi
Tiba di lokasi, kru segera memeriksa kawasan
sekitar banglo berkenaan. Keadaan di situ amat gelap dan sunyi. Sesekali
kedengaran bunyi pepohon pokok berdesir akibat daripada pergerakan monyet di
kawasan sekitar. Terkadang, kami terpaku seketika untuk mendengar pelbagai
melodi indah di kawasan banglo berkenaan. Setelah memeriksa kawasan sekitar,
kami segera membuka beg peralatan kami sambil berbincang.
Tiba-tiba, Jet mengarahkan semua kru supaya
diam seketika apabila mendengar bunyi pelik di kawasan berkenaan. Kru akur dan
turut bersama menganalisa bunyi berkenaan. Bunyi seperti air hujan turun
mencurah bumi tetapi hanya disebelah kiri banglo berkenaan dan kemudian
bergerak ke sebelah depan bangunan berkenaan.
Lantas Suhaimi memecahkan kesunyian dengan
berkata,
“Angin yang menyebabkan air hujan tu jatuh ke
tanah”.
Mungkin niat beliau hanya untuk menyenangkan
hati kru PF lain sedangkan beliau mengetahui bahawa tidak ada sebarang angin
kuat yang bertiup di lokasi. Dan kejadian itu berulangkali berlaku sehinggalah
kami mengemas barang untuk keluar dari lokasi.
Seperti biasa, Atoi, Zul, Aza dan Aliff telah
bertugas untuk memasang kamera video dan motion sensor camera di lokasi yang
strategik.
Tinjauan kali ini turut disertai oleh Ija, 28
tahun, berasal dari Petaling Jaya, Selangor. Beliau berkesempatan untuk menggunakan
parabolic recorder dengan sedikit maklumat daripada Atoi. PF amat berterima
kasih kepada Ija kerana sudi dan berani untuk mengikuti tinjauan bersama PF.
Beliau juga adalah seorang yang peramah dan rajin bertanya untk mendapatkan
pelbagai penjelasan.
Mungkin rezeki Ija pada malam itu; beliau
berpeluang mendengar bunyi yang aneh ketika menggunakan alat berkenaan. PF cuba
hendak mendengar dan mengenalpasti bunyi berkenaan selepas dimaklumkan oleh
beliau; tetapi gagal untuk mengesan dan merakam bunyi berkenaan.
Di lokasi berkenaan, selain daripada imej orbs
yang biasa diperolehi; terdapat juga dua imej ganjil yang telah berjaya dirakam.
Cahaya yang dirakamkan dari pokok kelapa sawit.
Jam 2.40 pagi, kami berkemas untuk keluar
dari lokasi. Pengalaman naik turun bukit dan menyusuri jalan yang tidak rata
semasa ‘jungle tracking’ kaki amatlah memenatkan; tetapi amat mengujakan.
Terima kasih banglo sepi!
Kami, kru Penyingkap Fakta memberikan ‘3 stars‘ kepada lokasi berkenaan. Masih mempunyai unsur yang
menyeramkan :P
Penulis : Jet
XPDC 'THE MYSTERIOUS EAST'
Kru Penyingkap Fakta akan menganjurkan tinjauan ke 2 negeri di pantai timur, Kelantan dan Terengganu.
Kami membuka peluang kepada 5 peserta dari setiap negeri untuk menyertai 'mysterious east', bakal dilangsungkan selepas sambutan Hari Raya akan datang.
Kepada mereka berminat sila ikuti perkembangan misi ini dan hantarkan mesej ke akaun twitter kami, klik di sini.
Kepada mereka berminat sila ikuti perkembangan misi ini dan hantarkan mesej ke akaun twitter kami, klik di sini.
Langgan:
Catatan
(
Atom
)