Ikuti kisah terperinci hasil tinjauan kru Penyingkap Fakta di pelbagai lokasi menggerunkan masyarakat. ... lokasi didakwa berlaku pelbagai kejadian aneh atau penampakan entiti paranormal. Kami melangkah bersama, mengharung onak, duri dan sembilu , mendokumentasikan kenangan pahit manis namun disatukan oleh minat sama. Terima kasih kerana sudi singgah di sini.

"SAYA NAMPAK ADA BENDA INTAI ..."

Jam 11 malam tadi, kru 666 menunggu di hadapan 7 Eleven di Mutiara Gombak, Gombak, Selangor.


Jelas, Jet kelihatan cuba menggembirakan hati sendiri dengan membaca majalah kegemaran ramai suatu ketika dahulu, Gila Gila.

Beberapa minit kemudian, perawat Kasturi Syifa' tiba di lokasi sama.


Saya dan Razali kemudian berkongsi maklumat berhubung Projek Bantal bersama semua kru 666 dan Kasturi Syifa'.


Jam 11.30 malam, kami bertolak ke Serendah, Selangor menaiki 4 kenderaan didahului oleh pemilik bengkel memperbaiki kenderaan, Ashraff.


Hujan turun agak lebat sewaktu dalam perjalanan sama sekali tidak menghalang misi kami malam tadi. Memandu perlahan dan berhati-hati, kami semua tiba di lokasi sasaran pada jam 12.30 malam.


Lihat suasana di sekitar blok saya rakamkan. Untuk rekod, di belakang penempatan tersorok terbabit, hutan tebal.

Keadaan sunyi sepi.


Melalui pengamatan saya, hanya 40% sahaja unit di blok itu dihuni. Bau busuk menusuk hidung sebaik kami naik ke tingkatan 2. 


Perawat Kasturi Sayif', ustaz Musleh kemudian menghubungi pemilik rumah sebelum menyerahkan telefon bimbitnya kepada saya.


"Saya membeli rumah itu tahun 1999 tetapi hanya disewakan selama setahun sahaja, 11 tahun lagi kosong. Baru baru ini saya suruh saudara tinggal di rumah itu. Pelbagai kejadian aneh didakwa berlaku," ujar pemilik rumah.

"Contoh?," soal saya.

"Pertama, penghuni rumah ternampak lembaga berwarna hitam dan bermata merah, berdiri dekat peti ais di rumah itu. Masa itu ada budak bujang tinggal di bilik tengah. Bila tidur, katanya macam ada benda menarik selimut dia. Manakala dinding di sebelah kiri bak diketuk berulangkali, walhal memang tidak ada jiran menetap di sebelah," tambah lelaki berusia 43 tahun itu.


Rumah sama kelihatan seperti ditinggalkan secara tergesa-gesa. Masih banyak barang di dalam unit terbabit dibiarkan begitu sahaja biarpun pemilik rumah melaporkan penghuni telah keluar dari rumah sejak 2 minggu lalu.


"Lantai toilet kekadang basah biarpun tidak ada sesiapa menggunakannya," kata pemilik lagi.

Razali kemudian melakukan pemeriksaan di dalam tandas.


"Tidak ada kebocoran bro," ujar Razali.

Lazimnya, dalam puluhan tinjauan kru 666 sebelum ini, kami tidak pernah meninggalkan kru berseorangan.

"Boleh saya cuba duduk sekejap di dalam rumah ini seorang diri bang? Saya hendak melalui pengalaman itu," pinta Jet.

Permintaan pensyarah kanan Universiti Teknologi Mara Shah Alam kini melanjutkan pelajaran Doktor Falsafah di Universiti Malaya itu kami tunaikan.


Namun sebelum itu, Azree, Alfee dan Atoi memasang dua televisyen litar tertutup, CCTV Infrared tanpa wayar di lokasi strategik, satu daripada alat itu digunakan untuk memantau kedudukan Jet di rumah berharga hampir RM80,000 terbabit.

Manakala Razali dan Boy menghalakan kamera pengesan pergerakan Infrared ke arah peti ais di ruang dapur.


Boy dan Ashraff menyediakan alat komunikasi sebelum menghulurkan walkie talkie kepada satu satunya kru wanita 666 itu.

"Kalau hendak berhubung, kakak tekan button di tepi kiri walkie talkie dan terus bercakap," terang Boy.


Tepat jam 1 pagi, Jet ditinggalkan bersendirian.

"Kakak jangan risau, kami ada di luar," Azree memberikan kata-kata semangat kepada Jet sebelum dia melangkah keluar.

Azree, Alfee dan Atoi kemudian segera memantau keadaan Jet dari tingkat bawah menggunakan skrin CCTV.

Tepat jam 1.14 pagi, saya menerima pesanan ringkas, SMS, dihantar oleh Jet, meluahkan mainan perasaannya.


'Kami di luar pintu, 5 seconds dari you'.

Itu SMS saya hantarkan untuk menenangkan pemikirannya buat sementara waktu.

Ketika itu sebilangan kru dan semua perawat Kasturi Syifa' berada di bawah, menghirup udara segar.


Suhaimi, 45 tahun, kelihatan berlegar-legar di hadapan blok, memastikan tinjauan berjalan lancar. Sesekali dia duduk, barangkali kepenatan.


Jet berhubung dengan kru menggunakan SMS dan walkie talkie apabila perlu.


Kami terus menunggu dengan sabar, waktu diperuntukkan, 1 jam.


Untuk rekod, lelaki berbaju merah dan berkopiah putih di atas, peguam syarie bertugas di Alor Setar, Kedah. Beliau adik ustaz Hafiz, berkebetulan berada di Gombak lalu datang ke lokasi terbabit bersama kami.

Tepat jam 1.26 pagi, Razali menerima SMS dihantar oleh Jet.


"Boy, cakap kepada Jet, bertenang," arah saya.

Boy menghubungi Jet melalui walkie talkie lalu menyampaikan pesanan ringkas itu.


Jet diminta mengambil jangkasuhu infrared diletakkan berdekatannya dan menyukat suhu di sekitar lokasi dia duduk.

"Suhu 76 darjah Fahrenheit tetapi mengapa tangan saya sejuk?," soal Jet.

Dari nada suaranya, kami dapat menjangkakan tubuhnya menggeletar. 

"Memang sejuk kawasan ini sebab dekat dengan hutan dan bukit," Boy cuba menenangkan Jet.

Atoi waktu itu kelihatan bimbang.

Jet, wanita berpangkat kakak kepadanya dan sejak mula mengenali, mereka sering berkomunikasi melalui Facebook.


Sekaligus saya terimbau kenangan ketika berbual bersama Jet minggu lalu.

"Biar pun awak berpelajaran tinggi, Atoi kelihatan begitu selesa berhubung dan kekadang siap boleh bergurau lagi. Saya tengok seperti kru lain, dia juga amat menghormati awak Jet," ujar saya.

Jet amat bersetuju dengan kenyataan itu dan saya berharap sikap saling hormat-menghormati sesama kru 666 akan terus dimertabatkan. Perjalanan masih jauh, banyak lagi pengalaman pahit manis bakal kami lalui bersama dan InsyaAllah sikap profesional dalam pergaulan pasti berupaya memperkukuhkan lagi ukhwah antara kru.

Pada saat ini, saya amat yakin, semua kru 666 bukan memburu glamor secara semberono, mereka sekadar berkongsi minat sama, menyingkap fakta alam paranormal dan manusia.

Tepat jam 1.45 pagi, saya menghampiri Boy.

"Cakap kepada Jet, tidak perlu takut, ustaz Din ( Zaharuddin Zainal ) ada di sini," kata saya.

Boy mengulangi kenyataan itu melalui walkie-talkie. Untuk rekod, ustaz lulusan Universiti Al-Azhar di Mesir itu, imam Masjid Sungai Besi dan mula melakukan rawatan mengikut kaedah Islam sejak berusia 17 tahun.

"Di mana ustaz?," tanya Jet dengan suara bergetar.

Kami semua tertawa.


"Tengok, yakin sungguh dia kepada kebolehan ustaz Din," gurau saya.

Ustaz Din pernah merakamkan dipercayai gambar pegun entiti paranormal sebelum ini, sila klik di sini.

Kami tertawa lagi.

Ustaz Aznil, Hafiz dan Din, tiga al-hafiz sering melakukan rawatan terhadap pesakit mengalami gangguan jin dan bagi mereka peristiwa dilalui oleh Jet mungkin alah bisa tegal biasa sahaja. Ustaz Musleh juga tidak kurang hebatnya, berjiwa tenang dan selalu mengukirkan senyuman.


"Kakak boleh bergerak ke dalam bilik tengah ke?," tanya Boy.

"Tunggu kejap, bagi kakak 'stabil' dahulu," balas Jet.

'Stabil' barangkali bermaksud menenangkan jiwa dan perasaan sekaligus menghilangkan perasaan takut menghantu dirinya.

"Hahahahaha! Jet Da Brutal hampir kehilangan 'brutal' nya," Boy mencelah.

Kami semua tersenyum mendengar kenyataan Jet dan tidak meneruskan cadangan itu.


"Kawasan peti ais tiba-tiba menjadi gelap, tadi boleh nampak semua," ujar Jet lebih tenang.

Setelah hasil kamera pengesan pergerakan infrared diteliti, didapati alat terbabit diaktifkan 6 kali sepanjang waktu rakaman. Kamera hanya akan merakamkan 1 gambar pegun dan 10 saat klip video sekiranya terdapat pergerakan dikesan oleh cahaya infrared di hadapan lensa biarpun tidak mampu dikesan mata kasar manusia.

Berikut satu daripada hasil rakaman gambar pegun itu.


Manakala di bawah klip video 10 saat dirakamkan kamera sama. Jika diperhatikan pada saat ke 3, kelihatan cahaya putih berbentuk bulat/bujur bergerak ke atas di dinding sebelah atas kanan dapur (di bahagian gelap) sebelum menghilang.

Pembaca boleh memperlahankan pergerakan video dengan menggunakan tanda anak panah di sudut bawah kiri skrin. 

Cubalah.

Jika gagal, InsyaAllah, saya akan cuba memuatnaikkan semula visual terbabit kemudian.


Tepat jam 2 pagi, kami masuk ke rumah dan mendapati Jet berada dalam keadaan tenang.


"Tadi dekat sekitar sini menjadi gelap," jelas Jet kepada ustaz Hafiz.


"Tiga kali saya ternampak kepala berwarna hitam mengintai dari dinding dekat dengan tandas. Mata memang tidak nampak. Selepas itu saya rasa badan menjadi kaku. Dia mengintai selang 10 minit sekali, begitu," lapor Jet.

Jet turut melakonkan semula pengalamanan ditempuhinya.


Kami kemudian berehat buat seketika di dalam rumah sama sebelum beredar pulang.

19 Komen :

zuar berkata...

menarik ni...ada sambungan lagi tak

ahmad faezi berkata...

fuhh seram tinggal sorang

ikhwan berkata...

smti . berani btol kak jet.

Musafir Bumi berkata...

dia main intai² plak...
terbaik! Hydro Syifa' pun ada...

Nadie az berkata...

SMTI...menarik dan mendebarkan..syabas buat Jet!

redzuan azam berkata...

puas gak sy cba nk tgk klip yg d attch tu....tp xnmpk....tp tampaln ni best sgt!......

Taher Kasa berkata...

Smti

Maaf.. tak nampak...

Unknown berkata...

fuuuuh kuuuus semangat, tabik la jet

ejaescobart berkata...

smti.

maaf cik Mazidul, berkali replay.. tak nampak..
pintu peti ais tu memang sengaja dibuka ke?

SMTI

kak tie berkata...

cuak gak kalo duk umah tu sorang-sorang

norhidana berkata...

alahai... mmg brutal tul lah akak jet tuh... masa en mazidul kt indonesia, ternanti2 saya ngn cite 666 nih...

lynnepu3gp berkata...

smti..huhu...seriau gak bila baca...

sW33tdARLiNG berkata...

saya pasti Jet mendapat pengalaman yg sukar dilupakan. saya teringin nak dapat pengalaman sebegitu, nak uji sejauh mana kemampuan saya menahan ketakutan sebenar

beraninya Jet!!!!

Eryn_Nyre berkata...

maaf. sy x nampak pape pn.

anna berkata...

smti

Tanpa Nama berkata...

sy nmpk ade byg hitam b'gerak kat bhagian bwh peti ais...